Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nur ayat 39-40, maksudnya:
"Dan orang kafir itu amalan mereka laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang yang dahaga, tetapi apabila dia datang ke tempat itu, didapati sesuatu pun yang disangkanya itu dan dia tetap mendapati (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amalan dengan cukup dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam yang diliputi ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gelita yang bertindih-tindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) sesiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun."
Muhammad Ali al-Sabuni dalam kitabnya Safwah al-Tafsir membawakan satu kisah keislaman seorang saintis Barat apabila membaca ayat al Quran ini.
Saintis itu terkejut ketika membaca ayat al-Quran ini lalu bertanya :
"Adakah Muhammad pernah belayar di lautan?"
Jawapannya pastilah tidak pernah.
Mengetahui hakikat itu, saintis tersebut menyatakan:
"Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah"
Apabila ditanya apa yang mendorong beliau begitu yakin menyatakan sedemikian, maka dijawab saintis itu:
"Gambaran keadaan di dalam lautan yang dalam itu tidak dapat diketahui oleh sesiapa pun kecuali bagi mereka yang sepanjang hidupnya belayar di lautan, yang dapat menyaksikan segala macam situasi yang bahaya ketika melakukan pelayaran.
Namun apabila aku diberitahu bahawa Muhammad tidak pernah belayar di lautan, maka aku yakin bahawa ayat al-Quran tersebut bukan dicipta oleh Muhammad, sebaliknya ia benar-benar kata-kata daripada Allah s.w.t."
Namun apabila aku diberitahu bahawa Muhammad tidak pernah belayar di lautan, maka aku yakin bahawa ayat al-Quran tersebut bukan dicipta oleh Muhammad, sebaliknya ia benar-benar kata-kata daripada Allah s.w.t."
sumber ilmu yang dikongsi : Majalah Solusi (Isu No. 36) M/S 68-69.
p/s : luangkan masa membaca majalah berilmiah macam Solusi ni sebab banyak persoalan dan was-was dalam diri kita, boleh la dapatkan jawapan dalam majalah tu. saja kongsikan dalam blog untuk pengetahuan bersama.
subhanallah
ReplyDeletetq dani share ilmu ni :)
ReplyDeleteSOLUSI best :)
ReplyDeletewlupun kadang2 tak sempat baca, tp tetap kumpul tiap2 keluaran. rugi klu terlepas
thanks for sharing dan setiap kejadian memang ada hikmahnya.
ReplyDeleteperkongsian yang pasti bermanfaat.bagus berkongsi bahan ilmiah ni.
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDeleteBijak cara dia berfikir..
Orang kita yg ammg Islam pun masih ada yg ragu dgn ajaran Nabi Muhammad n ingkar..
try dapatkan gen Q. pun best jgk! sama mcm solusi tp ia lebih padat, ringkas :)
ReplyDeletebtw, nice sharing!
thanks Dani... :)
ReplyDeletethanks share dani
ReplyDelete@mitsu : subhanallah
ReplyDelete@cik tikah : sama2 tikah. ilmu seluas lautan
ReplyDelete@keri : yup. ayah aku rajin beli, so anak2 kena rajin baca. bagus majalah tu
ReplyDelete@rapunzel : betul. sama2 lah beringat
ReplyDelete@azhafizah : berkongsi benda yang patut menjadi kewajipan. untuk diri sendiri jugak
ReplyDelete@solihin zubir : ya, itulah keadaannya. orang Islam sendiri tak boleh berfikir macam saintis tu
ReplyDelete@wani : terima kasih kongsikan. nanti nak belek2 gen Q
ReplyDelete@blog tips kurus : sama2 :)
ReplyDeleteentry yg menarik dan membuat ayie tertarik nur dani... (Y)
ReplyDeleteMaseh Dani share, melepas lak isu tu, -_-,
ReplyDelete