Flashback

Hai hai. Alhamdulillah demam dah ok dah. Sekarang ni sihat walafiat. Bertenaga di pagi Isnin walaupun Isnin adalah hari lemau bagi sesetengah orang including me. *gelak tutup mata. Eh Selasa ye hari ni. Bahahahha!!! *cis.





Last friday I went out lunch with my friends. Makan pizza. Yummeh. Anyway, putting that aside sebab sebenarnya nak cerita fasal kenangan masa sekolah dulu. 





Memandangkan masa keluar tu, aku lalu area sekolah dan kenangan tu suddenly datang dalam otak aku. Mengelamun sorang-sorang dalam kereta sambil senyum. Lepas tu mata fokus dekat bangunan sekolah sambil bawak kereta through the school zone. Ok ini bahaya. Focus on the road! Focus!




setiap gambar, ada lagu. flashback flashback.

Eh iklan jap. Sebenarnya gambar tu kawan gua yang ambikkan. Gua nak  snap gambar dia, tetiba dia yang snap gambar gua. Disebabkan macam stylo, entri pulak berkait rapat, gua selit sekali la. K. :)





Bila dah melepasi sekolah tu, sambil dengar radio, teringat itu ini fasal zaman sekolah dulu. Ada yang sedih ada yang best. Biasalah kan.





Apa yang kuat dalam ingatan aku ni semestinya tempat lepak, tempat tunggu bas, kantin yang ada mihun sup pedas kaw kaw 2 hengget. Hirup sambil pok pek pok pek entah hape hape.





Tempat perhimpunan yang agak melemahkan jasmani dan sentiasa kena berdiri depan sekali dalam barisan. Perpustakaan yang cuma dilawati bila cikgu suruh pergi, koperasi sekolah yang jual macam-macam jenis jajan. 




Kat sekolah boleh dikatakan majoriti jawa dan aku bukan jawa. Jajan tu merujuk kepada cikedis dan cikedis merujuk kepada keropok makanan ringan. Betul ke apa aku explain? Kadang-kadang tersentap jugak bila kawan-kawan cakap jawa ni. Aku tak faham apa pun. Rasa terpinggir. Rasa macam perlu ke cakap bahasa yang aku tak faham depan aku. Motip?





Ok, that time aku rasa macam mungkin diorang kutuk aku kot ataupun cerita benda yang aku tak patut tahu. Kot.





Aku seorang pelajar kategori skema pior. Kain labuh tutup kasut. Hampir seluruh kasut. Kalau hujan, kain selalu jadi mangsa kotoran degil. Tapi takpe. Saya ok. Tudung labuh tutup dada, lengan tak senteng. 





Berbeza dengan sesetengah pelajar perempuan lain yang pilih untuk masuk kategori skinhead. Skinhead ni kain senteng. Orang kata kain banjir. Tudung singkat depan belakang, tudung kelepet ke dahi dan lengan senteng ke siku. Memang jadi sasaran cikgu disiplin.





Sekarang, semua dah ada title puan, mak budak, bapak orang. Kadang-kadang terserempak mana-mana, eh eh dah ada anak berderet-deret. Lepas gelak-gelak, masing-masing nak blah laga pipi dulu. "Jangan lupa add kat facebook!" Harap maaf dah takda facebook. Bila dah hilang dipandangan, muka aku terus berubah. Kelat. Ini semua gara-gara nak kahwin jugak. Ngah ngah ngah.





Kalau diberi peluang masuk sekolah balik, korang nak masuk level mana? 





Aku pilih tadika. heh heh heh.


40 comments:

  1. hehe..terimbau zaman sekolah..
    lawak bila tengok orang pakai kain atas buku lali..kain senteng..,acam banjir ja..
    tapi nasib baik dekat sekolah xda yang pakai mcm 2..sebab klau pakai jugak,awal2 lagi dh kena panggil dgn pengawas,,xpon ckgu2 @ warden asrama..
    zama tadika best,tapi xbnyk kwan..
    better zman skolah rendah kot..menjerit melalak memlompat dlm kelas..

    ReplyDelete
  2. selalu mimpi kenangan lama kat sekolah rendah... selalu sgt...

    so, kalo bleh, nk kembali ke sekolah rendah...hehehe

    ReplyDelete
  3. saya nak sek rendah.. sebab time tu saya budak blur2 la sangat.. haha

    jom tgk tudung menarik kat sini
    http://gerobokecik.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ala2..comelnyaa awok ni dear..serius..=)..walaupon separuh dpt bygkan betapa comelnya awok..keh..keh..XD

    ReplyDelete
  5. kenangan zaman sekolah terlalu banyak. hikhik...kalau ika pon, ika akan pilih masuk tadika semula. haha

    ReplyDelete
  6. Nak tadika jugak! Sbb time tadika takyah nak pikir apa2. Homework pun takyah nak pikir sgt. Cam heaven gila. Haha

    ReplyDelete
  7. nk jdik budak bek2 je..ececehh..dulu pnah kot kene dgn cgu dsiplin sbb tdung tak ckup labuh la (skolah agama), pakai kain singkat2 la..haisshh... tp skg dh insaf dh..bila kenang balik selalu ckp kat diri sndiri "awat aku ni xmatang sgt time skolah dulu"... hahaa

    ReplyDelete
  8. aku pilih darjah satu.. wakakakaa... XD

    ReplyDelete
  9. @qatrunnada : darjah 1 macam tadika. tak berapa nak serius lagi tahap pembelajaran rasanya kan. bab melalak melompat best.haha

    ReplyDelete
  10. @deknie : kadang-kadang kita teringat kan. gelak sorang2

    ReplyDelete
  11. @den : oh hahah. zaman kanak-kanak riang

    ReplyDelete
  12. @merahitujambu : comel sebab saiz kecik je tu. hehe

    ReplyDelete
  13. @cik rongoks : tadika best sebab best kan? eh

    ReplyDelete
  14. @wani mn : tepat! 10 markah. ngah ngah. rilek je kan

    ReplyDelete
  15. @soly solicious : perkara lalu dijadikan teladan. alhamdulillah semakin hari semakin baik kan

    ReplyDelete
  16. @aujinz : aku tak suka darjah 1 sebab masa tu aku kena buli. hehe

    ReplyDelete
  17. @jiji yu : dah betulkan dekat entri. lalalala. *cis cover malu ni

    ReplyDelete
  18. hohoho...betol2..dlmkelasmpon boleh melalak,, :)

    ReplyDelete
  19. teringat time tadika hingga form 3..ngehngeh..suka duka,sedih tawa,semuanya ada.:)

    ReplyDelete
  20. tikah nak masuk sekolah menengah balik. tetiba rasa dani ni comel sgt ! :)

    ReplyDelete
  21. tu gmbar ko ke? apa kena mengena ngan flashback? flash kamera yela.. haha
    aku hari2 dok dlm skolah, dari kecik smpai besar.

    ReplyDelete
  22. @qatrunnada : meriah kan? hehe

    ReplyDelete
  23. @yus artz : rindu kawan-kawan sekolah dulu kan

    ReplyDelete
  24. @cik tikah : hehe. kenangan tu tikah

    ReplyDelete
  25. @keri ikhwan : keluarga flash jugak. keh keh. ha'ah eh..ko sentiasa di sekolah

    ReplyDelete
  26. t'ingin nk masuk form 1 blik.. hehe.. btw,, nice entry..

    ReplyDelete
  27. @tiria jezsy : mesti banyak kenangan best masa form 1 kan? hehe. terima kasih

    ReplyDelete
  28. dr tadika smpai u.. semua ada phit dan manis.. tp kalao bleh xnk masuk tgkatan 6.. knapa?? itu rahsia..huahua

    ReplyDelete
  29. Bila orang tanya aku tak rindu ke zaman sekolah.. Dah tentulah rindu kan..

    Tapi yang paling dirindukan zaman tu adalah masa yang terluang dengan kawan sangat banyak, duduk sekelas, lepak kantin makan mee kari sedap sama², lepak surau tunggu tuisyen sama².. Serius paling rindu part tu.. rindu habis!


    Teruakan style 'skema pior' tu ok.. Itu yang terbaik! ;)

    Aku jawa, tapi tak ada la sampai speaking jawan dgn kawan².. Punca utama sebab tak pandai haha

    ReplyDelete
  30. @sophie al yahya : jom daftar masuk tadika

    ReplyDelete
  31. @kawaiidysha : saya tak nak sekolah rendah

    ReplyDelete
  32. @yousof : banyak benda buat kita jadi rindu dekat zaman sekolah

    ReplyDelete
  33. @yayath : kena daftar akhir tahun ni ye. tadika swasta. hehe

    ReplyDelete
  34. haha..meriah sgt..
    lepas 2,,ckgu msok semua kena denda

    ReplyDelete
  35. @qatrunnad : ish ish.. boleh tahan nakal

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah