Khas untuk peminat keju tegar

Baru balik dari kampung hari rabu hari tu, esoknya dah mula orang datang beraya dekat rumah mak ayah aku sampailah ke hari ni. Bersempena dengan tu, macam biasa aku dengan kakak akan buat cheese cake untuk tetamu yang datang. Aku orang yang bertanggungjawab untuk menjadi "pembantu doktor" yang bagi segala bahan-bahan yang ada kepada kak aku.

Bahan-bahan:
2 ketul cream cheese 250 gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum


Cara-caranya:
Tapak (base)
Roti swiss roll dilenyekkan di dalam loyang
Satu cawan majerin dicairkan..gaul sebati dan tekan pada dasar loyang sebagai tapak (base)

Topping:
Biarkan cheese lembut pada suhu bilik kemudian pukul menggunakan mixer
Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi
Masukkan telur sedikit demi sedikit, tepung dan kacau

Coklat chip untuk menyedapkan lagi cheese cake
Tuangkan ke dalam loyang yang berisi swiss roll yang dilenyek tadi dan taburkan kacang hancur
Bakar selama 45 minit



 















Peminat cheese macam aku ni memang sangat suka ngap kek ni. Heheh. One slice is enough la sebab kena jaga berat badan. Kalau korang nak kurangkan kemanisan cheese tu boleh la mengurangkan kuantiti susu pekat manis tadi.

Hiasilah kek ikut cara korang. Gambar di atas tu aku hias sendiri. Cantik tak? Terima kasih.....ngeh3.



p/s: macam-macam aku share kat blog ni. ada resipi,kisah hidup, tutorial, lawak, sarcasm dan lain-lain. So banyak genre yang aku masukkan dalam blog ni. Sahabat aku pun dah 600. Alhamdulillah..tapi bukan jumlah yang aku kejar. Aku cuma harap ramai follow blog aku sebab betul2 berminat dan ikuti perkembangan blog ni. Selamat hari raya.

12 comments:

  1. Urmmmm... Kalau plain cheese + kacang walnut lagi best wooooo.. Huhuhu...

    BTW, dah tukar header eh?

    ReplyDelete
  2. @mar : yup header baru.hehe. yang plain pun sodap. ramai yang datang prefer makan without the jem

    ReplyDelete
  3. @merahitujambu: cuba taw.hehe. sama2

    ReplyDelete
  4. @jiji : ok fine.haha. perempuan memang wajib buat sendiri.

    ReplyDelete
  5. pergh! sedapnyer ... nak try lah ... tengs 4 sharing tis :)

    ReplyDelete
  6. @pink velvet : sama2 sayang.hehe

    ReplyDelete
  7. wow wow kena cuba nei.sy jugak peminat cheese.sip sikit.

    ReplyDelete
  8. @nin :sep! wajib cuba then bagi kat mak mertua

    ReplyDelete
  9. aduhai....


    tersalah bukak blog pula, bukak2 terus keluar makanan sedap melampau..


    ish3, memang tak boleh turun la berat badan macam ni,

    HAHA, memang nampak sedap gile!! nak cuba la kalau ade kesempatan!

    ReplyDelete
  10. @nk : haha.tersilap masuk blog ye....ngeh3. cuba la buat...memang sedap wo

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah