Habis dijual


Pertama sekali, alhamdulillah sebab tak sangka ilustrasi tu semua habis dijual masa pembukaan butik Rina Salleh, 1 Disember 2012 yang lepas. Memang super happy la bila dengar. Jadi, target dah berjaya dicapai. 100% keuntungan dah pun disalurkan ke tabung aman Gaza. Itu target utama. Syukur. Thanks kak Rina!


Lepas tu masa belek instagram, ada yang mentioned den. Antara yang dah beli ilustrasi tu di butik Rina Salleh. Weeee seronoknya!


Tengok profile, rupa-rupanya blogger. Terus terjah blognya Cik Ikan Fish. Terima kasih sebab sudi beli! Hargai sangat-sangat. :)


Lepas tu tengok-tengok Dena Bahrin pun ada beli. Empat jenis ilustrasi pakaian sekali dengan ilustrasi Gaza. Hehe. Terima kasih, terima kasih!. :D


Masa tu aku buat 50 copies ilustrasi fesyen dan Gaza lepas tu 15 copies untuk tiga jenis handbag je. Saja nak mencuba dulu. Ada jugak yang tanya samada aku jual secara online ataupun tak. Buat masa ni belum lagi. :)



info tak berapa penting : Beberapa hari lagi aku akan berada di IJN. Makanya sebarang email tidak dapat dibalas buat sementara waktu. Proses siapkan tempahan pun terpaksa ditangguh. Harap maklum.


41 comments:

  1. Salam.

    Alhamdulillah! Semoga usaha Dani ini diberkatiNya! Moga ada hasil boleh dipetik bila dialam sana..amin >_<

    Dani..ada apa di IJN?

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhhhhhhhh,alhamdulillah kak :D

    ReplyDelete
  3. ada satu untuk saya x..hehe alhamdullilah dani berjaya mencapai target... tahniah dani.. proud of you

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... power power XD
    nanti boleh buat lagi.. XD

    ReplyDelete
  5. maju bisnes...boleh buat fulltime klu cam gini :-)

    ReplyDelete
  6. Yang dena tu fie ada tengok, nak komen tetiba tengok dani dah komen. hehe.

    ReplyDelete
  7. you kreatif. ramai orang suka hasil kerja you. :)

    ReplyDelete
  8. Wah! Bestnya dani..

    Eh nak ke IJN? Knp?

    ReplyDelete
  9. isk! isk! .. T_T kalaulah~ k takpa2 bukan rezeki... anyway congratulation =)

    ReplyDelete
  10. tahniah..

    bolehla jual online nanti..

    nanti aku boleh terai buat model laki pulak:)

    ReplyDelete
  11. jelesnyaaa..dpt beli doodle bentuk sendiri mesti syok kan..XD

    ReplyDelete
  12. @Tinta Lana alhamdulillah. ada hal penting di sana.tapi hari ni macam tanda2 nak demam pulak.huhu

    ReplyDelete
  13. @◕ D Y S H A S A H H I R ◕ hari tu kak dysha yang nak exchange eh? confuse dah saya

    ReplyDelete
  14. @fifie oh yeke?haha. dena cakap dia memang suka benda2 macam tu

    ReplyDelete
  15. @BiskOt kata nak exhange kan? meh meh bagi semua biskot punya kartun.muahaha

    ReplyDelete
  16. @nazha anua ha bagus sangat sebab aku ni fail kalau buat ilustrasi lelaki

    ReplyDelete
  17. @nurdani

    terlebih bekerja ni dani..hehehe. Jga kesihatan baik2 deh.. ^_^

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah..niat yang baik insyaallah allah tunaikan..

    Eh eh pegi ijn..awatnye?

    ReplyDelete
  19. Wee congrats Dani..!! :) I nak pergi that day just for your things but nak masuk Seksyen 7 pun susah. Terus patah balik rumah. Its ok, InsyaAllah next time ada lg.

    ReplyDelete
  20. comel! hehe... kalau jual online bagitahu ea~~

    ReplyDelete
  21. @Tinta Lana banyak sangat den makan derian (durian)

    ReplyDelete
  22. @Ili Naquiah la yeke. susah tang mana? takpe2, maybe next time.hehe

    ReplyDelete
  23. Wahhh Alhamdulillah...
    Semoga terus berjaya Dani :)

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah.dijual habis.

    cantik sgt lahhh=)

    ReplyDelete
  25. rezeki..rezeki.... pintu rezeki dah terbuka tuu...
    bleh cepatkan tarikh kawen la pasni

    ReplyDelete
  26. Bestnyer. Impress bole gune paint dgn Paintool SAI JE. gUNE PHotoshop x?

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah..congrate dani..terbaik!

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Dani, sorry baru perasan awak follow kita kat blog, ya Allah malunyaaa sebab blog tu jarang sangat update. Thanks sebab mention nama kita kat entry ni. Anyways, I love all your illustrations! Semua cantik sangat. You're such a creative and talented person indeed!<3

    ReplyDelete
  29. good job dani!

    tahniah telah berjaya gunakan bakat yg Allah bagi tu sebaik-baiknya.. :-)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah