Kereta baru

Tengah sedut milo kotak sambil usha kereta-kereta comel kat dunia ni terus buat aku koma lima enam minit bila berangan beli kereta mini cooper. Sebuah kereta yang sangat sesuai dengan saiz fizikal aku tapi sayang...aku tak minat langsung kereta ni sebab duit tak cukup nak beli. Kah kah.


Kalau la kereta macam ni tiba-tiba ada depan rumah aku sekarang, dengan warna solid white seperti di atas perghh...memang terus aku bawak kereta round satu shah alam. Lepas tu isi minyak then round lagi dan lagi. *jakun tak boleh nak nafi.


Sekarang ni aku guna kereta perodua Myvi. Lebih kurang la saiznya. Sama-sama kecik dan comel sama macam tuannya ni. Bila dekat highway then ternampak ada mini cooper dekat side mirror, memang buat aku gelabah. Sepanjang kereta tu nak lalu sampai la kereta tu potong aku, terus masuk gear, bagi signal kanan, line clear and terus pecut kejar kereta tadi. Wakaka.


Kebanyakkan aku tengok yang pakai kereta ni mesti lelaki berusia. Sama macam ex boss aku. Pagi-pagi memang panas je bontot tengok boss parkir kereta depan aku. Bila meeting tempat jauh, tak pernah dia nak pelawa bawak kereta dia. Ciss..bagi la staf rasa. Aku memandu sangat berhemah kayyy...


Nak cakap suatu hari nanti nak beli kereta ni memang takkan la...sebab cukuplah apa ada. Banyak lagi kos kehidupan yang harus dibayar. Hik hik. Nak ikutkan kehendak and nafsu dalam diri ni, memang macam-macam dalam kepala. Beli je mana mampu, selesa dan guna benda yang masih boleh guna.


TAPI! Kalau dapat, memang syukur alhamdulillah. Muahahaha.

11 comments:

  1. besarnya kepala... x muat masuk dlm keta tuh..

    ReplyDelete
  2. Tak salah kalo kte berangan kan :) kih3 may ur dream come true ! :)

    ReplyDelete
  3. untung sape ada kerea mini cooper kan. hoho...

    ReplyDelete
  4. teringin juga mini cooper white ni..tapi tengok harga memang hampalah kan..jom kita kumpul duit dani.pasni leh race..akekeke

    ReplyDelete
  5. Aku ada keta mini clubman kat rumah yg jarang dipakai... tapi kaler merah la, dlm dia seating corak kulit zebra. Nak?

    ReplyDelete
  6. sila sila .. sila berangan.. berangan itu free..

    tapi kalau angan jadi kenyataann.. itu adalah rezeki.. koh koh koh

    ReplyDelete
  7. mini cooper saya mana??sy nak gak..tgok org laind dpt..x dpt beli dpt lukisan pon jadi la.XD

    ReplyDelete
  8. ni mini cooper yg oldskool or newskool?

    why not VW, why? why? hahahaha

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah