Dulu aku ni banyak kerja jauh-jauh daripada rumah tapi tak lah jauh mana. Dalam Selangor jugak cumanya jarang-jarang dapat balik. Berdikari la konon.
Beberapa tahun lepas aku ada pergi satu company ni. Saja cuba interview. Sehari selepas interview, staf company tu kol suruh masuk kerja bila-bila masa. Disebabkan excited, aku masuk ofis keesokkannya. Tak sangka pulak aku boleh dapat position tu sebab masa interview memang ramai yang aku tengok muka bijak-bijak. Berkarisma. Ada gaya la orang cakap.
Kalau nak banding dengan aku ni, aih jauh benor le. Datang pun sekadar nak cuba-cuba. Setiap kali nak pergi interview, aku selalu set kat kepala yang aku nak pergi interview ni sekadar nak mencuba. Dapat atau tak, tolak tepi yang penting aku redah je.
Bila set macam ni, automatik aku jadi tak gelabah dan lebih rileks. Yeayyyy.
Hari pertama.
Aku datang pakai baju kurung, tudung syria, flat shoes bersama beg silang. Sempoi gayanya. Aku yang terpacak awal depan ofis macam terpinga-pinga sikit. Polik den, kek mano nak masuk ofis ni ha. Pintu ado tapi tak buleh bukak pun.
Torang-torang ado tulih 'sila tekan sini', Aku pun tekan loceng. Ting tong. Itulah bunyinya kot.
'Hai, nak cari siapa?'
"Hai. em.. saya staf baru. Katanya suruh masuk hari ni'
'Oh..ok ok masuk'
Buka je pintu tu, fuyooooo lawa gila. Siap ada snooker dengan kerusi Ogawa lagi kat ground floor. Admin/Account department dekat tingkat 1. Contract department pulak tingkat 2. Aku dalam Contract Department. Paling atas. Jenuh la nak ragaih (panjat) tangga hari-hari. Fail banyak kat tingkat 1.
Sementara tunggu bos sampai, aku duduk kat tempat menunggu. Aku tengok staf-staf sibuk dekat meja masing-masing. Ada yang baru sampai, ada yang breakfast. Semua tengok arah aku. Senyuman paling manis tapi tak menggoda aku hadiahkan. Ada yang balas senyuman dan ada jugak yang buat tak nampak. k fine.
'Staf baru ke', tanya si encik segak lagi bergaya yang tiba-tiba ada depan aku. Tekaan aku umur dia ni lewat 20an. Pehhh pepandai je.
'Ha'ah. baru start hari ni'
Dia cuma angguk dan berlalu pergi tanpa meninggalkan kata-kata semangat di hari pertama aku. waahhh gatal.
Aku tak suka kalau duduk tak buat apa-apa ni. Bukankah aku dah jadi sebahagian daripada company ni? Jadi, aku pun lepak dekat meja akak akak admin. Nak cari kawan kenalah ringan mulut. Sesetengah perempuan dengan perempuan ni susah sikit nak cepat mesra. Berbeza dengan lelaki. Cepat jadi kawan walaupun tak kenal.
'Bro, ada lighter?'
Lepas beberapa minit cubaan suai kenal, dapat jugak kawan baru. Teknik yang selalu aku guna ialah buat lawak. Itu je la modalnya. Sekurang-kurangnya diorang respon. Title 'loyar buruk' melekat dah kat dahi aku.

Encik bos dengan puan Q dah sampai. Diorang ni bukan suami isteri. Masing-masing dah ada keluarga. Tetiba aku harap takda la buat sesi suai kenal sebab benda ni paling aku tak gemor. Namun, kena jugak. huhu.
Baru hari pertama masuk kerja, bos dah ajak makan-makan dengan klien dekat restoran mewah. Aih tak menyempat. Gagah jugak la mengikut. Nasib baik puan Q ni mesra alam. Tak kerek.
Sampai je restoran, aku, encik bos, puan Q dengan tiga klien duduk kat meja bulat. Rasa kerdil gila duduk dengan orang-orang hebat ni. Kadang-kadang rasa macam maid pulak. Level keyakinan hampeh.
'Assistant you ke Q?, sorang klien berbadan tough one pack di perut bersuara.
'Ha'ah. I pilih dia sebab dia melawan'
Seriously????
Ok sebenarnya masa interview tu bos ada tanya banyak soalan meremang bulu roma dan setiap kali soalan tu ditanya, aku cuma jawab macam otai sikit. Entah la. Masa tu aku tak formal langsung. Itu je.
Paling best, tak sangka pulak akan diterima bekerja sebab melawan. Bukan melawan yang biadap, tapi macam kita pertahan apa yang kita tahu dalam keadaan beradab sopan.
Pada masa tu lah kan, aku rasa macam hebat la pulak sebab berjaya kalahkan candidates lain yang jauh lebih layak untuk position tu hanya sebab melawan. Bak kata puan Q,
'Saya ni bukan tengok educational qualification sangat. Tak nafi la benda tu penting kan. Result bagus pun satu bonus tapi kalau EQ kurang, buat kerja tak ok, itu yang susah.'
Semua ni rezeki daripada Allah. Dengan izin-Nya dapat kerja tu. Inilah antara pengalaman paling tak dapat lupa walaupun aku dah tiga tahun macam tu la aku tinggalkan tempat tu atas sebab dapat kerja lebih dekat dengan rumah.

Salam.
ReplyDeleteKalau lana ditempat penemuduga, lana prefer yg pakai cam sengkek, bercakap plak, ada style sndiri.
Kdg2 pakai kemas, sijil pun perghhh, tpi bila suh berckp..suara mcm atas angin je..mcm suara jaejoong,hik3. Tetiba tersebut retis k-pop (-_-)
jaejoong tu sape pulak ha.haha.
Deletemasing2 ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. IQ dan EQ kena bagus bak kata majikan
waaaaaa.. untung nya.. 2 la dikatakan rezeki.. good luck dgn kerja baru :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.hehe terima kasih
Deletewah seronoknya.. rezeki kan. pergi interview, terus dpt kerja wlaupon ramai pesaing. Part melawan tu best. Kategori berani ni.
ReplyDeletetak berapa nak berani tapi cuba beranikan jugak. nak elak nervous.hehe
DeleteBerdiri semua!!
ReplyDelete*Tabik hormat
Respek aku dgn org yg berani cuba2 interview ni.
sebab benda tu la aku paling cuak haha.
dulu masa pilih kos kt U pn pilih yg xde interview.
Dulu Oral test SPM kena interview. smpai hujung tahun aku mengelat.
"bro, ada lighter?"
ok ok semua boleh duduk sekarang.
Deleteaku pun cuak bab interview ni, tapi nak tak nak kena harung jua la kan
Hehe seronok membaca entry kali ni dah macam baca novel kihkih tapi pendek Y.Y wuuuu ~ pape pun semoga Allah melimpahkan rezeki kat akak :D Amin
ReplyDeleteamin... harap2 macam tu. terima kasih
Deletebes baca... dulu takut gak nak p intibiu, tp sekarng p je bt muka xtahu malu..hohoho
ReplyDeletehaha. keyakinan diri tu penting. takda la gelabah nanti kan
Deletewah, tahniah, boleh guna cari dani bila g interview nanti..hehe
ReplyDeleteguna cari? guna cara? hehe. good luck. buat yang terbaik
Deletewow, dgn tidak semena-mena rasa termotivasi bile baca cerita sis dani ni :)
ReplyDeletesekadar pengalaman. ikut pada jenis majikan jugak. apa apa pun doa, tawakal
Deleteowhhh best bca pglaman ni :) sy bab itvw la pling xsuka..sbb cuak sgt2..he3, yg ok jd xok..
ReplyDeletesaya pun bukan suka sangat. tapi nak redah kena psiko minda.hehe
DeleteHuhu melawan ek, aku dulu dapat kerja pun sebab mulut terlebih bising. Padahal tak der kene mengena dengan QS ing pun. huhu..
ReplyDeletehaha. dia nak yang tak pemalu/pendiam kot. kriteria pemilihan staf ni tengok pada majikan
Deletecakap pasal melawan ni..sy kaki melawan..rasanya semua bos blh kalah..ahaha.tp lawan cara baik untuk tegakkan banda betul..kekadang bos gurau ckp..tgok ni..sy asyik kena marah dgn tira je..huhuhu..yg penting kerja kena betul.. buat terbaik..insyaALLAH org suka.. =)
ReplyDeletehahaha. saya boleh bayangkan. jenis berani kerana benar la ni
Deletehahahha.. teringat masa aku interview dulu. Panel penemuduga tiga orang dan setiap candidates masuk bertiga tiga. Dua yang sebelah aku speaking berhabuk aku plak dengan English lintang pukang.. masa tue memang semangat kesukanan aku jauh kebelakang. koh koh koh
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah, aku diterima yang dua lagi tue tak dapat kot (kalau dapat mesti ada muka depa.
Lepas lama lama aku jumpa balik penemuduga yang interview aku tanya, dia kabo "sebab hang tak poyo.." koh koh koh.
Dah namanya pon rezeki.
oh tak poyo. boleh bayang dua lagi tu. hehe. kadang2 kita rasa kita macam dah takda harapan, tengok2 sebenarnya peluang kita yang lebih cerah. hehe
DeleteBest gila baca pengalaman ni. Mungkin takkan merasa pengalaman interview kerja ni sebab habis belajar memang terus masuk kerja. Tapi ramai orang lupa untuk jadi diri sendiri time interview itu yang saya tahu.
ReplyDeletewah lagi best terus masuk kerja.
Deletebab jadi sendiri tu betul. kadang2 tak sedar, kita jadi lain
hehehe nice entry.. rasa mcm tgh baca novel hehe
ReplyDeletehehe terima kasih mak dara
Deletewah!!, fi tak pernah temuduga nih...trus je dpt..haehehhe
ReplyDeletelagi best. rezeki dapat terus. best best best
Deletekdg2 benda yg tak plan tu yg nk jd rezeki kita..huhu mggu dpn sy ada interview..ntah cmna la nt keadaannya..huhu
ReplyDeletegood luck! buat yang terbaik yang penting rileks
Deleteterbaek!
ReplyDeleteskang ni mmg dah tak tengok sangat background, tapi lebih pada persembahan calon ketika dalam bilik interview~~
tu la. penemuduga suka tengok kita punya attitude
DeleteTahniah! i see, tips yang bagus, nanti kena praktikkan juga nanti time interview, kena pertahankan pendapat kita.
Deletehaha.. lawok2..
ReplyDeletememang. tinggi IQ tapi EQ kurang pun tak jadi kerja jugak.
bagusla. hikmah jadi diri sendiri n percaya diri sendiri. hehe..
hehe. nasib baik penemuduga boleh tahan sempoi
Delete