Hai. Korang tahu tak hari ni hari apa? Ya! Hari ni hari Isnin. Hari lemau untuk sesetengah orang, macam aku. ngaaa..
Memandangkan dah nak dekat raya ni dan ramai akan pulang ke kampung/tempat beraya masing-masing, aku nak pos cepat-cepat kad raya kepada enam orang pembaca terpilih blog ni.
Sebelum ni aku cuma pos kepada bloggers dan top 10 commentators je kan? Alhamdulillah ada kad lebih (saja buat lebih hari ni) jadi nak berikan kepada pembaca.
Sebelum ni aku cuma pos kepada bloggers dan top 10 commentators je kan? Alhamdulillah ada kad lebih (saja buat lebih hari ni) jadi nak berikan kepada pembaca.
Kad raya jenis timbul.
Ada yang berminat? Kalau boleh nak pos hari ni jugak atau paling lewat esok. Jadi, sesiapa yang nak kad raya, apa yang korang perlu buat cuma tinggalkan komen berserta reason kenapa nak kad raya ni. Enam komen terbaik akan dipilih.
Bagi yang terpilih (lepas aku moderate dan respon komen) diminta cepat-cepat baca balik bahagian komen untuk tahu siapa terpilih, kemudian email nama penuh, nama pena blog, url blog dan alamat dengan kadar segera selewat-lewatnya malam ni atau awal pagi esok ke ckecikcomeldani@yahoo.com.
Kalau yang terpilih tak buat seperti yang diminta selewat-lewatnya esok pagi, automatik akan diberikan kepada orang lain. Sebab nak pos paling lewat esok je. Lepas tu i nak beraya. hehe.
Sekian :)
UPDATE ( 1 Ogos 2013) : Enam orang pembaca sudah dipilih tapi lagi seorang pembaca belum berikan alamat. Terima kasih sudi komen. Kad raya akan sampai selepas cuti raya. Harap maaf dengan kelewatan. Nak buek acano..musim raya. Tapi yang pasti kad raya akan sampai.
Shark nk sbb shark rasa cm comel je diri ini bla dpt kad raya tu :-)
ReplyDeletehaha. rasa comel ya
Deletesaya nak kad raya dari kak dani sebab teringin nak ada koleksi dari kak dani,pastu kad raya pulak,memang menggamit kenangan la org kata :D
ReplyDeletemenggamit kenangan tu best.haha. email nama dan alamat malam ni atau selewatnya esok pagi ya. terima kasih :D
Deletealhamdulillah,sekarang jugak onie email, nebes ni nebes :D
Deletenebes ni retis nak kad raya kita. nebes
DeleteSaya! saya! saya!! saya nak sebab saya suka blog akak & karikatur yang akak lukis. Semua comel, kemas dan ada identiti sendiri. Unik kan namanya!!
ReplyDeleteSaya nak kad raya jenis timbul ini sebab saya nak ada kenangan dengan nurdani..huhu..lagipun saya memang minat sangat dengan hasil-hasil ilustrasi kak nurdani..dahlah cantik-cantik, comel pulak tu..sekurang-kurangnya dapat jugak moment gembira dan tak boleh lupa dalam bulan Ramadhan ni.
ReplyDeleteayat last tu best.hehe. sila email nama dan alamat. terima kasih :D
DeleteAlhamdulillah.. thank you kak nurdani.. memang x akan lupa la..syukur *excited
Deletesama-sama. nanti dah dapat ke, kabor le ke teman.hehe
DeleteAssalam..he3..peluang ni =) sy nak..sy nak..sy nak..sy nak sbb sy kagum la tgok hasil artwork Nurdani..kalau ada je artwork terbaru msti syum kagum je sy tgok..nk2 doodle yg berfesyen 2..sempoi la..kreatif bangat org Indon kate..dn lagi 1 sy xpnh dpt kad raya dr mana2 blogger..hu3..
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak kad raya!
ReplyDeleteSebenarnya tahun ni ingat nak pos kad raya kat kawan2 tp kekangan masa + susah dah nak jumpa kad raya di shopping mall skarang ni membuatkan hajat ini terbantut.
Sebab tahun lepas sy dapat kad raya dari sorang kawan, rasa excited sgt, jd sy harap tahun ni bole dapat kad raya dari awak pulak :)
#harap2 terpilih =)
waalaikumussalam. dulu rajin beli dekat shopping mall. lagi2 yang ada lagu2 tu kan.hehe. nanti email nama dan alamat ya. terima kasih :D
DeleteAgak2 nama saya masih terpilih lagi tak? Sebab aritu lmbat hantar emel... =(
Deletesaya mahu! haha kerana sekrg sush nk dpt kad raya org just wish pkai mcj je. ape cite nnti delete gak mcj tu klu kad raya bole simpan. sekian...=)
ReplyDeleteSaya nak kad raya sebab kad raya dani akan buat saya lebih rajin untuk belajar buat doodles! :)
ReplyDeleteMira nak kad raya design by kak dani ! Sebab kad raya kak dani comel sangat plus merah is my fave colour! And kak dani punya doodle memang always the best. Tahun nih tak dapat langsung lagi kad raya. Nak merasa jugak dapat kad raya dari jauh. hehehe. Hope dapat kad raya dari kak dani. hehehe :D
ReplyDeletetu la. tahun lepas and tahun ni akak tengok dah mula yang pos balik kad raya.hehe. email nama dan alamat. terima kasih miera :D
DeleteAlhamdulillah. Trima kasih kak dani. Akhirnya dpt jugak koleksi doodle kak dani taun nih. Ok skrung jgk mira email :)
Deletebeznya klu dapat kad raya tu..
ReplyDeletesuka usha blog ni tengok hasil doodle kak dani. comel siryes. Teringin nak tempah tp belum berkemampuan lagi. haha. Klau dapat kad raya tu pun dah seronok sangat dah ^_^
terima kasih. nanti email nama dan alamat ya :D
Deletekita tak dapat, kita gigit awak :(
ReplyDeletebetul ke nak gigit ni? em em em
Deletesaya nak kad raya drpada kak dani sebab saya suka cara kak dani buat doodle/vector dan paling best sekali mojat suka semua tutorial kak dani :D
ReplyDeletehehehe ! ni je kot :D
hope dapat
Sy dh lengkap kan..kan..nebes plak cm kena gertak suh cpt2..heheheh
ReplyDeletehahahahah. MIJ dah lama siap. jangan risau ye puan. pening nak pilih ni.huhu
Deletesalam sis dani,, :)
ReplyDeletesaye nak kad raye akak sebab tak pernah dapat or nmpak any illustration yg akak buat,,hehe
btw,,akak tak kedekut ilmu,,good job! :D
Antara upin ipin dengan dani
ReplyDeletedah tentu lah dani paling comel
ehhh mestilah nak kad raya ni
giler cute plus comel
kita nak kad raya ni sbb suka sgt artwork awak adik dani.dah try belajar tapi belum terror lagi hiksss neway thanks utk tutorial2 awak sgt berguna.alhamdulillah.bertuahnya kalau dpt kada raya adik dani ni boleh tgk lebih terperinci cara kerja nya :)
Assalammualaikum :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteteruskan praktis lukis. kita bermula dari asas. lama2 nanti akan smooth je kerja. hehe.
Deleteemail alamat dan nama ya. terima kasih Nabilah
This comment has been removed by the author.
DeleteSaya mahu kad raya dari kak Dani kerana....saya tersangat lah adore akan setiap work illustration akak! :)
ReplyDeletenak nak nakkk sangat sangat ...
ReplyDeletelukisan akak semua comeyy comeyyy .. jgn risau akak lagi comel !
sebab sekali pandang je , mesti jatuh cinta ... semua lukisan akak comel , kiut miut and unik mcm younique dani .. <3 <3 >3
isk! sob!. xdapat kad raya pun xpe.. cuma nak dapat kan kemaafan dari cik dani, kalau2 sebelum ni terkomen salah/terlebih komen ke.. tersekodeng melampau ke..(haha!) mohon maaf dipinta =) selamat hari raya~ cik D
ReplyDelete*** makan sekut, ingat2 la cikot XD. ok maaf2. gurau je.
salam sis,alhamdulillah kak lea baru je dapat petang tadi.baru je sempat publish entri khas he3..
ReplyDeleteterima kasih belanja kay ef ci
raya tahun depan nak lagi
~(^-^)~
semalam kenyang masa berbuka,
Deleteterima kasih sebab suka.
haha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak kad raya Dani sebagai pengganti diri... ibarat dani dan nani, tak kenal di mata tapi dekat di hati... Salam Aidilfitri!
ReplyDeletedani, akak da dapat da td.. maceh tau....suka sgt2 nak2 sticker tu... comellll :D
ReplyDeletesama-sama kak Dysha. seronok anak2 kak Dysha cop sticker tu.hehe
DeleteLukisan akak semuanya cantik cantik, smooth je. Dulu ada la jugak try lukis yang basic guna excell tak sampai separuh jalan dah give up :( Last last tengok cara akak lukis guna paint tool sai. Awesome, masih lagi cantik. Banyak la miza belajar daripada blog akak ni. Habis SPM nak belajar lagi lukis guna excell, insyaallah. Kak dani ada style tersendiri bila stalker entri lepas lepas akak nampak perubahan dari semasa ke semasa. Akak suka mencuba ea? Keep it up ^_^ Miza doakan kejayaan akak ni makin berkembang ke peringkat antarabangsa pula :D
ReplyDeleteSalam Ramadhan. Mudah-mudahan kita semua dapat bertemu dengan malam lailaturqadar :') Amin
aku nak kad raya. sebab buat rujukan pada masa akan datang )
ReplyDeletedapat kad raya yang photostat pun jadi la... hahaha
ReplyDeleteahahahahha sampai macam tu sekali ya
Deletesis mesti da terlambat ni. uwaaaa :(
ReplyDeletetakpe, nanti ada aktiviti macam ni lagi kak
DeleteSalam.
ReplyDeleteTumpang baca komen2 depa dani,hahaha. Seronok gak ya buat macam ni.. :)
Saya..saya..nak duit raya dari dani,hahahah
duit raya? Lana bank in dulu 100. hehehe
Deletesy pun nk duit raya.. nk yg note kaler ungu tu, hikk...
Deletesempat lagi x kalau sy nk? hehe sy nak kad raya ni sbb sy suka semua doodle cik dani. sblm ni silent reader je sbb malu nk follow.
ReplyDeleteyana nak kad raya tu sebab suka sangat warna merah tu , gabung pulak dengan baju hijau . lagipun agak rare laa hantar kad raya zaman sekarang ni . so bila dapat kad raya ni , yana nak gantung kat rumah . cantik kan ?
ReplyDeleteowhhhhh noooo I'm lateee !! btw, xpelah, sy sme mcm lana, nak duit raya, hahaha
ReplyDeletesalam aidilfitri, dani (n_n)
saya nak kad raya, tahun depan punya, haha
ReplyDeletesaya nak pleasee :( sedih huhu
ReplyDeletekita exchange nak?
ReplyDeletewww.facebook.com/sakaisangat
enam komen terbaik?? Haiiii.. Nak kena tulis surat cinta lah macam ni.. Bai dani cayaq macam lilin, baru dapat lah kot.. HahahahaXD
ReplyDeleteBtw, saya straight. jangan salah faham. HahahaXD Tetiba. Motif sangat :-P
nak duit raya....................
ReplyDeleteorang LAST komen dapat x kad raye comel tuh Dani??
ReplyDeleteU_U uuuuu.....nak kad raye gak~
comelnya kad raya! skrg ramai dh sibuk2 nk bg kad raya balik instead of wish dalam alam maya je. nice!
ReplyDelete