Kelas mengajar buat kek guna MS Excel


Jadi hari ni, kita bertemu kembali dalam rancangan.... masak oh masak bersama kak D excel. Heh. Tak glamour betul nama. Ok ok, Lana minta tunjuk cara nak buat kek je hari ni.


Sebelum ni saya ada buat donut ala-ala big apple seperti di bawah ye :)


Nak ajar yang mudah-mudah je, tapi 'lazat'.



Langkah pertama:
Buka Excel. Tengok bahagian tools macam dalam kotak merah tu.


Kalau nak kek jenis bulat, sila guna 'Can' dan kalau nak petak, guna 'Cube' dalam basic shapes. Dalam tutorial ni, saya pilih bentuk bulat iaitu Can.


Insert - Shapes - dan pilih bentuk-bentuk yang anda suka :)




Boleh adjust saiz bentuk tu. Nak leper ke, tebal ke ataupun kecik besar. Buatlah ikut kreativiti anda. Ni nak ajar macam basic sahaja ya kawan-kawan. :)



Hiasan.


Disebabkan saya suka perisa vanila dan coklat, so itu dijadikan contoh. Ngehngeh.


Nak hias macam tu, cuma  pilih 'Cloud' sebagai krim kek (atas bawah kek) dan 'Rounded Rectangle' sebagai coklat keras yang menutupi keliling kek.

Cloud (krim kek)
  • Insert - Shapes - Cloud - adjust ikut saiz yang anda nak.
  • Warnakan putih dan untuk shape outline warnakan light grey bagi nampak sikit krim tu.
  • Susun sekeliling kek satu persatu (copy paste (ctrl+c dan ctrl+v) sahaja untuk dapatkan bentuk yang sama dan susun sampai jadi macam gambar.
  • Kemudian, klik pada bentuk cloud tadi satu persatu sambil hold CTRL. Lepas dah klik pada semua bentuk cloud, right click dan group.
  • Lepas group, rotate (seperti di bawah)
rotate untuk letak krim di bahagian belakang kek.

Untuk warnakan,





Klik pada salah satu bentuk - Drawing tools - Shape Fills - dan warnakan. Kalau bentuk tu terlindung atau tak nampak, sila right click - send to back atau bring to front.



grouping         
'cherry' guna OVAL.
Lepas dah siap semuanya, klik CTLR+A, right click, group. Copy paste di Paint dan save as PNG untuk kualiti yang bagus. Hasil saya memang tak cantik, so anda anda dan anda boleh la hasilkan kek yang lebih cantik daripada kek huduh ni. ngahngah. 

Selamat mencuba!

22 comments:

  1. sdap sungguh kek cokelet anila cherry kakak d excel ne.... lapau sudah

    ReplyDelete
  2. ini basic, klo advance, mesti lemak berkrim ni..

    ^O^b hoo terimas Kak D-Dani.

    ReplyDelete
  3. tetiba rasa macam nk mkn kek pulak!

    ReplyDelete
  4. holla! nampak simple je nak buat kek ni. hehee :D

    ReplyDelete
  5. @ct kektus ha simple je. guna je bentuk yang ada dalam tu :D

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.

    Mak aihh, lajunya reply (=.=) hahahaha.

    Thanks dani, tima kasih banyak2, >_<

    Seyes lana ckp, kdg2 susah nak caya dani guna software simple2. Kdg2 nak bagi sesuatu tu cantik, tak semestinya guna yg gempak2 kan dani. Yg ni lah lana belajar dari dani tau ^_^

    Sekali lagi, terima kasih banyak2, hehehe. :)

    ReplyDelete
  7. @tinta lana : haha cepat ke? hahahaha. terima kasih sebab tanya saya pasal cara buat kek. boleh kongsi dengan yang lain2 jugak.

    saya guna cara mudah yang sedia ada sebab nak lain daripada yang lain dan something mudah :D

    ReplyDelete
  8. klu macam nie tak jd lukis kek terus pergi dapur buat jek. haha

    ReplyDelete
  9. @fifie : hahahah. lepas siap, hulur ke den sikit

    ReplyDelete
  10. mcm sedapp je kek tu..esk buat ikan masak 3rasa dani hehehe *gurau je ;)

    ReplyDelete
  11. @jna marcello : ahahahaha dush!

    ReplyDelete
  12. lukisss guna excel?? perghh. mmg sifuu sungguh. tak sangka excel pon boleh melukihh :3

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah