Soal jawab formspring

Assalamualaikum.

dua soalan di situ.

Hari ni nak jawab dua soalan di formspring berkenaan soalan di atas oleh someone. Nak guna ayat saya ye hari ni. Heheh. Saya kenal sangat siapa yang tanya ni. Dia satu-satunya panggil saya Cik D. Hehe. *gonyeh biskot


Bagi menjawab soalan pertama, sila scroll down.


ini saya. K.
Nak buat kartun kahwin yang melambangkan perkahwinan Malaysia ni senang je bagi saya. Apa yang penting kena ada,

  • Rekaan busana pengantin.
- Ada manik batu yang lip lap lip lap (warna putih)
- Selalunya orang akan buat kebaya, dress dan sekarang trend peplum. (seperti di atas).
- Veil (Simple atau sarat dengan manik/corak). Pastikan warna veil tu transparent sikit.
  • Bunga tangan 
  • Crown
  • Heels
  • Tudung (Ariani, Shawl, Syria atau bawal)
 - Untuk tudung, lukis gaya tudung yang menarik, yang penting tutup aurat.

Kalau ada semua tu, memang dah melambangkan sangat orang kita ni kahwin rupa acane. Tapi itu untuk orang Islam. Kalau bukan Islam, rujuk google dan kita akan dapat tengok, bezanya cuma pada pakaian kita. Crown dan bunga tangan tu macam satu kemestian.



Bagi menjawab soalan kedua, muka yang real. Macam mana kawal tone kulit? Ok macam ni,


Ada tiga warna yang saya wajib gunakan macam di atas nu.

Info:

  1. Warna tone kulit (asas). Digunakan macam foundation.
  2. Warna kedua tu untuk buat shading bahagian tulang pipi, hidung, alis mata, dagu, bawah bibir. Warna tu untuk hasilkan bentuk muka yang agak real. (boleh rujuk lukisan kahwin tadi)
  3. Warna pink macam pich tu sebagai pemerah pipi.
  4. Warna putih letak sikit atas pipi, dahi dan tulang hidung kemudian blurkan.


sebelum dan selepas di blur-kan.

Memandangkan saya takda tablet, makanya saya gunakan mouse yakni tetikus untuk kawal. Pastikan lukisan kemas so takkan ada masalah untuk kawal tone kulit dalam lukisan kita. Kalau senget benget, muka akan nampak pelik.


Harap membantu kepada yang bertanya dan harap menjawab soalan. Risau pulak macam tak betul. Hoho.




21 comments:

  1. yang muka asal tu x buat tuto ke?itu yang sy suka..cm potret muka tu

    MUA tu apa??=_=" x th..uhuk..kira mak awak kreatif jugak..alhamdulilah blh jimat

    ReplyDelete
  2. pekebenda peplum tu? gown ke.
    suka tengok ko punye lukisan pakaian. nmpak lembut

    ReplyDelete
  3. nak try lah lukis2 cemni.tapi tak berkesempatan lagi.thx dani utk tuto ni.

    ReplyDelete
  4. NICE info! Cute cartoon!

    "senang je bagi saya." harap² satu hari nanti aku boleh cakap macam tu juga insyaAllah ;)

    ReplyDelete
  5. Cik D kita.. nak tempah kartun..... heheheeee

    ReplyDelete
  6. mcm makeup da kan.. bnyak pro memg based guna skin tone.. thanks for sharing dani..love u

    ReplyDelete
  7. Dani dani, comel nya kartun bride tu. Rasa nak tempah buat kad kawen. tapi fie lambat lagi nak kawen. hahaha

    ReplyDelete
  8. ada beberapa info dlm ni yg baru sy tahu. (bunga tangan dan manik..hooho)

    terimakasih cik D, sudi beri jwpn utk.. kedua-duanya sekali. klo depan2 mata ni, nak je saya tanya bertubi2..:D

    tq~ >e<"v





    ReplyDelete
  9. @merahitujambu : tengok keadaan macam mana, kalau lapang, saya share.

    MUA tu make up artist

    ReplyDelete
  10. @keri ikhwan : baju yang ada lebihan kain renda di pinggang

    hehe terima kasih

    ReplyDelete
  11. @ascil punye lah : saya galakkan semua mencuba. best.hehe

    ReplyDelete
  12. @yousof : boleh mencuba dan terus mencuba. mula-mula pun aku macam tu. kena try and error. trust yourself

    ReplyDelete
  13. @siti suhaila : tunggu tempahan dibuka. nanti saya umumkan di iklan saya bawah header tu ye.:) ehhhehe

    ReplyDelete
  14. @kawai dysha : yup macam make up. hehe

    ReplyDelete
  15. @fifie : takpe, nanti kalau dah nak tempah, roger I tau...haha

    ReplyDelete
  16. @biskot : kalau dapat jumpa, boleh kita berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  17. berbakat sungguh dani ni.

    kalo lah nak nikah nanti,
    ingat nak tempah.
    tapi lambat lagilah.
    nak ada gambar kapal terbang jgak.
    hehhe.

    lagi jimat, lagi bagus!

    ReplyDelete
  18. @syazwan che deraman : kalau saya dipanjangkan usia, masih boleh melukis lagi, insya Allah, sila roger ye.hehe

    ReplyDelete
  19. hamboi..dah boleh jadi mak andam dah ni..hehe

    cantik cikgu lukis *kedip2 mata*

    *rindu cikgu kat timeline*

    tata cikgu

    ReplyDelete
  20. mak aih,very detail la pakaian dia.kudos :DDD

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah