Jalan terang

Manusia tak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Kadang-kadang tu ada yang tersalah pilih jalan gelap mungkin sebab pengaruh kawan, keadaan sekeliling, masalah keluarga, hasutan itu ini dan tak kuat iman or lain-lain.


Cuba tengok beberapa orang artis yang masa dulu dia la paling seksi, masuk kelab malam and lain-lain hal lagi. Ramai yang kutuk and kecam dengan kehidupan sosial dia tu. Tapi sekarang, dia dah jadi manusia yang lebih baik. Dia dapat hidayah Allah untuk berubah.

Ada yang tak berlakon seksi-seksi dan ada jugak yang dah tak nak terlibat dengan dunia hiburan. Alhamdulillah.


See? Orang yang kita kutuk tu la jadi lebih baik. Sebab tu kalau nampak je benda tak elok, jangan kutuk2. Jangan cakap dia itu ini. Apa kata doa je diorang jadi lebih baik. Yup, apa yang diorang buat tu salah dan berdosa.  Point di sini ialah jangan kutuk-mengutuk.


Manusia tak selamanya dalam kegelapan. Insya Allah ada cahaya untuk mereka. Kena usaha cari hidayah Allah. Tak boleh harap dapat macam tu je.



p/s : Paint version 6.1

8 comments:

  1. kutuk sket2 xpe.. haha...
    tegur, bukan caci... biasa orng kita kononnya nak tegur, nak tunjuk dia x suka perlakuan tu, tapi dgn cara menyumpah seranah memaki hamun dan mencarut.
    akhirnya?? bukan saja mesejnya x sampai... malah dia plak yg orng pandang rendah, sebab bila dia beriya membuka aib orng dgn sndirinya dia sedang membongkar aib sndiri... sekian, sekain, kesian :)

    ReplyDelete
  2. doa dye dpt hdayah itu lebih baik :) kan :)

    ReplyDelete
  3. seharusnya begitulah..doa yang baik baik aje ^___^

    ReplyDelete
  4. @keri : betul tu. niat nak menegur kesalahan dan suruh betulkan tu dah ok. tapi cara tak betul. tegur elok2

    ReplyDelete
  5. @cik zacks : betul tu. mana la tahu nanti dia yang jadi lebih baik

    ReplyDelete
  6. @azhafizah : baik caranya, insya Allah baik penerimaannya

    ReplyDelete
  7. @blog tips kurus : betul tu :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah