Kidal bukan alasannya

Aku adalah seorang hamba Allah yang banyak menggunakan tangan kiri berbanding kanan. Dulu masa kecik, ayah aku ajar menulis guna tangan kanan, beberapa hari lepas tu ayah aku ajar tangan kiri pulak. Mungkin nak bagi aku boleh menulis kedua-dua tangan. Tapi hari-hari aku praktis guna kiri je so matlamat ayah aku tu tak kesampaian. its ok daddy. Bila panggil "daddy" terasa geli seketika sebab tak biasa.


Masa masih kecik, time makan makanan yang memerlukan kita menggunakan garfu ataupun sudu untuk menyuap makanan, aku akan pegang dengan tangan kiri. Perjalanan lebih lancar tanpa sebarang masalah. Kalau pegang tangan kanan alamat jadi macam di bawah ni la.






Menggeletar tangan dan punyalah kekok sampai terkeluar habis makanan aku. Solution ialah aku guna dulu tangan kiri, lepas setel mee goreng "di ikat" di garfu, aku bertukar tangan ke kanan dan terus suap. Ha bijak tak? agagaga.

Disebabkan semakin membesar, ayah aku dah mula mengajar aku pegang garfu sudu guna kanan sebab katanya tak elok. Pantang je nampak aku pegang guna kiri, terus ayah aku marah tak kira tempat. Muahaha. Kekok tu tak dapat nak elak. Ku gagahkan jugak pegang dan terkial-kial la aku pada ketika itu. Automatik aku jadi manusia paling lambat makan.

Soalan dan jawapan di bawah adalah untuk anda fahamkan tentang hukum menyuap makanan menggunakan kiri.



Soalan
Seseorang itu mengunakan tangan kiri untuk mengambil makanan apakah perkara tersebut dikira BERDOSA atau sebaliknya?


Jawapan
Makan dengan tangan kiri

1. Bagi makan dan minum, kita amat dituntut untuk makan dengan tangan kanan. Makan menggunakan kiri adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Nabi dan terdapat ancaman baginda terhadap orang yang melakukannya. Di antara hadisnya ialah;

Dari bin Abi Salamah -yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- menceritakan; “Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-. (Suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan itu tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan). Lalu beliau berkata kepadaku; “Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu”. Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At’imah)

Berkata Imam as-San’ani (mengulas hadis di atas)
; Hadis ini menjadi dalil bahawa wajib makan dengan tangan kanan kerana Nabi mengarahkannya[1] di samping ditegaskan lagi oleh Nabi bahawa Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri[2] dan perbuatan Syaitan diharamkan ke atas manusia untuk mengikutinya. Begitu juga, diceritakan; Seorang lelaki makan dengan tangan kiri di hadapan Nabi, lalu baginda berkata kepadanya; “Makanlah dengan tangan kanan kamu”. Lalu lelaki itu menjawab; “Aku tidak boleh”. Nabi lalu berkata (mendoakan); “Semoga kamu akan benar-benar tidak boleh” kerana tidak menghalangnya dari mematuhi arahan Nabi itu melainkan kerana sombong. Setelah itu lelaki tersebut tidak dapat lagi mengangkat tangannya ke mulut” (HR Imam Muslim). Nabi tidak akan mendoakan yang tidak baik melainkan ke atas orang yang meninggalkan perkara wajib (menunjukkan makan dengan tangan kanan itu adalah wajib). (Subulussalam, Imam as-Son’ani, kitab an-Nikah, bab al-Walimah)

Dikecualikan jika seseorang itu tidak berdaya, seperi tangan kanannya terpotong, lumpuh, sakit atau sebagainya, maka ketika itu haruslah ia makan dengan tangan kiri kerana seseorang tidak disuruh lebih dari kemampuannya.

Maksud makan ialah kita menyuap makanan ke dalam mulut. Itu yang dituntut dengan tangan kanan. Adapun memindahkan makanan dari hidangan ke dalam pinggan kita (seperti menceduk makanan dari bekas di hadapan kita ke dalam pinggan kita), itu tidaklah dinamakan makan


Jika kita dapat menggunakan tangan kanan, itulah yang sebaik-baiknya. Namun jika kita merasakan memegang sudu dengan tangan kanan yang telah dicemari makanan akan menimbulkan perasaan tidak enak orang lain yang makan bersama kita, tidak mengapa kita menceduk dengan tangan kiri. 

Ini kerana adat dan pandangan manusia setempat juga di ambil kira oleh Islam selagi ia tidak bertentangan dengan Syariat.


Sumber

(untuk perkongsian bersama)




Jadi, kerana anda kidal dan tak biasa menggunakan kanan, itu bukan alasannya. Aku sendiri boleh belajar dan sekarang dah biasa guna kanan, so kenapa korang (yang kidal juga) tak boleh? Renungkan :)

14 comments:

  1. mama saya pon kidal jgk, tp die makan guna tangan kanan. :)

    ReplyDelete
  2. aiyookkk!! sm la..msti kena mrh..ku kidal :)

    ReplyDelete
  3. sy kidal jgk~ kalau makan sesorg makan je pkai tgan kiri , tp kalau mkan ngan fmily sah2 pkai tgn je.. x, bengkak tgn kna ktok nan senduk ^_^

    ReplyDelete
  4. yang canggihnya kalau makan majlis protokol yang kidal tak kidal semua bantai tangan kiri. seperti protokol itu lebih tinggi hukumnya dari sunnah.

    ReplyDelete
  5. @zayani : itu bagus. macam saya.hehe

    ReplyDelete
  6. @nasz : seeloknya menggunakan kanan melainkan lumpuh dan lain2 barulah boleh guna kiri.

    ReplyDelete
  7. @ ku azhar @ nur kahlimah : kidal jugak? geng!

    hehe..kalau sorang2 digalakkan cuba jugak kanan sebab kiri tu perbuatan yang syaitan buat

    ReplyDelete
  8. @benrauf : itu memang pelik. kita terlalu ikut protokol tapi tak nak pulak ikut sunnah Rasulullah.

    sebab tu tak suka pergi makan kat tempat berprotokol ...leceh tapi kadang2 hentam je.biarlah orang nak tengok ke apa.

    ReplyDelete
  9. adik bgsu saya kidal ..tp mama abah saya tak kidal..pelik gak..he3

    ReplyDelete
  10. @laskar : owh..macam tu plak. dalam family saya, ayah and adik je tak kidal.hehe

    ReplyDelete
  11. muehhe..kalo time kebulur tetiba lak tak jadi kidal...

    ReplyDelete
  12. hihi...comel tangan tu:)hehehe

    ohhh..kiranya nurdani tulis tangan kidal ye?

    ReplyDelete
  13. @yayath : ye saya.hehe.tapi kalau lukis excel ni saya pegang mouse guna kanan

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah