Saya akan jadi chef terbaik dalam hidup awak. Saya akan masak sedap-sedap bagi awak buncit. Buncit tu bukti saya masak sedap dan awak selalu makan kat rumah dengan saya. Saya tak kisah awak buncit, sebab selamanya awak handsome di mata saya.
Saya akan jadi perunding imej dan tukang jahit awak. Kalau ada baju atau seluar yang koyak, dah jadi tanggungjawab saya repair untuk awak. Tak payah dah nak pergi kedai beli baru. Saya ada :)
Kalau awak sakit, saya bersedia jadi doktor dan jururawat awak tak kira siang atau malam yang penting awak sihat. Jadi kenalah jaga kesihatan baik-baik. Kalau saya sakit, awak sudi ke jaga saya? Hee. Nak kena penampor kalau tak nak jaga. Heh.
Selepas berkahwin memang banyak nak kena kawal terutama sekali bab kewangan. Saya akan jadi pembantu kewangan awak. Saya akan tolong urus dan jaga duit awak, eh duit kita. Saya bukan kaki shopping jadi duit awak sah-sah dapat jimat. Orang kata saya kedekut, tapi sebenarnya saya dah dididik hidup susah walaupun mak ayah mampu bagi macam-macam.
Dah kahwin mesti ada anak-anak kan? Hik hik. Saya akan jadi guru terbaik untuk anak-anak kita. Pelajaran akhirat diutamakan sebab iman tak dapat diwarisi tapi saya dan awak kena usaha dan doa anak-anak kita sentiasa di jalan yang benar. Kita pun kena sentiasa betulkan diri kita sebagai ikon anak-anak. Amin..
Paling penting saya nak jadi isteri solehah yang menjaga maruah suami, taat akan perintah awak selagi tak melanggar syariat, menutup aurat bila di hadapan orang bukan muhrim dan menjadi yang terbaik dalam hidup awak. Saya nak jadi macam mak saya. Tak pernah kenal penat sebab sentiasa buat yang terbaik untuk keluarga.
Harap janganlah muntah dengan entri ni. Tak salah kan saya nak berusaha jadi macam di atas. Eh terasa macam blog terfaktab plak. Heheh. Terima kasih sudi baca.
Harap janganlah muntah dengan entri ni. Tak salah kan saya nak berusaha jadi macam di atas. Eh terasa macam blog terfaktab plak. Heheh. Terima kasih sudi baca.
suka entri niee..
ReplyDeleteterbaik la dani!! hee
ReplyDeleteshuke adalah ^_^ nice gile....dani2~
ReplyDeletecalon terbaik gak ni
ReplyDeleteproud to hear dat... sejuk hati bakal suami dengar.. yupp aurat kt hanya utk suami. itu yg sentiasa di usahakan .. moga Allah mberi kekuatan utk diri ni jgak
ReplyDeletebest lah dik....mmg semua nk mcm tu tp melaksanakn tu kdang2 org lupa hehehehe
ReplyDeleteBUKAN MUDAH TUGAS SEORANG ISTERI..HARGAILAH ISTERI ANDA..=)
ReplyDeletesuke entri ni... nak like... ade butang like x?? heee...
ReplyDelete@che : saya suka jugak.hehe.thanks
ReplyDelete@tengku puteri : alhamdulillah.hehe
ReplyDelete@einz : hehe.nice eh?terima kasih einz
ReplyDelete@jiji yu : terbaik ke?insya Allah jadi lebih baik
ReplyDelete@pn yazlynn : lelaki yang tanggung dosa kita.sama2 beringat
ReplyDelete@tini fattah : yang lupa tu kena ingat2
ReplyDelete@merahitujambu : ye..pesanan penaja.haha
ReplyDelete@miss atie : ada kat bawah kaki entri tu.hehe.terima kasih :)
ReplyDeletesuka2..hehe...:)
ReplyDeletewahh2~!!
ReplyDeletehehe aminn..smoge kite semua dapat mencapai cite2 ney ye :)
tak salah... tak salah... hue hue hue
ReplyDeletememang satu pakej lah!:D
ReplyDeleteactually sangat sweet dan susah nak buat :))
ReplyDeleteahak...sungguh comel... and romentik mentik...
ReplyDelete