Hehehehehehehe. Sejak aku lukis ilustrasi berkepala besar, ramai tanya soalan sama.
Kenapa eh kepala mesti besar?
Sebab aku suka tengok karikatur. Kepala besar, badan kecik, kaki lagi la kecik. Nampak comel dan style. Itu bagi pandangan aku la. Lagipun masa aku cuba cari identiti lukisan sendiri dengan harapan orang akan kenal lukisan tu siapa buat, jadi aku cuba eksperimen banyak kali sampailah dapat satu ilustrasi lelaki dan perempuan macam sekarang ni la.
Disebabkan aku jenis sukakan kelainan, aku eksperimen lagi untuk hasilkan sesuatu yang lain daripada lain. Lain la harapnya.
Bila ramai bagi respon dan mula kenal lukisan tu, aku rasa bersyukur sangat sebab dengan izin-Nya, dapat jugak aku realisasikan impian aku iaitu identiti sendiri. Macam Cik Dil, Aujinz Si Lanun Ranggi, dan Tangan Punya Kerja, orang dah kenal lukisan diorang macam mana.
Sama jugak macam pelukis-pelukis lain. Kalau nak list kat sini memang penuh la.
Jadi, kepala besar badan kecik ni adalah gaya mutu keunggulan aku. Tapi pernah jugak customer minta bahagian kepala nak nampak normal. Dengan penuh rasa tak kisahnya, aku resize kepala. Tak ada masalah pun untuk itu.
Cuma yang sedihnya, pernah jugak aku kena gelak kaw-kaw sebab lukis kepala besar ni. Ada jugak aku tetiba rasa kecewa, rendah diri dan tak bersemangat. Macam nak tutup blog pun ada. woh..ekstrem. Masa tu aku tertanya, perlu ke perlekeh apa orang lain buat sedangkan benda ni tak menjadi satu masalah negara pun?
Tapi tak boleh nak layan sangat komen-komen macam tu sebab lain orang lain pendapat. Tak boleh la expect 100% orang akan suka gaya tu. Cumanya, cara komen tu biarlah tak merendah-rendahkan sampai memalukan orang lain. Kan ada adab menegur. Heheh. Kesimpulannya, hormati perbezaan.
Positifnya aku....macam tak percaya. Hehe. *tepuk bahu sendiri.
Sekian.
takpe.. beginilah nak bina jenama sendiri.. kena ada kelainan, baru orang kenal.. :)
ReplyDeletetu la. susah nak hasilkan sesuatu yang berlainan kan
DeleteCanticantikcantik!
ReplyDeletetq tq tq!
Deletekepala besar tak apa, jgn besar kepala. hehe... kn? comel~~~
ReplyDeletehahah betul tuuu
Deletesekarang bru paham, kak dani..
ReplyDeletekelainan tu yg bagus, takde la setiap lukisan tu sama je mcm org lain punya.. :)
ha'ah. walaupun mungkin ada sama, tapi usaha nampak lain
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSebab tu la lana tulis, seni bukan untuk dibanding2kan..huhu.
Ada sstgh org tak bleh nak faham dani..tapi, kita percaya kalau diorg start involved lukis2, or pa saja berkaitan bidg art, baru diorg akan faham.
Bagi lana, tgk hasil art, lebih pda nak hiburkan hati. Mcm dengor lagu, asal sedap ditelinga n kita enjoy, dah cukup sebenarnya.. ^_^
waalaikumussalam.
Deletesaya suka betul kata-kata Lana ni. penuh pengisian rohani dah sejak baca kata2 mutiara Lana tu lah saya rasa semangat nak lukis dan hasilkan kelainan cara tersendiri sebab seni bukan untuk dibandingkan :)
Akak, buatlah cerita komik melalui lukisan2 akak ni, pasti menarik!
ReplyDelete#salam Jumaat
haha saya tak pandai buat komik
Deleteoic
ReplyDeletegitu lah :)
Deletedoodl kepala besar comel la..serius comel..kekadang sy pon suka buat kepala besar..nampak coole..heheheh
ReplyDeletekan kan. macam header MIJ. comel sangat
Deletekartun aku pun kepala besar... wkwkwkw
Deletekan kan. macam kartun Aujinz. comel sangat. ngaaaa
Deletekan..kan..mcm kepala kartun dani jugak..ayuuu sgt..
Deleteyup, betul..setiap pelukis ada identiti sendiri.. tak kisahlah kepala besar ke ape..yg penting cute nama pun kartun kan..hehhee.
ReplyDeletetu la. kartun ni tak perlu perfect.hehe
DeleteJangan risau pasal itu sebab masa aku lukis kartun aku yang takde hidung dan tangan takde jari pon ramai orang tanya pasal tu. Tapi bila lama lama diorang akan terima dan akan jadi trademark kita. Kita punya idea, kita punya identiti. Berapa lama kita bereksperimen nak cari lukisan beridentiti sendiri kan kan kan. Dah dapat, teruskan beb!
ReplyDeleteha'ah. tapi aku tak perasan pun ketiadaan semua tu dalam lukisan ko. ok la tu, ada kelainan. orang pun dah cam lukisan kita sendiri kan. takda la terlalu dibayangi sesiapa.hehe. thank you!
Deleteaaaaaah , persoalann g sering ad dalamm mindaa sejak dulu lg hehe
ReplyDeletebtw love yr artwork! =')
terima kasih Amal :D hehehe
Deletecomelcomelcomel. keep a good work . :)
ReplyDeletethank you Green Amila
Deletesaya suka jer lukisan cik dani.... itu menunjukkan awak seorang yang unique..... keep it up... teruskan usaha.... saya suka semua kartun dani.... fighting!!
ReplyDeletewah...terima kasih Manzarina. saya akan usahakan.hehe
Deletesilap entry. nk komen yg pasal makan komen td. tertekan yg ni plak. hish hish.
ReplyDeletetp tkpe. motif ttap smpai. nk try komen entry dani. HAHA :P
jom join ;) http://www.fyapelangi.com/2013/07/giveaway-topup-ramadhan-fyapelangicom.html
hahahaha. ok jugak tu
Delete