Tutorial ni diminta oleh Sarah Muhaimin yang berusaha nak buat doodle tapi tak berjaya lagi. Tapi tak apa..meh nak tunjuk teknik mudah hanya menggunakan excel. Diulangi...excel. Tak perlu erase or menggunakan berus untuk mewarna. Just click click and click. Ikuti langkah-langkah di bawah dengan sempoi sebab tak perlukan software hebat pun. Bentuk semuanya dah tersedia.
Bahan-bahan boleh didapati dia pasaraya terdekat. Jom tengok ye.
Klik untuk pembesaran yang lebih jelas lagi. Kalau nak ajar kat orang lain,sila kreditkan saya ye..sebab teknik ni aku yang suggest sendiri. Tak ada tiru mana-mana teknik daripada sesiapa. Aku buat mana rasa logik and senang je.
Kesemua bahan wajib ada, barulah masakkan akan lebih sedap. har har har. Kalau nak buat doodle lelaki pun senang. Benda yang sama cuma adjust dan tukar/tambah bentuk je.
-Nombor 6 tu korang boleh tarik ke atas bagi jadi baju melayu.
-Tambahkan lagi rectangle untuk buat sampin.
-Rounded rectangle untuk seluar dan kasut.
-Bentuk Flow chart-magnetic disk boleh digunakan untuk songkok
its easy as ABC and 1 2 3.
Satukan kesemua bentuk menjadi doodle! Ingat, korang kena susun bentuk elok2. Kalau tiba-tiba tak nampak bentuk sepatutnya, just right click-send to back/bring to front je. Itu je caranya untuk doodle nampak sempurna
Once dah siap, sila ctrl click di semua bentuk yang ada, kemudian right click-group. Copy dan paste di paint. Seterusnya boleh open with any software untuk dapat warna lebih cun
Once dah siap, sila ctrl click di semua bentuk yang ada, kemudian right click-group. Copy dan paste di paint. Seterusnya boleh open with any software untuk dapat warna lebih cun
Corak tambahan untuk baju, korang boleh click Insert-shape-scribbles. Ha contenglah ikut suka lepas tu letak atas baju or kain. Nanti jadilah macam ropol baju seperti di bawah (bahagian lengan baju dan baju yang berwarna oren tu.
Doodle yang ni untuk baju aku tak gunakan rectangle. Aku guna curve sebab saja nak buat bentuk macam baju kurung pahang. Untuk korang, lebih senang aku galakkan guna rectangle seperti apa yang aku dah tunjuk teknik tu. Lebih mudah dan cepat.
Untuk buat MATA sila ke RESIPI MATA
p/s: harap korang faham dan berjaya sediakan doodle beridentiti sendiri dan share la kat aku once dah siap nanti :)
comel.. nak try buat lah...
ReplyDeleteorg try buat ... terus meluat dgn doodle, hahaha~~
ReplyDeletetgn x kretip gini la jadinyer
aku dah cube tak jadi2
ReplyDeletemata macam mana?
ReplyDeletewah guna excel ..kena 40 hari 41 malam baru leh buat dgn hebat ni
ReplyDeletehehe.nanti nk cubalah.hehe
ReplyDelete@isma : cuba buat, pasti kebabo.hehe
ReplyDelete@pink velvet : ikut je bentuk2 di ats lepas tu satukan je
@jiji : boleh...trust me.senang
@nur zafirah : saya dah masukkan link entri teknik buat mata dalam entri ni. - resipi mata
@qaseh : uit. lama benor.haha. dalam sehari pun dah boleh buat.trust me
@nin : cuba dahn share tau
dah jd buat tapi nk sve cmne? hahaha
ReplyDelete@nur zafirah : klik di semua bentuk. klik ctrl (hold) then right click-group
ReplyDeletesana sini doodle-_-"
ReplyDeleteoke try kjap hehe
ReplyDeleteawak sy dah siap buat. thanks. tp still tatau nk save nak jadkan dia dalam format pic.
ReplyDelete@mar : penuh orang yang kreatif membuat doodle.tapi saya tidak la sangat.hee
ReplyDelete@zafirah : awak klik di setiap bentuk tu sambil tekan ctrl, lepas dah setel tu, right click dan group. lepas tu copy paste di paint dan boleh la save as jpeg
oke done. thanks sebab mengajar. hargai sgt ;)
ReplyDeletetgk sini..
ReplyDeletesy bljar buat doodle awak..
hidupserbasalah.blogspot.com/2011/11/buat-doodle-guna-excel-biar-betik.html
macam senang je. macam je la. hahaha! 1 hari nanti, nak try jugak. toche sifu! :-)
ReplyDeletesalam..dani..da try buat sendri..komen2 yg membina..hiks..
ReplyDeletehttp://pu3mama.blogspot.com/2012/04/part-1-friends.html
dan ini
http://pu3mama.blogspot.com/2012/04/hasil-usaha-sendiri.html
thanks dani..sudi bg tutorial.. :)