Kamek suka Sarawak

Alhamdulillah...akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak jalan-jalan ke negeri Sarawak. Memilih AirAsia sebagai transportation ke sana memang berbaloi sebab tambang murah. Hewhew.


Kali ni entri banyak gambar. Tidak menggunakan DSLR. Guna handphone murah je. Enjoy reading!


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching cuma ambil masa dalam 1 jam 40 minit. Sampai je ke Kuching International Airport, rasa teruja tu semakin membuak-buak. Mula la nak cakap kamek kitak. Berterabur. Hancur.


Aku menginap dua hari satu malam kat hotel yang ada di bandar Kuching. Lepas check in, terus masuk dan terbongkanglah atas katil empuk dan aircond yang di set kepada 18 darjah celcius.


Menikmati keindahan malam di Kuching memang seronok. Tenang sebab tak terlalu sesak. Tempatnya pun bersih.

Dalam gambar di atas ni, ada restoran yang best untuk sesi melantak slash mentekedarah.





Kuching Station! Tempatnya cantik, makanannya pun sedap-sedap. Dekat je dengan hotel yang aku menginap tu. Cuba tengok balik gambar mula-mula tu, di bahagian kiri ada kereta hitam and kereta putih. Ha di situlah restorannya.





Menu yang dipilih ialah Lelapan Daging. Serius sangat sedap. Ada sayur bayam, timun, kacang panjang dan belacannya memang terangkat. Pedaasss.





French Fries memang menjadi kegemaran bila pilih menu makanan. Gila kentang. Rasa dia sama la dengan kentang mcd. Rasa masin-masin tu penting barulah nikmat bila mengunyah. Kalau boleh nak order lagi 3 tapi tak elok tamak.





Ini Wheatgrass C yang super duper sedap. Sekali kau sedut, nak sedut lagi dan lagi. Harga pun berbaloilah dengan rasanya.



Tak berapa puas berjalan-jalan di Sarawak sebab masa tidak mengizinkan. Harus pulang ke semenanjung. Sebenarnya ada lagi beberapa tempat yang aku terjah. Cuma tak perlu kot nak share kesemuanya di sini. Hehe. 


Ok, tiba masa untuk pulang. Beg tak la banyak sangat tapi memang berat! Lenguh aih...

"Its never too late to cover yourself" refer kepada pramugari. Boleh? Hee.




Macam tak percaya je sekarang semua orang dah boleh terbang. Superman pun rasa tersisih nanti sebab selama ni dia ingat dia sorang je boleh terbang. *ok maaf merepek.





Inilah laluannya. Menggedik dan perasan lebih. Padahal aku domestik je. Ngeh3






Ini penerbangan ke Singapore. Aku punya dekat gate lain. Saja nak snap sebab macam cantik plak view macam ni.




Ok dah terbang. Eh2, flight aku malam, tetiba cerah. Muahahah. Ambil gambar dari google je. Takkan aku nak snap tengah take off plak kan? Hehe.


Bila sampai rumah, terus tidur! Gila penat.


Apa yang dapat aku simpulkan sepanjang berada di Sarawak ni, masyarakatnya sangat mesra alam. Asal berselisih je, mesti ringan je bibir diorang mengukir senyuman. Hoho. 


Ada jugak masa tengah breakfast dekat restoran, tiba-tiba ada pakcik cina ni datang tanya siapa mak ayah budak yang jalan sorang-sorang tepi deret-deret kedai. 


Rupanya mak ayah dia tengah membeli kat tempat lain. Anak dibiarkan macam tu je. Pakcik tu memang seorang yang sangat prihatin dengan keadaan sekeliling dia. Ini yang kita perlukan dalam masyarakat.




p/s : Gambar aku mana? muahaha...aku bukan retis untuk ditayangkan wajahku yang comel ini. Lebih selesa share apa patut sebab tak nak menjadi tontonan umum. Harap maklum. :)

Insya Allah akan ke Sarawak lagi.

19 comments:

  1. laa..dani da balik ke?? baru nak ajak datang unimas...mie baru balik srwk smlm =)

    ReplyDelete
  2. ingat ade gambar geng2 blogger sarawak dah td haha..
    tengok beg da macam nak pegi tanak balik2... padahal sehari lebih je ponn.. :)

    ReplyDelete
  3. bilelah saya nak fly ke saghawak pulak ni kan..^__^..nak rasa lelapan itu dan whitegrance C tu..

    ReplyDelete
  4. sarawak memang best.. saya pun baru balik dari jenjalan sana.. 2 hari 1 mlm mmg tak cukup.. saya yg 4 hari 2 mlm pun byk lagi tempat yg tak sempat nak pegi.. mee kolok, laksa sarawak, ayam pansuh & sayur midin dah cuba lum? serius sedappp..

    ReplyDelete
  5. Salam..
    5 1/2 tahun saya belajar kat sana, saya punya suka stay kat sana sampai mintak posting kat Sarawak..but apparently kerajaan xbagi..huhu

    ReplyDelete
  6. @mie : eh unimas ke? ala...kalau tahu boleh jumpa

    ReplyDelete
  7. woww. i never been to Kuching lagi. maybe someday. hehe.

    ReplyDelete
  8. tu la pasal..alahai...dani balik da..

    ReplyDelete
  9. Sarawak terbaik! memang x mnyesal kalau dtg cni. Thumbs up!!

    ReplyDelete
  10. @keri : itu sekali dengan beg keluarga aku yang lain

    ReplyDelete
  11. @azhafizah : harus cuba di kuching station tu

    ReplyDelete
  12. @ct luna : jalan2 dan hantar adik ke sana

    ReplyDelete
  13. @wie : sayur midin je sempat rasa. memang sedap. siap beli 4 ikat syur midin dekat pasar minggu Satok

    ReplyDelete
  14. @syam : patutlah ramai yang cakap Sarawak ni best. mula2 tu saya takut ke sana tapi bila dah ada kat situ, terus jatuh cinta.haha

    ReplyDelete
  15. @simplyseol : insya Allah..nanti ke sana juak :D

    ReplyDelete
  16. @mie : lain kali kita jumpa kalau dani ke Sarawak lagi

    ReplyDelete
  17. @fiza : yeah! nak ke sana lagi.hehe

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah