Apa yang wajib ada dalam biodata zaman sekolah rendah

nurdani's copyright. bukan ehsan google. ngee :)


Zaman sekolah memang sangat kelakar sebab macam-macam aktiviti cute yang nak dibuat.  Tulis biodata ni aktiviti budak-budak perempuan yang lebih aktif berbanding budak lelaki. Menulis biodata macam perkara wajib di sekolah dulu.


Ada kawan aku yang rajin buat buku khas untuk biodata. Sebabnya mungkin tahun depan dah tukar kelas, berpindah sekolah ataupun untuk koleksi.


Tang ambition paling cliche sekali. Mesti nak jadi doktor, angkasawan, pelukis, guru  em...what else? arkitek, penyanyi. Itulah yang selalu nampak kat biodata sesiapa pun at that time lah. Aku masa tu nak jadi macam-macam. Pelukis, arkitek dan doktor rasanya. Har har har! Meluat betul. Gedik jugak nak jadi doktor. Berangan lebih aku ni. Pegang katak pun tak berani. Keh keh.


Sekarang ni budak-budak sekolah rendah masih ramai yang bercita-cita yang lebih kurang sama. Tak pernah pulak tengok yang nak jadi Quantity Surveyor, Project Manager, ahli farmasi dan lain-lain. Kalau ada tu memang akak tabik la sebab adik-adik dapat pengetahuan lebih luas dalam kerjaya ni. Heheh...tapi tak boleh nak salahkan diorang sebab kerjaya ni kurang diketengahkan terutamanya QS. Padahal QS ni satu kerja yang paling penting dan critical job macam doktor.


Tugas yang banyak dan tanggungjawab besar sebab kena menjaga wang client. Estimate bangunan yang kadang-kadang banyak kali tukar design berpunca daripada client dan arkitek. Heheheh...pening pulak bila ingat kerja ni. Kerja banyak, gaji pun sodap. Nak lebih sedap kena jadi project manager la. Gaji 5 angka...!!!


Tetiba cerita fasal ambition pulak. Heh.



p/s : masih buat biodata format tu ke sekarang? hik hik

10 comments:

  1. QS tu ape mak incik? QC dan QA tu tau ler....

    ReplyDelete
  2. @manzarina : QS ialah quantity surveyor (ukur bahan) satu kerja profesional dalam bidang pembinaan. merupakan consultant yang sangat penting dalam sesebuah projek dan berada di bawah arkitek. Tugas yang sangat besar hanya sesuai untuk orang yang kental mengadap client. heheh

    ReplyDelete
  3. @manzarina : eh tak...dulu belajar bidang tu

    ReplyDelete
  4. napa x amik qs??sy keje di bawah firm akitek..tapi TA je..=)

    ReplyDelete
  5. @merahitujambu : la...TA rupanya. best2. saya tak minat lah.hoho. teruk kan? dulu pernah keje kejap jadi AQS, but then buat keputusan kerja biasa je. hehe

    ReplyDelete
  6. @jiji : ha'ah eh..dulu selalu tulis ape entah

    ReplyDelete
  7. teringat zaman sekolah dulu la..heee...sy sekolah rendah dulu siap tulis nak jadi PERAGAWATI...hahaha..ngeng tol...

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah