My [Random] Honest Thoughts #1

Selepas khatam sesi "My [Random] Honest Thoughts" di blog Sophie, aku rasa tertarik nak buat jugak sebab benda macam ni seronok bila dapat luahkan apa yang secara rawak terlintas di kepala otak aku.



1. Disebabkan saiz badan aku yang kecil sebesar saiz budak sekolah rendah darjah enam, ramai junior masa belajar di Uni cakap aku ni freshie. Masa aku di akhir sem (pangkat senior atas sekali) ada jugak yang panggil aku adik. Mula-mula rasa bengang tapi lama-lama seronok pulak sebab automatik aku nampak muda belia. Tak dimakan usia. Bayangkan kalau aku dah umur akhir 30an or 40 ke atas, orang ramai masih ingat aku umur 22 tahun. Tak ke best tu! 


2. Setiap kali aku buka lappy, benda pertama aku mesti buat dulu ialah pasang broadband, sign in facebook, blog, buka youtube layan lagu Bigbang- Love song dan buka Microsoft Excel. Hahahahah. Macam biasalah mesti nak lukis macam-macam untuk bagi skill mewarna tu lebih baik. 


3. Kalau keluar shopping dengan orang lain, aku suka bagi pendapat dan suggest mana lebih baik. Kata-kata yang aku bagi tu akhirnya membuatkan diorang nak beli barang tu. Pehhh....rasa hebat betul. Kalah pekerja kedai tu. Macam nak claim duit je sebab aku berjaya bagi kedai tu pelanggan. Keh keh. 


4. Owh...bab shopping aku paling tak suka. Bukanlah tak suka langsung, cuma tak minat nak belek and survey barang lama-lama. Rimas! Aku ni jenis yang dah set nak beli apa daripada rumah lagi. Duit mesti cukup-cukup je untuk barang tu sebab nak elak boros (setan kuat betul goda suruh perabih duit). Lepas dah sampai tempat shopping tu, terus aku cari barang tu, beli dan terus balik. Bagi aku, masa tu penting dan duit pun penting jugak! Pernah la dulu aku beli barang sampai harga mencecah seratus lebih. Bila balik rumah aku termenung kenang duit melayang......barang tak penting aku tergatal nak beli. Hambik..... 


5. Paling tak gemar dengan lelaki yang jenis nak try dengan seseorang perempuan tu tapi tak usaha. Setakat say hi, terus minta kapel. Bila perempuan tu tolak terus dia try perempuan lain. Desperate gila tak? Perempuan ni kalau dia cakap tak nak tu kadang-kadang itu tanda dia jual mahal. Nak tengok lelaki tu serius ke tak. Aku pernah la try kat pasangan aku, dan dia lulus. Muahaha. 


6. Majoriti follower dalam blog aku ialah girls. Mungkin sebab banyak benda cute dalam blog ni kot. Ke aku yang cute? ngee! :D 


7. Aku ni penghidap resdung kategori agak teruk. Walaupun wajah tak ada jerawat tapi bahagian dalam gila teruk ok. Itu lebih menakutkan. Tabiat aku masa resdung ni ialah aku akan makan dalam kuantiti yang sedikit tapi berulang-ulang kali. All the time la mesti nak mengunyah untuk mengurangkan bersin. Tak percaya? Har har har! Sumpah berkesan. 


8. Aku menyampah dengan orang yang perlekehkan seseorang yang nak belajar Bahasa Inggeris. Eleh...tahu la speaking fluent gila, tapi kalau nak jatuhkan semangat orang lain, pedehal kan? Dulu pun kau tak reti jugak.  Tengok la omputih tu, kalau dengar kita orang Melayu ni cuba berbahasa Inggeris, diorang lagi support tau. Tak ada pun nak gelak-gelak. Alamak. Emosional plak. 


9. Family aku jenis tak bela kucing, tapi suatu hari yang nyaman datang seekor kucing yang tak terurus dan boleh dikategorikan tak comel langsung telah datang ke rumah kitorang. Disebabkan kesian, mak aku bagilah makanan. Lama kelamaan kucing tu jadi haiwan peliharaan dan dinamakan Kabu oleh budak yang mak aku jaga. Kabu (sebab warna bulunya kelabu). Sekarang bulu dah cantik dan comel gila! 


10. Rasa bangga yang amat bila pernah estimate bangunan Kidzania yang besar gila tu. Walaupun cuma mengira elements mudah macam reinforcement menggunakan scale untuk ukur length width dan beberapa formula lain setiap hari sampai nak muntah tapi tetap bangga tau. Ahaks.




p/s : ada ke yang nak baca panjang2 macam ni? wawawa...tak kisah. random thoughts ni best rupanya. ni personal blog. aku share je apa aku rasa patut share selagi tak hina sesiapa. ok? wuwu.




8 comments:

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah