They are starving!

Di sini, aku akan kongsi sedikit petikan daripada Majalah Solusi isu 36 berkenaan kebuluran di Somalia. Sebagai peringatan dan kesedaran bersama.

When we talk about Somalia, why more people donating when natural disaster hits Japan, they start sending supplies? What about Somalia? Are we deaf and blind? *maafkan saya kalau ada grammatical error.

Aku ringkaskan sikit:
Antara moral daripada kisah Somalia:
-Somalia menghadapi masalah kebuluran di tahap ekstrem.
-Hampir 100% umat Islam ini sedang ditimpa bencana kematian mencecah 300 sehari.
-Gerakan dan misi kemanusiaan untuk mengurangkan penderitaan dan survival umat Islam ini.
-Ada yang sanggup berjihad sehingga mengorbankan diri sendiri demi agama Islam dan umat Islam.

-Majalah Solusi isu 36

Kita yang tinggal dalam keadaan selesa di negara Malaysia ni memang patut bersyukur tapi jangan sesekali lupa saudara Islam kita di sana dalam keadaan berlapar yang amat dahsyat. Kalau kita di tempat diorang, apa yang kita nak? Semestinya bantuan daripada negara Islam lain kan?

Aku ringkaskan sikit lagi bagi mudah baca isi penting. 

Punca masalah tersebut berlaku di Somalia:
-Kemarau dan banjir
-Tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi.
-Sepanjang 20 tahun lalu, Presiden Said Barre digulingkan, negara itu dicemari kekacauan dan sistem anarki.
-Campur tangan kerap kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara.
-Potensi simpan minyak dan kedudukan strategik menjadi sebab campur tangan Amerika.
-Perang saudara dan sekatan Amerika-PBB turut menghalang penghantaran makanan.

-Majalah Solusi isu 36


Korang boleh baca lebih lanjut dengan lebih mendalam lagi fasal masalah di Somalia ni, dalam majalah tersebut. Harga majalah RM10 je. Majalah hiburan sanggup beli, majalah ilmiah selalu dijauhi. Tak patut berlaku tu. 


Walaupun aku tak berapa suka membaca, tapi kena paksa diri baca lebih bab ni. Ilmu tu kan seluas lautan. Apa-apa yang kurang, boleh kongsi sama-sama.

8 comments:

  1. beruntunglah kita duduk di negara malaysia yang tak pernah putus sumber bekalan makanan.cuma ada segelintir mereka yang tak hargai makanan.renungan bersama.good topik!

    ReplyDelete
  2. seriously tersentuh hati baca entry ni, kita sptutnya perlu lebih bersyukur, insyAllah ada rezeki lebih, nak derma untuk mereka :)

    ReplyDelete
  3. @azhafizah : banyak pembaziran, seakan2 tak menghargai atau tak mensyukuri nikmat Allah

    ReplyDelete
  4. @ezan : alhamdulillah. mereka tu saudara kita. bantu mana yang kita mampu

    ReplyDelete
  5. Bismillah..Allahuakhbar.. mmg sedih Dani.. Hanya mereka yang di timpa musibah sebegini menghargai nikmat yang ALLAH berikan..

    mereka Kaya di SYURGA dani.. ALLAH adil. apa sahaja yang kita nak di dunia.. kita tak dapat. Allah akan beri kita di syurga..

    maka itu faham lah kaknor akan nasihat suami kaknor bila die ckp di syurga itu yang kaya adalah org fakir miskin.. apabila mereka redha akan kesusahan di dunia, maka mereka akan kaya di akhirat..

    Maka itu.. kalau kita tak dapat apa yang di ingini di dunia.. ALLAH akan beri yang lebih baik lebih hebat di syurga,
    dunia adalah hamparan ujian buat kita. menilai sejauh mana kita redha akan nasib dan ujian dariNYA..

    wallahu'alam..
    Tahniah dani.. satu karya yang sungguh bernilai..

    ReplyDelete
  6. orang yang susah masuk syurga dulu. yang kaya lambat sikit sebab Allah nak tanya apa dia buat dengan duit kan kak?

    ReplyDelete
  7. dimanakah ehsan kita utk mmbntu mereka :(

    ReplyDelete
  8. @cik tikah : bantulah mereka. sedih tengok keadaan di sana

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah