The new me

muka sudah mulai cengkung.perlukan lemak..lemaaaaakk..

Sejak sekolah bila datang je tahun baru, mesti nak letakkan azam untuk memperbaiki diri sendiri or kehidupan sebelum ni. Tapi serius la cakap, ada yang tak tercapai. Heh heh heh. Lepas tu masuk lagi tahun seterusnya, letak lagi azam baru tapi azam sebelum ni tertinggal macam tu je. Masa tahun baru Islam hari tu, aku dah buat satu penghijrahan besar, alhamdulillah. Semoga istiqamah.


2011 ni bagi aku adalah tahun yang kurang ummph! Mungkin sebab tak banyak perkara tercapai, banyak benda menganggu jiwa dan tahun ni rasa macam sedikit "keseorangan". Maksudnya kurang bersosial dengan kawan-kawan dan aku cuma banyak habiskan masa di rumah. Notice something different? Aku single. Owh, tak perasan eh? Yeah2, sebab aku mana ada cerita fasal cinta, dating blablabla dalam blog ni. Keh keh.


Single? Itu tak menjadi masalah sebab tak perlu nak terlalu emosional bila kehilangan seseorang yang memang bukan jodoh kita. kan? kan? Bersyukurlah kita masih ada mak,ayah, adik beradik dan kawan-kawan. Itu dah cukup membahagiakan.


Yeah, aku tak suka shopping, tak suka lepak di mall. Bak kata Maria Elena di post terbaru beliau masa trip ke Melaka, "....release tension trip was a better option than walking around a shopping mall.". Setuju! Kalau nak keluar release tension, aku suka tempat yang selain shopping mall. 


Contohnya jungle trekking (tak pernah cuba lagi tapi nak sangat!), lawat anak-anak yatim, rumah orang-orang tua and apa-apa aktiviti yang lebih seronok diisi. Selalunya kalau tension sangat dan perlukan udara segar, aku lepak putrajaya malam-malam, tengok freelance models tengah photoshoot dekat jambatan and then layan perasaan tengok sungai. Hukhuk. Cuma sekarang ni tak boleh la keluar malam. Perempuan der...bahaya. Siang-siang sudeh.


Dekatkan diri dengan-Nya
Semestinya kena dekatkan diri dengan pencipta. Allah sangat-sangat sayangkan kita walaupun kita buat banyak dosa. Keaiban kita Allah tutup tapi kita tetap lupakan Dia kan? Jadi dekatkan diri dengan Allah.


Selain tu, aku nak hidup ni become more organized
Honestly, aku rasa sedikit kucar-kacir bila tak terurus. Bayangkan rumah bersepah macam tongkang pecah, then korang nak lalu pun susah kan? 


Save money
Sekarang ni pun apa-apa benda aku akan buat satu senarai ikut jenis di excel contohnya hutang-hutang yang ada dan pengeluaran duit setiap bulan sekali dengan resit.


Dengan ini, aku boleh bajet berapa aku dah perabihkan duit. Ni pun cara nak kawal daripada terbeli benda tak berfaedah a.k.a buang duit aku je. Kalau dah menghabiskan duit untuk benda tak penting, aku akan termenung jauh sambil mengeluh sebab duit tu boleh digunakan masa kritikal nanti. Heh.


Reduce stress. 
Oh man...this year sangat-sangat melampau tahap stress aku dan aku sedar tahap emosi dan kemarahan tu macam tinggi gila. Berharap sangat ada sinar baru dalam kehidupan ni dan ada khabar gembira untuk aku.


Sempat ke tak?
Hishh...ajal tu tak tahu bila nak datang tapi kena bersedia secukupnya. Kita rancang macam-macam dan usaha nak capai semua tu tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan terlalu fikir mati sampai dah tak nak kerja, tak nak itu tak nak ini. Ajal tetap sampai, tapi kita kena teruskan kehidupan mencari rezeki, tolong orang lain dan lain-lain lagi.



p/s : aku menaip entri ni dalam keadaan yang sangat serius.

21 comments:

  1. Tengah bayang muka dani serius.

    sabar dear,saya doakan yang terbaik untuk awak :)

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH sempat..sama dgn sy berat x naik2..ni nk kumpul duit kawin lagi cengkung..

    ReplyDelete
  3. fiza pulak perlu kurangkan lemak..single?jangan risau..pasti ade jodoh kelak..release tension trip memang better than lepaking di shopping mall.save money..sangat sokong..samelah!InsyaAllah..setiap orang pasti akan berubah

    ReplyDelete
  4. excelent dani! ^_^

    mkn bnyk2 nanti k.. hehe

    ReplyDelete
  5. x de duit nak pergi trip utk releasekan tension. shopping mall je la yg mampu :)

    ReplyDelete
  6. sbr ea dani.. setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya.. insyallah.. akan tercapai dani nya azam bila seiring gan usaha... n ag satu? dani nk lemak?? hehehe yana byak.. nk shared x??? hehe just kidding.. lw dani masalh nk lemak.. yana plak nk bunag lemak.. bdn dh se berat semacam..

    ReplyDelete
  7. saye ade banyaaakkkk lemaks. mari! mari! (>.<)

    ReplyDelete
  8. nak kena bayangkan macam mana muka cik Dani yang serius.. ehh.. XD

    ReplyDelete
  9. mai amek lemak saya..4kilo saya boleh bagi..=)

    ReplyDelete
  10. @nin : haha.bukan ke masa jumpa hari tu saya buat muka serius?

    ReplyDelete
  11. @merahitujambu : makan banyak tapi tak naik2...geram kan??

    ReplyDelete
  12. @azhafizah : amin...jimat duit demi masa depan

    ReplyDelete
  13. @hati : makan banyak tapi tak naik...huwaaaa

    ReplyDelete
  14. @cik tikah : ikut kemampuan.janji dapat release tension

    ReplyDelete
  15. @siti nurliyana : nak lemak! meh sini.haha

    ReplyDelete
  16. @blog tips kurus : nak sangat2.hehe

    ReplyDelete
  17. @aujinz : bayangkan...bayanggggggkan

    ReplyDelete
  18. @sharifahfatinzulaikha : ramai nak bagi lemak ni.haha

    ReplyDelete
  19. yup, famili sentiasa ada di sisi bila mana yg lain2 jauhkan diri, huh...

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah