Kasih sayang antara adik beradik terserlah

Seronok kan tengok bila adik beradik yang jenis rapat-rapat, gila-gila, manja-manja sesama diorang sebab keakraban tu terserlah. Hoho. Kalau yang jenis dengan adik beradik sendiri pun macam tak ngam ni rasa tak best betul.

Siapa dalam gambar tu? Itu adalah cik merahitujambu. Takkan la tak kenal kot si pendoodle tercomel di abad ni. Title blog "Jika itu yang terbaik". Memang terbaik. Entri beliau semuanya comel-comel sebab ada kartun yang sungguh adorable. Sebenarnya beliau menempah gambar tersebut untuk di-vectorkan.

Jadi malam sebelum ni (15 November 2011) aku bertungkus lumus menyiapkan lukisan tu. Jujur ku katakan gambar tu sangat mencabar sebab banyak tone yang harus dibuat. Mula-mula rasa macam tak mampu buat,takut tak jadi. Heheh. Tapi biasalah aku....jenis nak jugak siapkan tak kira apa pun.

Ok jom tengok penghasilan vector mereka!






Seperti biasa, mesti la buat lakaran kehidupan dulu. Aku mulakan lukisan dengan melukis cik merahitujambu dulu. Lepas siap semua line wajah,tudung and tangan sekali dengan tone tu, barulah aku bergerak kepada abang beliau dan seterusnya adik beliau. 

Kesukaran yang aku dapat masa menghasilkan lukisan ni ialah, kena pastikan semua tone dibuat merujuk gambar sebenar. Ok, memang tak 100% tone aku ambil. Sekadar buat bagi nampak seakan-akan je. Jenuh kot nak buat semua bagi perfect. Nothing is perfect.







Aku paling lega bila dah siap lukis sebab aku suka part mewarna. Sangat-sangat enjoy bila warna ni tau tak hangpa-hangpa semua.... Masa ni masih tak nampak real-nya gambar tu. 

Untuk line merah di bahagian spek, hidung dan gigi tu menunjukkan line yang tindihannya double sampaikan aku tak nampak line lain. Jadi untuk memudahkan kerja, aku set warna kontra bagi senang nak proses warna. Faham tak? Hukhuk.







Tu dia....dah nak siap nampaknya cuma line hitam je masih membelenggu diri mereka. Har har. Ok tak lawak. Aku sekarang ni macam rasa lukisan with the black lines tu macam style je. *ferasan fuh2. Sebenarnya masalah utama masa nak siapkan ni adalah pemilihan warna baju melayu abang beliau. 

Agak susah nak cari warna di More Colours yang seakan-akan bajunya. Jenuh jugak adjust warna. Akhirnya warna itu menjadi pilihan sebab lebih kurang dengan yang asal.







Ni close-up. Nampak tak kesukaran nak lukis terutama di bahagian tudung cikmerahitujambu? Susah macam mana pun tapi aku enjoyed. Atas bibir abang beliau, korang dapat lihat misai. Eh misai ke kumis?

Ah....aku tak tahu nak panggil apa. Nak buat macam gambar sebenar, serius tak eksperimen lagi macam nak buat so aku buat macam tu je lah. Sepatutnya janggut tu.....ha scroll up balik dan tengok gambar asal. Differentiate-lah sendiri. Heheh. Sila tengok hasil akhir di bawah2 ye.







Line hitam dah dihilangkan. Masa ni aku tengah bagi cermin mata abang beliau di-transparent-kan. Proses ni kena guna logik akal sebab...er tak tahu macam mana nak explain. SERIUS. Proses di atas ni masih belum siap bagi tone sebenar.

Lebih kurang macam kita melukis guna water colour, contohnya pada bahagian bibir kita akan sapu warna  pink sahaja. Lepas tu baru letak warna pink pekat or apa2 warna dan putih untuk menghasilkan gambar real. Eh betul ke apa aku terangkan ni. Heh.









Dah siap pun...tapi belum grouping lagi masa ni. Untuk makluman, lukisan yang dibuat tidaklah perfect sebab aku tak pakar bab melukis. Sobs sobs.







Ini poster kasih sayang antara adik beradik harus ditunjukkan. Heee :D ...Bibir kedua-dua wanita cantik dan sweet ini dah pun diberikan tone untuk menyerlahkan bibir mereka hanya dengan menggunakan produk Simply Ct. Soalan sekarang, sama tak dengan gambar asal? Cer komen sikit. Terima kasih :)



p/s : Durasi menyiapkan gambar kali ni mengambil masa hampir satu jam ke dua jam sebab mata mengantuk sambil sibuk tweet2 di twitter dan main game the sims social. Wakaka.

23 comments:

  1. ternyata susah..maaf yaa..=_= tp memang terbaik..nk bg link ni kt adik dgn abg tgok.=_=

    ReplyDelete
  2. dani..awk puji lelebih eh...ahahaha..terbaik tu untuk awk..=)

    ReplyDelete
  3. hasillnye sangat superb la dani..suke bile dah siap tu..nak buat mak aihhh..punye lah banyak line kan..kalau nak mewarne banyak layer untuk tone warne tu...

    ReplyDelete
  4. @merahitujambu : kenapa minta maaf..its okay.itu satu cabaran untuk memantapkan jari jemari ni.haha

    ReplyDelete
  5. waaa. besh2.. MIJ terer bab dudel mendudel, dani plak terer vector menvector.. ske tgok hsil karya kalian.. ^^

    ReplyDelete
  6. nice dear! great job!

    ReplyDelete
  7. tak suke betul ngan lukisan diorang nih. sebab tiap kali tengok je mesti jeles. :)

    ReplyDelete
  8. apesal tiap kali tengok lukisan lu guwa rasa panas je sebab awesome gila okey.

    tahniah fren.teruskan melukis.

    ReplyDelete
  9. Woah.. 1-2 jam SAHAJA?
    Memang hebat arrr...

    ReplyDelete
  10. @azlinda ali : terima kasih.hehe. *blushing

    ReplyDelete
  11. @my name is mar: durasi macam tu lama dan tidak hebat tau.sepatutnya ambil masa 18 - 20minit

    ReplyDelete
  12. Salam..cik nurdani sungguh kreatif. Tahniah!

    ReplyDelete
  13. cayalah dani..as usual mmg superb hasil dani =)

    ReplyDelete
  14. gila lahhhhh ! eh bukan dani taw.. grrr terror gila dani ni..

    ReplyDelete
  15. @wanie : terima kasih.itu semua daripada Allah :)

    ReplyDelete
  16. @norauliyya : ingatkan den yang gila.haha.thanks.semua ni daripada Allah jua

    @chiah : alhamdulillah :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah