Kerana bahasa badan binasa

Selalu dengar "kerana mulut badan binasa" kan? Perumpamaan tu lebih kurang je cuma kes ni disebabkan oleh bahasa jiwa bangsa. Ini bukan entri yang berbaur perkauman. Jom baca dan fahami situasi berdasarkan pengalaman kakak maksu aku di salah sebuah klinik di utara.


Adik maksu aku yang berumur 18tahun mengalami gastrik yang boleh tahan la teruk,so terus bawa ke klinik berdekatan untuk rawatan. Masa tu kakak maksu dan adik dia pergi klinik yang doktornya adalah seorang india yang beragama hindu. Jururawat dan staf klinik tu pun orang india juga. Nama klinik dirahsiakan.

Pesakit masa tu tak la ramai. Ada la dua orang so tak perlu tunggu turn lama-lama. Bila adik maksu dipanggil masuk bilik doktor, diorang berdua masuk sama-sama. Doktor tu arahkan adik maksu baring atas katil dan buka sedikit baju untuk proses check perut.

Sambil check perut, doktor tu bercakap sesuatu sambil ketawa dengan pembantu dia dalam bahasa tamil.


"மிகவும் சிறிய மார்பகங்களை, like pingpong", doctor.


"வேடிக்கை. hahaha", nurse


Kakak maksu aku pandang doktor tu lain macam. Lepas setel check, doktor bagi ubat macam biasa la kan. Lepas kakak maksu berborak dengan penuh serius dengan abangnya,terus abangnya tu masuk sound the doctor sebab menghina pesakit.

Maksud perbualan doktor dengan nurse tadi ialah,


"Kecilnya payudara dia macam bola pingpong" doktor.


"Kelakarnya, hahaha", nurse



Kakak maksu aku tu pandai berbahasa tamil. Dia banyak berkawan dengan kaum India sebab tu lah dia terus bagitahu abangnya untuk pergi bagi amaran and maki doktor tu. Suka-suka hati nak ketawakan orang. Ingat kakak maksu aku tak paham, padahal dia sangat fluent in tamil tau.

Kecil or besar payudara seseorang wanita tu,tolong jangan perlekehkan. Teringat pulak iklan payudara anda kendur? kecil? blablabla...memang aku tukar channel kalau ada iklan tu.



We are Malaysian so semua bahasa kita boleh belajar. Cina ka, Melayu ka, India ka...kita kan satu Malaysia.

4 comments:

  1. hahaha.memang memang.lagi manyampah bila kena 'dicinakan,ditamilkan' bile nk beli brg.oh my pns hati.kdg2 nyesal plak xfhm bahasa lain.kehkeh

    ReplyDelete
  2. mari blaja bahasa tamil.. kih kih kih..

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah