Bilik tidur tema Dark Water kepada Modern English

Hampir sebulan nak pilih warna cat untuk bilik. Disebabkan warna bilik yang dah bertahun-tahun tak tukar ni tak ubah macam cerita seram Dark Water, maka dengan itu perubahan harus dilakukan. Boleh tahan payah sebab terlalu banyak idea. Bilik kongsi dengan adik jadi paham-pahamlah idea tu macam mana. Dia nak warna ni, aku nak warna tu. Kecelaruan warna ni menganggu prestasi.

Kesan kebocoran paip jiran sebelah dan kesilapan masa cat sebab terlalu banyak campurkan dengan air. Terus rosak cat.







 Basah dinding bilik sebab paip bocor tu. Hadoi bertompok-tompok.





Berbekalkan wang simpanan, terus beli cat tiga warna berbeza dan cat daripada Colourlite. Satun tin yang tujuh liter cuma dalam RM30 lebih je. Tak mampu nak beli brand mahal tu sebab dah bajet duit. Transformasi ni sebenarnya tanpa dirancang. Sebenarnya nak warna kelabu lembut sebagai feature wall dan tiga walls lain nak warna pink lembut.




Lepas tu nak buat bilik macam lelaki bujang. Simple dan tak nampak macam feminin sangat. Nampaknya sifat keperempuanan tu masih menebal dalam diri. Eh? So warna yang dipilih, merah cinta manis sebagai feature wall, krim sebagai cat baru untuk tiga walls lagi dan putih untuk frame tingkap, frame gambar dan katil. Aku pun tak paham kenapa nama merah cinta manis.


Tilam pun tak sempat nak alih. Heheh. Tapi kekemasan tu sentiasa di tahap tertinggi. Jangan risau. *libas tudung








Katil pun aku cat warna putih sebab nak tema English tu meresap dalam bilik Dark Water ni. ngah ngah. Tengoklah dekat dinding tu. Teruk sangat-sangat. Bilik perempuan kena kemas, bersih dan cantik. Bilik lelaki pun sama yop.






 Frame ni pun jadi mangsa cat putih jugak sebab nak tema tu menjadi.







Semuanya ni cat sendiri di bulan puasa yang mulia ini. Puasa tak menghalang kita buat kerja-kerja macam ni kan. Nasib baik mak tak marah sebab cat frame kegemaran beliau ni. Keh keh.






Siap pun. Hiasan ni masih belum setel sebab banyak lagi nak kena buat. Tapi gaya English moden yang tak keterlaluan ni nampaknya macam berhasil. Berseri pulak. Ehek ehek :)








Mesej yang ingin disampaikan daripada perubahan bilik ni ialah, kita boleh buat semua ni sendiri. Dengan bajet yang tak sampai ratusan ringgit, kita dah boleh dapat 'perabot baru' dan gaya yang menepati citarasa sendiri.





Mungkin nanti akan dikongsikan hiasan lengkap keseluruhan bilik. Akhirnya tercapai jugak nak bilik ceria berseri sempena raya tahun ni. Eh boleh buat bilik pengantin jugak ni. Keh keh keh.

32 comments:

  1. awok ni macam ibu sy pulak..semua nka putih..tp tema tu memang terbaik....pink gitu blk awok..XD

    ReplyDelete
  2. cantik ! hihi
    ika pon dh cat baru bilik. pink + biru :))

    ReplyDelete
  3. Wah! Buat sendiri je. Impressive :D

    ReplyDelete
  4. haha...kan best kalau boleh tukar warna macam blog..wkaka..

    ReplyDelete
  5. tue tema untuk raya tahun nie ker Dani?.. koh koh koh.. mintak tolong catkan bilik aku skali weh.. koh koh koh

    ReplyDelete
  6. mesti bilik bersepah tu yg tak berani tunjuk gambar penuh. haha
    first time aku dengar org cat smpai frame gmbar n katil.
    *tetibe rasa semangat nak cat laptop

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum dani.

    Aaa..terasa nak mengecat bilik sendiri pulak (-_-)

    Bab cat2 ni..org tua lana tak brape ndak sporting,huhuhu.. tape lah, nmpak gaya, dah berkahwin agknya bru dpt chance nak hias bagai ni..hehehe ^_^

    ReplyDelete
  8. Rajinnya Dani... Nak tengok keseluruhan bilik, boleh ke??

    ReplyDelete
  9. @brightEye : hehe terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. @merahitujambu : hehe. nak tema english tahun ni. putih nampak comel dan bersih :D

    ReplyDelete
  11. @cik rongoks : wah..lembutnya warna

    ReplyDelete
  12. @che rosliza : mungkin akan dikongsikan bila dah siap sepenuhnya nanti. :D

    ReplyDelete
  13. @yus artz : klik2 je kan? haha

    ReplyDelete
  14. @aujinz : aku amik upah RM150 boleh? ngah ngah

    ReplyDelete
  15. @keri ikhwan : tu namanya cut cost. ko lagi beriya sampai nak cat laptop ha

    ReplyDelete
  16. @tinta lana : takpe, nanti dapatlah hias tu. saya pun baru tahun ni dapat green light hias sepenuhnya. hehe

    ReplyDelete
  17. @nur-nba : boleh2. nanti saya kongsikan

    ReplyDelete
  18. @cik tikah : saya pun suka :D

    ReplyDelete
  19. @nizatus syahida : itu yang diingini. hehe terima kasih

    ReplyDelete
  20. @nazha anua : tempahan cat tak amik pun

    ReplyDelete
  21. rajin gila dahlah time puasa pula tuh.

    Cuma kena hati2 sikit dengan cat berwarna merah kepada merah jambu. warna nih selalu ada masalah iaitu nanti mcm bertompok putih ala kapur. hopefully x jd begitu la.

    ReplyDelete
  22. @sophie al yahya : alamak. itu yang tak mau tu. harap2 tak berlaku

    ReplyDelete
  23. wahhh..kreatif la..serious cantik combination tu

    ReplyDelete
  24. @liza razak : hehe terima kasih. tak terancang nak warna tu sebenarnya :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah