Lelaki dalam dilema

Assalamualaikum.


Masalah wang hantaran yang tinggi untuk lelaki yang tak berkemampuan memang jadi satu masalah. Itu apa yang dah terjadi pada sorang kawan aku ni. Diorang dah kenal lama dan masing-masing dah bersedia nak mendirikan rumahtangga.


Tapi mak kepada perempuan minta dalam jumlah yang tinggi atas sebab anaknya ada kelulusan berbanding si lelaki yang ada SPM.


Dalam tempoh dua tahun lelaki tu kena kumpul duit. Kalau masih tak mampu, tak dapatlah nak kahwini anak perempuannya. Masalah wang hantaran ni menyebabkan kawan lelaki aku tu gundah gulana, pening kepala. Semoga dipermudahkan urusan mereka.


Alhamdulillah mak ayah aku tak meletakkan wang hantaran ikut kelulusan atau ikut nilai orang yang nak kahwin the vaasssss sebab nak nampak the vaaassss (sesetengah). Mak ayah ikut kemampuan bakal imam. Syukur mak ayah permudahkan urusan anak-anak dalam mendirikan rumahtangga.

27 comments:

  1. kesiannye dekat lelaki tu..kalau diorang betul2 da ready nak kawen, c pompuan la kena try pujuk mak dia..

    ReplyDelete
  2. apa pon bincang sesama sendiri..dia mampu tak..baru bincang masa tunang tu..ibu sy tany dulu bakal imam sy tu..dia kata ok.kami pon ok..xperlu la nk mengikut kelulusan..tp kl ni kalau letak ckit sgt nk bg org mkn pon tkt tak mampu..tp berpada2..sampai laki nk cekik tulang cr duit..kasihan laa..kita nk hidup dgn dia bukan sehari tp selamanya

    ReplyDelete
  3. nnti wedding jgnlah lupe jmput kami..hehehe..btw, tkot gak..cmnelah masa sy nti..

    ReplyDelete
  4. yang mintak tinggi tinggi tu, macam tak bagi anak kahwin je.
    hmmm.
    kesian.

    ReplyDelete
  5. sepatotnya mak ayah kena fikir kalo letak mahal, nti anak die jd andartu plak... memg kena ikt kemampuan bakal suami..

    ReplyDelete
  6. baca entri ini, sesuai kalau ada background anuar zain - lelaki ini...
    sedihh.

    klo hantaran tu sikit, jamu je org ngn sekut kering :), klo lebih boleh jamu nasi beriyani.. gitulah ayat2 tersiratnye. keh3. jnji hntran tu xnyusahkn mana2 phak kn.

    ReplyDelete
  7. klu letak tinggi sgt pun mmg susah gak..cian kwn sis tu.

    ReplyDelete
  8. nak kawen skrg mmg susah . tp bg aku, duit hantaran tu asal cukup buat sederhana sudah.

    ReplyDelete
  9. Kesiannya. tak boleh runding ke ? Yelah budak budak lepas uni pun yang dah setahun dua berkerja pun susah nak kumpul ribuan ringgit lepas tu nak barang2 hantaran lagi. ehe banyak kot

    ReplyDelete
  10. Ada terjumpa satu gambar ni, kalau perempuan nak hantaran 10k dia kena penuhi 'syarat²' ni:-

    Solat penuh
    sempurna tutup aurat
    tak pernah couple
    tak ingat yang lain²..


    Buat apa nak susahkan orang sedangkan orang tu berniat murni nak dirikan rumah tangga.

    ReplyDelete
  11. tak tau lah nak cakap pe...camana laa nnti fi nk cari duit kut celah mana :O

    ReplyDelete
  12. hurm.. naik gigil plak kalu kena bakal mak mertua macamtu.. anak taraf doktor phd.. mau tersembur abah minumm air dengar wang hantaran..hahaha

    ReplyDelete
  13. @mizz erma : begitulah..bagi lembut hati orang tua. memang zaman sekarang kena guna duit, segal2 naik. tapi kalau terlalu tinggi, susah tu

    ReplyDelete
  14. @merahitujambu : betul. kena bincang. permudahkan urusan anak2.

    ReplyDelete
  15. @sibudakkurus : doa2 permudah urusan

    ReplyDelete
  16. @syazwan che deraman : entah lah...macam-macam alasan. kesian pada yang nak kahwin tu

    ReplyDelete
  17. @kawaii dysha : terlalu mahal yang serabut kepala. kalau si lelaki mampu, tak kisah hal ni. ni kes tak mampu tahap tu

    ReplyDelete
  18. @biskot : senang2 buat yang wajib. janji selepas majlis tu anak2 kekal bahagia

    ReplyDelete
  19. @kiru magu : melebihi kemampuan. lepas kahwin lagi la nak pakai duit

    ReplyDelete
  20. @ezan idma : yep betul. sederhana tu Allah suka

    ReplyDelete
  21. @yousof : pernah dengar jugak fasal tu. memang elok sangat kalau letak tinggi bila menepati semua tu. huhu

    ReplyDelete
  22. @syarafi : kumpul dari sekarang...jangan joli tau.hehe

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah