My [random] honest thoughts #3

1. Aku ni seorang yang pendiam tapi akan start kecoh bila jumpa geng yang sekepala. Tapi tak la sepanjang masa nak kecoh. Ada waktu tertentu dan bila diperlukan je. Meluat kot kalau sentiasa jadi kecoh girl ni.


2. Sambil menaip dalam keadaan serius ni, nak kabor yang aku tak ada bff (best friend forever), kawan istimewa ke, rapat ke or apa-apa panggilan lagi. Bagi aku, semua kawan-kawan ni sama je. Semuanya kawan baik. Dulu masa sekolah ada la bff ni tapi sejak ditikam dari belakang, so aku rasa tak perlu la nak baik sangat or nak rapat lebih2. Aku suka bersederhana dalam berkawan. 


3. Sangat suka memandu bila mood tengah rajin nak drive dan lebih suka drive sorang-sorang. Haha. Sebab lagi best nak layan perasaan dan tak payah dengar orang sebelah nak komplen cara pemanduan aku. Layan lagu-lagu kat hitz.fm and fly.fm..perghh.....sukar nak explain perasaan itu kat sini. Koh koh.


4. Bila sign in je facebook, aku lebih fokus kepada group WLA. Ahli-ahlinya sangat mesra alam. Tradisi menyambut ahli baru tu paling best. Kalau nak tahu, cer request. Heheh. Apa pun, tahniah la kepada orang2 kuat group ni. Makin ramai blogger fofular dalam tu yang minat ke arah seni.


5. My [random] honest thoughts ni selalunya ada 10 benda aku kongsikan tapi kali ni 5 je la sebab malas nak taip panjang-panjang. Er...ini pun dikira sebagai my [random] honest thoughts jugak lah.heh.



p/s : template blog pun dah berubah sempena tahun 2012. saja nak rasa benda baru. walaupun tak cantik dan tak hebat,tapi aku suka! hee...

11 comments:

  1. hye.......hye awak...hahahahaha comel betul la karya awk..i adore you! sy baru je join blog2 ni.kahkah

    ReplyDelete
  2. alamak.. cute la plak dudel2 tengah baring tuu

    ReplyDelete
  3. sy pun xder BFF.. =)

    _________________________
    I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

    ReplyDelete
  4. @keri : yeke cute? hehe.terima kasih

    ReplyDelete
  5. WLA tu utk blogger2 yg reti mlukis saja ke?? tringin bebenar nak join tp malu.. huhu

    ReplyDelete
  6. WLA? sgt nak join tapi saye tak kreatif. huhu!

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah