Rekaan bilik untuk si bujang

Entri yang lepas aku ada share fasal sketch up jugak. Tak sangka ada pemerhati yang berminat nak minta aku design bilik untuk dua orang anak lelaki yang bujang. Haha. Serius aku macam tak percaya. Lagipun aku buat suka-suka je. Yeah, aku kenakan caj perkhidmatan sikit je sebab aku takda certificate pun dalam bidang interior design ni.







Keluasan yang beliau bagi untuk lantai (m2), height of wall dan beberapa gambaran bilik memang membantu aku la untuk cuba membayangkan semua tu. Motifnya ialah untuk aku jadikan idea tu sesuatu yang real.



Untuk bahagian tingkap, aku letak blinds yang macam chain link fence berwarna hitam. Gitar tu sebagai wall decor untuk bagi bilik si bujang tak la bosan sangat. Anak-anak beliau nak simple, tema hitam dan biru.






Ini kalau dah diwarnakan la. Simple gila kan? Ye,warna ni mengecilkan ruang tapi inilah warna yang diminta. Letak lampu dinding tu untuk diorang mudah nak baca buku Lejen Press ke kan. Ehek.



Kalau Eric Leong tengok semua ni, mau aku tutup muka 720 jam. Mesti ada yang tak betul punyalah. Orang tak pakar macam aku ni sebenarnya tak layak bagi idea macam ni. Ngeh ngeh. Tapi beliau bagi sepenuh kepercayaan. Phew...







Almari pun aku set warna hitam untuk sesuaikan dengan tema. Rumah ni jenis teres dua tingkat. Bilik dua bujang ni kat bahagian atas. Atas katil tu ialah PSP dan dinding kayu tu sebagai feature wall.


Rekaan aku ni memang bukan di tahap pereka dalaman yang berpengalaman. Itu aku sangat-sangat sedar. Apa yang aku buat ni ialah untuk membantu beliau nampak keadaan bilik yang real. Jadi, beliau boleh la adjust or buat penambahan furniture untuk bilik si anaknya. 


Katanya, rekaan ni buat beliau, isteri dan anak-anak puas hati sebab simple dan menepati kriteria yang diorang inginkan. Alhamdulillah. Bab kos, itu rahsia beliau. 



16 comments:

  1. nice la dani....siyes shuke...heee....bestnya ada bilik sendiri +_+...nak kaler blue pink tok bilik pengantin leyh x??hahaha...

    ReplyDelete
  2. nice^^
    ske sgt dgn GITAR kan?
    Pandai men tak tuh?
    Hahaha!

    ReplyDelete
  3. pergh... mantap.. selangkah lg maju ke depan :)
    permulaan yg baik.. pasni insya Allah makin ramai yg akan guna khdmat ko nanti.
    cntik kombinasi warna tu

    ReplyDelete
  4. harap tukar umur di sidebar tu..:D
    *x der kena mengena..

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhhhhh!! cantiknya. dani berbakat lah :D

    ReplyDelete
  6. suka rekaan bilik lelaki. simple dan cool!

    ReplyDelete
  7. nice deco and design.cantik!dani guna software ape ni?

    ReplyDelete
  8. @einz : blue pink? wah..nice colour ah

    ReplyDelete
  9. @ary lee : tengok bulu ketiak la brader :)

    ReplyDelete
  10. @keri : terima kasih..alhamdulillah.buat suka2 :)

    ReplyDelete
  11. @cik tikah : semua orang boleh buat guna benda tu.trust me. ia bukan tentang bakat,tapi keinginan.hehe

    ReplyDelete
  12. @laskar : cer buat cer buat.hehe

    ReplyDelete
  13. @wani : saya pun suka style bilik lelaki sebab mudah

    ReplyDelete
  14. @azhafizah : guna sketch up pro 7 :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah