Aku

Rupanya dah nak masuk dua tahun aku dok mengadap blog ni. Macam-macam jenis entri aku dah semakkan dalam blog. Dah macam-macam jenis template aku dah cuba. Akhirnya pilih warna putih bersih mungkin sampai bila-bila.



Sepanjang dua tahun ni, aku tak kata aku berjaya. Popular letak kat bawah katil sebab aku memang tak popular pun. Orang kenal blog ni pun sebab lukis-lukis. Ya, alhamdulillah at least orang kenal sebab lukisan. Berbekalkan keterujaan melukis, tak sangka jugak ada yang sudi gunakan khidmat aku sebagai pereka. 



Ada yang minta buat dodol, buat kad kahwin dan yang paling aku rasa amat besar khidmat yang aku sumbangkan ialah sebuah buku sekolah untuk kegunaan guru-guru di Malaysia. Dah selamat diterbit dan dicetak. Tengok di sini. Bangga kejap. Riak sikit. Keh keh. Tapi, aku tak pernah rasa riak macam tu. Tak baik. Tak hebat mana pun rekaan aku, tapi bersyukur sebab rekaan diterima.



Sebenarnya aku baru habis siapkan tempahan untuk perkahwinan. Mata ni rasa macam ada rupa kungfu panda sikit. Kekaburan mata dah melampaui batas. Bentuk mata makin kuyu. Kesihatan tak ok sebab tu kadang-kadang stress.



Stress macam mana pun, kalau buat kerja ikhlas dan dapat puaskan hati klien, fuh nikmatnya tak terhingga. Aku kalau stress pun, mungkin sebab takda idea, mouse buat hal, atau astro tak boleh buka sebab hujan. Eh?



Lagi satu, fasal tutorial lukis ni. Haih..memang teringin nak buat tapi tengoklah macam mana. Aku akan ajar mana yang mudah-mudah je. Tapi kalau ajal dah sampai, harap maaf sebab tak dapat kongsi ilmu melukis lagi. Gunakanlah segala link tutor yang aku dah kongsikan di sidebar tu. Kat youtube pun ada. Kita tak tahu bila kita dijemput. Sebab tu pesan awal-awal.



Dua tahun yang penuh pahit dan manis. :) tidur. zzZZZ...


24 comments:

  1. semoga roh ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. eh? silap komen

    trimas untuk segala tutorial dan tunjuk ajar. tanpa seorang nurdani aku takkan terfikir nak meneroka lebih jauh dlm seni lukis dan conteng ni :D

    ReplyDelete
  2. urmmmmmmm^^
    bz nya^^
    apa pun, jaga kesihatan^^

    Dalam masa dua tahun, banyak peningkatan dalam penulisan^^

    ReplyDelete
  3. dani!!!
    dah tengok link yg nak tengok buku yg dani design. OMG..hebatnyaaaaaa!!!
    masyuk ni! =) semoga rezeki murah laa.. asalkan buat kerja ikhlas.mesti rasa happy..

    ReplyDelete
  4. Tempahan perkahwinan ? Baju ke apa ?

    ReplyDelete
  5. white ok ape...suci murni,hehe..baru follow blog nie...:)

    p/s:selamat berpuasa

    ReplyDelete
  6. Dua tahun tapi dah sehebat ni.. Aku yang dah lebih dua tahun blog macam tu je, maintain tak wangi.. hihi

    Takpe at least mesej yang kita hantar tu sampai kalau tak kat semua, sampai kat separuh pembaca insyaAllah..

    Tak ada astro tapi faham macam mana rasanya bosan bila hujan lebat masa tengah tengok karoot komedia hihi

    Serius kagum dengan bakat kau Dani! ;)

    ReplyDelete
  7. awak dua tahu baru..sy dh beberapa thn ada blog..x popular pon..skang ni je baru org kenal..alhamdulilah

    ReplyDelete
  8. Salam dani.

    Lebih kuranglah kita..sudah dua tahun berblog scra aktif..walaupun tak brapa nak aktif,hahaha.

    Kejap saja masa berlalu.. kan? :)

    Oh dani..masa muda memang masa untuk mengejar..tpi pada masa sama, jagalah nikmat yg DIA bagi percuma ya.. jaga mata.. ^_^

    #Salam Ramadhan gak ea dani..selamat berpuasa :) tima kasih banyak sebab salu singgah blog kita ^_^

    InsyaAllah..mudah2an Ramadhan kali ini yg terbaik berbanding tahun2 sblmnya..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah bakat Allah bagi dnai guna baik2 nya :) salam ramadhan dear.

    ReplyDelete
  10. @keri ikhwan : haha. cisdale.

    sama-sama. syukur sebab tak sangka jadi penggerak kepada kau secara tak langsung

    ReplyDelete
  11. semoga blog dgn blogger ni femes,,hah..
    Nak ucapkn selamat ber puasa,,:)

    ReplyDelete
  12. @ary lee : terima kasih ary :)

    ReplyDelete
  13. @sophie al yahya : hehe terima kasih. cuba-cuba nasib dan cari pengalaman :D

    ReplyDelete
  14. @fifie : kad perkahwinan dan lain-lain berkaitan perkahwinan. bukan baju2. hehe

    ReplyDelete
  15. @nieyl : suci bersih. hehe terima kasih

    ReplyDelete
  16. @yousof : kau pun wangi apa. eh.

    terima kasih sebab memberi sokongan. oh sedih ai

    ReplyDelete
  17. @merahitujambu: MIJ popular, retis. saya ni tak macam tu. hehe

    ReplyDelete
  18. @tinta lana : terima kasih lana. banyak benda kita dapat melalui blog ni. bab nikmat dan mata tu betul, kena jaga.

    salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  19. @cik tikah : syukur. terima kasih tikah sebab rajin jenguk saya. hehe

    ReplyDelete
  20. @yus artz : tak nak femes. haha. selamat berpuasa juga yus :D

    ReplyDelete
  21. dalam masa 2tahun,dani makin maju dengan karya karya yang cantik.tahniah dani..bilelah ade masa fiza nak mencuba tuto excel dani tu kan..=___='

    ReplyDelete
  22. hi dani..btw, doodles dani ni lawa2 la.. chntik..tutorial best ^^

    ReplyDelete
  23. @azhafizah : tahap biasa lukisan dani tu, tapi alhamdulillah ada yang suka. hehe.

    nanti kena cuba jugak excel tu fiza. amanat ni. heh heh

    ReplyDelete
  24. @soly solicious : terima kasih. hehe. nanti boleh cuba-cuba

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah