Saya perlukan sahabat

Pelakon dari kiri Biqa, myself, Azhafizah, Fy Rawk dan Wahida.
Skrip :Nurdani
Arahan : Nurdani
Filem : Sahabat sejati sukar di cari

Bab cari kawan ni memang senang. Buka je apa-apa laman sosial, tup tup terus dapat kawan beriban-riban. Tapi nak dapat yang betul-betul boleh dijadikan sahabat ni memang susah. Kes kawan makan kawan satu perkara yang cukup fed up untuk dibualkan.


Manusia kan ada macam-macam perangai. So aku dah pernah jumpa kawan yang depan cakap baik, belakang tak ubah macam longkang. Paling teruk yang buat fitnah la. Kawan yang macam ni memang harus dijauhi. 


Hari ni dia boleh kutuk, fitnah macam-macam. Satu hari nanti, time dia susah dia akan cari kita jugak. Hew hew...tapi kalau dia dah berubah,so kawan tetap kawan. Manusia tak selamanya jahat kan? Waspada tu haruslah tinggi walau dengan sesiapa pun. Itu yang aku selalu buat.


Kawan rapat, kawan baik, kawan istimewa, BFF dan macam-macam lagi panggilan tu bagi aku tak perlu sebab aku anggap semua kawan-kawan aku sama je iaitu kawan. Yeah, memang kita ada kawan yang lebih rapat daripada yang lain tapi aku tak menggunakan istilah seperti yang disebutkan. Eh faham ke tak ni? Muka macam blurr je.


Sekarang ni kalau keluar pun mesti dengan beberapa kawan sejak sekolah lagi. Itupun sebab kamceng, sekepala (ini yang penting), rumah dekat-dekat so senang nak keluar sama-sama. Lepas tu daripada zaman sekolah lagi memang selalu lah luang masa sama-sama.


Cerita fasal gaduh ni, ish tipu la weh kalau tak pernah berlaku salah faham. Masam muka ni paling aku meluat sebab tak syok gila. Kalau selisih pun, buat-buat tak nampak. Korang tak rasa teruk ke? Teruk kan? Tak kisah la salah siapa pun, tapi aku tak suka keadaan macam tu.


Kawan bukan digunakan bila masa kesusahan je, kawan ni tempat kita berkongsi masalah, berhibur, gelak ketawa dan ingat mengingatkan perkara baik.

11 comments:

  1. wah ade je idea dani ekk! haha. :) watak biqa klakar! hahahaha

    ReplyDelete
  2. comel , nak jugak ~! :)

    Hhee , nak tahu tak , ptg tu kita baca belog kak dani yg update pasal yuyu tu , akak lukis gmbr tu kann.
    then , lepas tu amal giant terjumpa kak yuyu. kesan dr tgok belog akak dulu kot ;) hehe

    ReplyDelete
  3. fiza pun tak suka ada BFF or kawan baik..tak mo kecewa kalau ada apa berlaku..lebih suka bekawan macam biasa..yang penting berkawan biar ikhlas

    p/s:cam biasa hasil kerja yg superb!

    ReplyDelete
  4. da 2-3 kli tngok sblum ni ... tp skang bru perasan... ketinggian dani.....................................................................................................................................................................................................................




    .... haha... pikirla sndiri

    ReplyDelete
  5. @amal : haha.bagus2.sila tengok blog den lagi

    ReplyDelete
  6. @azhafizah : berkawan biar sama.bagi saya tak perlu istimewa sangat2

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah