Rumah tak siap pahat berbunyi (part 2)


Rumah dah nak siap dan sekarang bagi bayang-bayang sikit (shadow) dan ubah suai hiasan untuk bagi rumah nampak macam keadaan sebenar. Living room, verandah, landscape dah siap sikit. Tinggal kitchen, tiga bilik dan bilik air.



Kerusi dekat verandah tu sebelum ni dekat living room, tapi memandangkan nak 'beli' sofa, so kerusi tu letak luar. Boleh lepak minum kopi.








Ruang tamu dah kosong. Tinggal nak letak furniture dan curtain baru.








Tv plasma tu bagi nampak macam betoi. Semua perabot boleh download dekat 3D Warehouse termasuk sliding door tu. Kadang-kadang ada saiz yang terlalu besar. Ikut perabot mana yang sesuai. 


Pencahayaan tu kena adjust dekat 'shadow' sahaja. Seronok tau guna benda ni. Nampak macam betul. Cuma aku tak habis explore lagi benda alah ni.








Verandah dan pintu masuk. Meja kopi tepi kerusi tu untuk letak kopi la kan. Hehe. Pokok buluh sebagai hiasan. Aku memang suka pokok buluh. Mata aku pun dah macam panda, Boleh bela panda sekor. Elok sangat cari kawan. ngehngeh.








Ciri-ciri rumah impian, memang aku suka macam ni. Ada ciri-ciri kampung dan rumah omputih. Ada ruang lepak cari ilham atau bila kawan-kawan, sedara mara datang, boleh borak-borak dekat situ sambil tengok macam-macam jenis pokok, bunga etc.








Ini suasana pagi atau petang. Nyaman kan?








Pokok buluh tu cadangnya nak tanam sikit-sikit je sebab tak nak bagi semak kawasan taman. Aku sangat suka tanam pokok dan bunga tapi bukan dalam kategori semak. Lagi satu, rekaan rumah langsung tak ikut saiz yang tepat atau guna skala. Main hentam je janji nampak rupa.








Ini suasana dah nak malam. Kalau render lagi best kot. Tapi tak pandai nak rendering. Steps dekat tangga tu pun saiznya tak sama sebenarnya. huhu.








Bahagian bumbung belum siap sebab nak design bahagian dalam rumah dulu. So itu je yang nak dikongsikan. Dapat reka dalam sketch up pun jadilah. 


Mana la tahu suatu hari nanti dapat merasa rumah macam ni, lepas tu nak suruh mak ayah duduk sekali sebab nampak macam boleh tahan besar. Sesuai untuk kami keluarga kecik ni. :)

28 comments:

  1. kenapa best sangat ni?

    ni assignment atau sesuka aje?

    huhu, dulu penah buat rumah 3D dekat 3dmax. susah benorr -,-

    ReplyDelete
  2. Wah teringin juga nak blaja pakai benda alah ni.

    ReplyDelete
  3. merangka awal sangat bagus, so kite boleh tau bajet kita nanti

    ReplyDelete
  4. tanam la buluh yg buat lemang tu. bleh jual.
    aku rasa aku nak bela ko sbg panda peliharaan aku. haha

    ReplyDelete
  5. nice....
    awk mmg berbakat..
    sy doakan smoga 1 hari nnt awk akan dpt miliki rumah idaman awk nie..=)

    ReplyDelete
  6. awesome! cantik sangat design dalam rumah..ni kalau buat camni terus jadik kan best kan dani..takpe,insyaAllah ada rezeki akan jadi kenyataan..good imagine and skill melukis tetap hebat!

    ReplyDelete
  7. @nur penyayang : tengah usaha nak siapkan lagi ruang2 lain.hehe

    ReplyDelete
  8. @syakey : suka-suka je ni. 3dmax saya tak reti sebab takda asas tu. tapi teringin belajar

    ReplyDelete
  9. @fyfy liew : meh belajar benda alah ni.haha

    ReplyDelete
  10. @kawaii dysha : betul tu. merancang tu bagus

    ReplyDelete
  11. @keri ikhwan : ko bagi la elaun bulanan RM2000. aku on je

    ReplyDelete
  12. @terbang bersamaku : alhamdulillah. saja buat suka-suka ni. amin...amin untuk doa itu.haha terima kasih

    ReplyDelete
  13. @azhafizah: pergh...kalau terus jadi rumah betul, memang best sangat fiza. fuyooo

    ReplyDelete
  14. @nurul : terima kasih. hehe. harap2 sangat

    ReplyDelete
  15. syok nye, dreams come true..:) hrp2 la 1hari nanti tidak ketinggalan utk explore. dulu buat kt modeler lightwave pun, mcm..herh =..= tension bikin rumah ke apa2 je dlm software tu. tp ni nmpk mcm 'ringan' sket. thanks 4 sharing cik D.

    ReplyDelete
  16. kenapa sketchUp pro Expired Dani.. koh koh koh...


    tapi serius lawa.. dah macam European House dah.. aku nak try guna gak laa...

    ReplyDelete
  17. @biskot : ha;ah dia ringan sikit sebab tu seronok buat

    ReplyDelete
  18. @aujinz : ko satu2nya nampak benda tu expired. hahahaha

    ReplyDelete
  19. aku pun nampak benda tu expired. tp malas nk tegur. sbb aku pun kadang2 pakai sofwer expired haha

    ReplyDelete
  20. rumah kampung ni kan wei. keh rase mcm nak balik kampung skrg jugok

    ReplyDelete
  21. @keri ikhwan : selagi boleh guna, aku guna je walaupun dah expired.hahahahaha

    ReplyDelete
  22. Salam Nurdani,

    Suka sgt design rumh ni, walaupun tk siap lagi. Especially, the verandah part. Itu memg verandh idaman utk rumh impian Ksu. Sgt kampung, kan. Hehe...

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah