Handphone tonyoh

Sekarang ramai orang pakai handphone yang touch screen. Mak cakap itu handphone tonyoh. Hahahahaha! Aku memang nak tergelak bila ingat apa yang mak aku cakap tu. Tonyoh ni bahasa orang-orang belah utara macam kedah.


Masa kecik dulu selalu sangat dapat ugutan tonyoh cili padi dekat mulut daripada mak, kalau aku dengan adik beradik cakap benda tak elok. Ngehngeh.


Handphone tonyoh ni memang aku tak berapa berkenan sebab agak leceh kalau nak menaip berbanding yang jenis keypad. Tak payah tengok pun dah boleh taip macam-macam. Hebat tak hebat seh. 


Kadang-kadang sambil memandu pun boleh lagi taip mesej. Tapi tak elok buat macam tu. Bahaya. Walau cekap macam mana pun, kadang-kadang boleh tercuai jugak pemanduan. Patuhilah undang-undang.


Ada sesetengah yang cakap handphone tonyoh ni ada style. Tengok la jari jemari. Penuh gaya. Ayah aku guna handphone tonyoh tapi mak lebih suka guna jenis lama tu. Asalkan boleh mesej, call pun dah memadai. Aku pun guna handphone biasa je. Tapi teringin sangat-sangat nak Galaxy Note. *Keinginan tu dituju khas buat bakal imam. ngihngihngih.

34 comments:

  1. tak sabar nk pakai handphone tonyoh..huhuhu..=_=

    ReplyDelete
  2. sy pon menanti handphone tonyoh dari bakal imam..XD

    ReplyDelete
  3. Galaxy note best! Cari yang kaler pink♥ muahaha

    ReplyDelete
  4. ika pkai dua2.yg tonyoh dgn tak tonyoh.hahaha

    ReplyDelete
  5. Galaxy Note hp aku skang. bersyukur dan memang best. tapi teringin yang baru punye lak dah...

    ReplyDelete
  6. tonyoh2 die..nti kalau bkal imam da bg, jgn tonyoh bkal imam skali lak.keh3

    ReplyDelete
  7. keinginan kita sama... sama laa belah Johor pon kitorang panggil tonyoh atau tenyeh... kah kah kah

    ReplyDelete
  8. @afrah hana marilah kita berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya :D

    ReplyDelete
  9. @Aujinz oh yeke?hahahaha. tenyeh ha tenyeh

    ReplyDelete
  10. Hahaha btul jugk ckp mak tu..hp tonyoh hehhehe na minat tp tatw mcmne nk tonyoh na nye phone slamat bole guna tok 2-2 function tonyoh bole keypad pun bole heheh

    ReplyDelete
  11. pakai henpon tonyoh membuatkan sy jadi tak suka sms.. haha..

    tonyoh=tenyeh.

    kecik2 kalau mencarut, tok atau mak selalu cakap "tenyeh mulut dgn cabai baru tau.." ;-p

    ReplyDelete
  12. ingat word tonyoh ni. teringat member skolah rendah aku. haha. dia suka guna word ni. hehe. btw, teruskan menonyoh. salam kenal.

    ReplyDelete
  13. @محمد رازيق nak menonyoh kena tunggu galaxy note dulu.haha. salam kenal jugak

    ReplyDelete
  14. Heheheh tonyoh pun tonyohlah, yang penting jangan buat benda tak senonoh.


    BErjaya jugak guna ugutan tonyoh cili tu kan. Budak sekarang? Makin lancang je mulut, dah jadi normal pulak diaorang sebut benda² yang tak elok..





    Bakal imam: Hihi

    ReplyDelete
  15. aku baru ada 1 telefon tonyoh..cadang nak cari lagi 2..sebab aku ada 3 nombor..hehehe

    tapi memang betul, kalau pakai 3310, taip meses xpayah tengok pun xpe..sambil drive pun boleh jer taip..kehkeh

    ReplyDelete
  16. @Yousof budak2 sekarang ni sesetengah tu memang susah nak dikawal. kang tenyeh cabai, dia melawan.

    ReplyDelete
  17. @Encik H fuyooo...eh hulur le ke aku satu. uhuukk

    ReplyDelete
  18. Itu lah, kesian pulak dekat bebudak yang terdedah dengan perkataan² tak elok ni..

    ReplyDelete
  19. trend baru zaman skang.. kawin x bg cincin... bg henfon
    haha
    *lpas baca entri ni bru ak paham kenapa sesetengh suami x mampu pakai henfon canggih tp isterinya bleh pakai henfon tonyoh paling latest

    ReplyDelete
  20. @keri ikhwan aku nak cincin. tak dapat handphone pun takpa. heh heh.

    ReplyDelete
  21. baru jaa tadi try lukis2 guna pen stylus kt handphone tonyoh galaxy note II, hikk...

    ReplyDelete
  22. hehehe..tonyoh jangan tak tonyoh..setiap handphone ade pros and cons kan..same je actually.wawawahh nak galaxy notes gak satu!

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah