Contengan ini ada maksud tersirat

Sejak dua tiga empat lima menjak ni aku makin minat nak melampiaskan nafsu melukis guna Paint berbanding Excel. Uit..penggunaan melampiaskan nafsu tu teruk betul. Keh keh. 


Melukis guna excel bukan la dah bosan. Excel tetap di hati dan kalau nak buat vector or karikatur, masih lagi menggunakan benda alah tu.


Kalau korang perasan, dalam 2 3 posts yang lepas aku share lukisan daripada Paint versi 6.1. Serius aku kabor yang Paint ni sangat menerujakan. 


Korang boleh conteng ikut suka hati, cincai-cincai then terus jadi macam real walaupun tak kemas. 


Untuk orang macam aku yang tak expert ni, memang tak kemas. Hoho. Poster penguin kat bawah ni adalah lukisan ketiga aku semalam. Bosan punya fasal, terus aku conteng-conteng. Agak menjadi la.

Apa yang nak cuba disampaikan oleh aku ialah, kita sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk jaga bumi ni, seharusnya jaga la elok-elok. 


Tengok la sekarang ni dah macam-macam pencemaran ada. Sebab tu ada macam-macam kerosakkan and penyakit.


Pembangunan yang makin pesat memang akibatnya kena kat alam ni. Banjir kilat, suhu makin panas punca pokok makin berkurang, bangunan makin naik. 


Terlalu mengejar bangunan paling tinggi di dunia blahblahblah. Tapi... semua ni pun antara tanda-tanda kiamat. Ramai nak jadi lebih hebat dengan menghasilkan bangunan setinggi yang boleh.


Gambar ni pulak, aku buat masa hati tengah tenang. Rasa macam pencemaran di tahap yang selamat. Air laut yang bersih, udara yang nyaman..tenang je bila tengok. 


Apa yang aku paling suka dalam lukisan ni, ialah tang pokok-pokok belakang lighthouse tu. Rasa seronok conteng-conteng benda alah tu. Guna brush dan klik guna mouse ikut hentam je. Sangat best. hoho.


Tang bukit...fail. *sigh.


Ok kawan-kawanku sekalian, nak bagitahu, jagalah bumi ni sebaik mungkin. Amaran! Kalau korang berada dalam kereta, then nak buang tisu or apa-apa benda, mohon jangan buang melalui tingkap. 


Simpan la dulu sampah tu. Bila dah sampai petronas, R&R ke, cari tong sampah dan buang.


Benda ni tak susah. Kita lengkap ada tangan, kaki. Kenapa ambil jalan mudah untuk buang sesuka hati? Akal yang Allah bagi, harus kita guna dengan bijak.


Sebab tu pihak terlibat dah sediakan tong sampah untuk memudahkan kita buang sampah. Kalau tak disediakan, aku pun hangin.


Renung-renungkan dan selamat beramal..


Ok, aku rasa panjang gila entri kali ni. Sekian. *Entri panjang itu kadang-kadang perlu ;p

10 comments:

  1. owhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... tapi serius lukisan anda sgt subjektif....tersirat...

    ReplyDelete
  2. super ohsem... bnyak yg tersirat dlm lukisan tu... mungkin aku pandang dari sudut tafsiran yang berbeza... masih ada cerita dalam cerita yg cuba kau sampaikan... :)
    buat banyak2 lagi.. suka giler tenung.. rasa tenang je...

    ReplyDelete
  3. sis ni mmg kreatif tau!lukislah guna software apa pun,lukis atas apa pun mesti cantik!

    ReplyDelete
  4. @biqa : terima kasih biqa. contengan anda pun sangat superb

    ReplyDelete
  5. @keri : tak sangka ko suka. terima kasih. heheh. insya Allah aku lukis lagi sementara mood ada

    ReplyDelete
  6. @aleasara : wow. terima kasih. hehe

    ReplyDelete
  7. betul, setuju sgt, kena jaga alam :)

    ReplyDelete
  8. indahnya lukisan permandangan dani..really adore them much!

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah