Biar betul budak ni

Aku menaip dalam keadaan masih menggeletar dan terkejut. Harap korang baca sampai habis. Apa yang diceritakan ni ialah melalui perkongsian seorang budak lelaki darjah lima kat aku. Oh ye, dia ni anak jagaan mak aku.



Kejadian berlaku petang tadi waktu persekolahan. Masa tu tengah rehat. Budak-budak lelaki darjah 5 yang sekelas dengan anak jagaan mak aku ni lepas makan, terus lepak dalam kelas. Ada sorang budak laki namanya Shanaz (bukan nama sebenar) tiba-tiba keluarkan blackberry dia yang aku tak sure siri apa.



Sambil belek-belek blackberry dia tu, dia cakap dah terlalu bosan dengan handphone yang ayah dia belikan tu sebab tak tahu nak buat apa.

"Korang nak tak blackberry ni? Aku dah bosan la. Kita main satu game. Korang keluar kelas jap, aku nak sorokkan benda ni lepas tu korang cari. Siapa jumpa, dia yang dapat". kata Shanaz.



Kawan-kawan dia yang lain termasuk anak jagaan mak aku keluar kelas. Shanaz tutup pintu kelas depan belakang siap tutup tingkap lagi. Dalam beberapa minit, dia buka pintu. Kelam kabut budak-budak tu cari handphone tu.



Anak jagaan mak aku menang....


...menanggung kekalahan. Budak nama Amin (bukan nama sebenar) yang jumpa handphone tu dekat papan kenyataan belakang. Shanaz pegi selit benda tu dekat belakang kertas yang di-stepler atas bawah. Rezeki rezeki....



Jadi sekarang, aku rasa sangat hangin dengan budak-budak sekarang. Bertuah betul dapat benda macam tu muda-muda . Kalau boleh aku nak join je aktiviti tu. Wakakak. Harap-harap kalau dia bosan dah dengan psp, pvp, xbox, ipad2 dia, sila la buat aktiviti macam tu lagi. Aku orang pertama nak main!



40 comments:

  1. perghhhhh budak2 sekarang -.-

    ReplyDelete
  2. amboi..mcm bnda tu xbernilai je dbuatnyer...

    ReplyDelete
  3. best game budak2 skrg ya, bagi2 phone pl.

    ReplyDelete
  4. nak main juga..
    t ajak ye kalau de game tu
    haha

    ReplyDelete
  5. perghhh !! gila betol budak2 sekarang ! senang2 jer bagi macam tuh? tu mesti alasan kata kat mak "bberry abg hilang, abg nak iphone" -.-"

    ReplyDelete
  6. ..............
    speechless..........
    mesti budak tu dapt bb tu dar bapak dia dgn cara yg sama -_-!
    esok dpt yg bru plak

    ReplyDelete
  7. gilerrrrrr punya budak..
    ntah2 shanaz tu rompak blackberry tuh..
    astaghfirullah..
    moga dielakkan..

    ReplyDelete
  8. suruh la anak jagaan mak awak tu main sorok2 lak BB tu, pastu awak carilah dani..

    takkan budak darjah 5 takleh nak buli kot., kekekekekke kemonnn

    ReplyDelete
  9. wahhh bg phone free lak tu.. bila dh dpt yg baru pastu bosan buat lagi cam tu.. ish2..

    ReplyDelete
  10. amboihh kemain lagi..macam xde value pulak ye boleh main bagi camtu je..eh kalau ade aktiviti macam tu panggil fiza sekali ye..nak join gak..hee~

    ReplyDelete
  11. PERGGHHH..budak skang tak hargai duit mak bapak dia..lepastu mak bapak dia senang2 je nak bagi budak2 skang ni main hand phone.leastu bluetooth gambar bukan2 nak salahkan siapa??

    ReplyDelete
  12. aishhh.. aku nak beli Blackberry pun ikat perut tiga bulan.. haishh

    ReplyDelete
  13. Fuyooo . nape tak tuka je fon ngan budak tu ? confem dia bg . hahah

    ReplyDelete
  14. perghhh!!! jutawan betul mak bapak budak tu, sampai sanggup bersedekah mcm tu rupa. kite dedulu naik form 4 baru merasa pegang fon. budak skrg form 4 dah pegang blackberry la, iphone la, ipad la..

    ReplyDelete
  15. this is crazyyyy, nak main jugak benda stylo ni ..

    ReplyDelete
  16. peh dpt free gitu je>? nak jugak!

    ReplyDelete
  17. @juwita : haha nak jugak rupanya. jom2

    ReplyDelete
  18. @auni : tak macam kita dulu kan. sobs,,,

    ReplyDelete
  19. @mysara : anak orang kaya. ish2..blackberry tuuuuu

    ReplyDelete
  20. @simplyseoul : game ni memang buat perabih duit

    ReplyDelete
  21. @cik bulat : senang2 je kan? kita dulu punya la payah wo time sekolah rendah nak ada hp ni

    ReplyDelete
  22. @keri : bertuahnya kehidupan dia. hehehe

    ReplyDelete
  23. @ary : tak baik cakap macam tu sebab kita tak nampak. budak tu kategori bertuah dapat rasa. :)

    ReplyDelete
  24. @zulfikar : kalau anak jagaan mak saya yang dapat BB tu takpe jugak. yang dapat kan kawannya si amin. kekekke

    ReplyDelete
  25. @brighteye : masa dapat tahu benda ni, terkejut gila. zaman sekarang ni maju bebenor

    ReplyDelete
  26. @azhafizah : hahaha. boleh je. meriah gitu

    ReplyDelete
  27. @merahitujambu : mungkin terlalu sayangkan anak atau terlalu nak bagi kesenangan.

    ReplyDelete
  28. @aujinz : dia lebih bertuah. hehehhe. ok la tu 3 bulan. aku ni, setahun. eh2

    ReplyDelete
  29. @yasmin : betul jugak eh? hahahaha

    ReplyDelete
  30. @wani : saya dulu lepas spm merasa nokia 3310

    ReplyDelete
  31. @akmal : ramai nak main. faham...faham..

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah