Tiru

Kali terakhir meniru ialah masa sekolah. Itupun sebab tak sempat nak siapkan homework dan terdesak nak jawapan bila ada ujian Sejarah.


Masa exam bebetul je tak amalkan konsep meniru berjemaah. wakaka. Cumanya part sedih bila aku form 5. Masa tu ujian Matematik. Meja aku dua dari depan sekali dan dua dari tingkap. Cikgu yang jaga ujian masa tu aku tak ingat namanya, yang penting muka dia garang. 


Tengah usaha nak jawab ujian, kawan meja sebelah hulur kertas kat aku. Kebetulan cikgu pergi tandas. Aku cepat-cepat ambik. Ku sangkakan jawapan di atas kertas, rupanya lukisan di tengah kertas. Kawan aku minta ajar cara lukis apa entah. Serius takda kaitan dengan ujian pun. Dia cuma minta cara lukis orang ke apa entah. Itu je.


Tanpa was-was aku tunjuk cara lukis atas kertas tu dan terus hulur balik kat kawan aku. Belum sempat kertas tu 'touch down' ke kawan aku, cikgu yang dari arah belakang terus rembat dengan penuh style.


Terkejut. 


Pandangan cikgu memang membuatkan aku jadi bayangan macam budak jahat masa tu. Muka suci tapi meniru. Tapi aku relax sebab aku memang tak meniru. Ramai tengok. Aish....malu. 


Tapi semua ni ketetapan Allah.



Oh aku nak berpesan,


Meniru karya orang lain dan meletakkan 'rubber stamp : Ini saya yang punya. Jangan ambil' adalah satu benda yang tidak patut dan aku di antara mereka-mereka yang dicuri lukisan kemudian digunakan tanpa segan silu. Nasib baik tak sempat nak print screen. Melepas di dunialah kamu. Takpa, Allah ada.


30 comments:

  1. isu tak pernah selesai, org tu bangga kot dapt mencuri karya org lain..

    ReplyDelete
  2. Pernah bawak nota masuk toilet masa exam! .. Wakakaka... =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia. mesti rajin ke toilet je ni. hahah

      Delete
  3. Tak pernah meniru sepanjang hidup dalam exam, tapi sebenarnya la, doktor sendiri cakap kat, "cheat all you want, just don't get caught". Kalau tengok orang Arab meniru, memang kagum.

    Tapi kuat meniru diorang pun time study diorang memang fokus betul-betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. baru tahu fasal orang Arab. pengetahuan baru ni

      Delete
  4. Meniru ini bagi saya tak challenging. Saya tak tahu kemampuan saya kalau saya meniru. Biarlah dpt markah teruk sekalipun asalkan itu yang saya dapat buat.


    Lukisan akak serius cantik ofkoslah ada pendengki yang copy sana sini artwork akak ;) itulah macam apa yang saya cakapkan, copy paste ni pun tak challenging langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. tapi cakaplah macam mana pun, tetap ada sesetengah telinga kuali, buat2 tak nampak. sooooo sad

      Delete
  5. pernah je tiru time skolah..hehe
    dpt plak exam Sejarah..pehtu dah kantoi ngn cikgu sejarah
    bile dapat result A..siap kne perli ngn cikgu yg terkantoi tu
    ha ha ha...

    p/s: nasebbb laa mmg x minat sejarah pon huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. dapa A tu.. sama la tak minat subjek tu :D

      Delete
  6. Salam.

    Mana, siapa yg buat kat dani?hahaha

    Bila berkarya dialam maya ni, macamtu la..bru ni pun, ada blogger buddies, entry pantun yg dia sndiri cipta pun kena tiru bulat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah kan Lana... sebesar2 watermark pun orang boleh padam. acano hah? heheh

      Delete
  7. Nasiihat sampai terlinga diorang bernanah pun diorang tak faham, perlu nasihat guna mesingan..mungkin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. machine gun? silakan. kasi paham itu orang. hehe

      Delete
  8. aku selalu kena tiru time exam tapi aku akan pastikan orang yg tiru aku tu takkan dpt markah yg lebih tinggi dari aku.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. lepas tu bila result, mesti kawan ko pelik asal lain markah ye dak? haha

      Delete
  9. kena copycat lagi?
    ai ai ai... sampai bila pon tak habis... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. guano nak habiskan? huhu. takpe2, kat dunia je orang tersebut lepas.

      Delete
  10. he3..kcian pulak bca entry ni..dlu time sek men..pnh la tiru kwan bt h.work..nk2 math..time exam lak xpnh bt plak..tp kt ipt pnh tulis rumus kt kalkulator..perhh..penuh dgn rumus add math, stucture dn fizik..kah3..nakal je rsa :D

    ReplyDelete
  11. meniru ni perkara biasa masa kt skolah dulu.... tolong menolong sesama kawan katanya...ahakssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. apa yang penting, kerjaaaaasama

      Delete
  12. Kat skola takut nak tiru, nnt cikgu marah, tapi kat univ tu kadang2 tu ada jugak lah..hehe

    ReplyDelete
  13. salam dani,apa khabar:)

    owhhh kak lea selalu berdebar2 tiap kali kawan ajak tiru2.tak berani wooo.belum apa2 dah berpeluh bagai he3.alah kesiannya dani.harap orang tu bacalah entri ni.tak baik aniaya orang,kan huhu...

    ReplyDelete
  14. Hai Nurdani! Salam perkenalan dari Mieza.. 1st time singgah sini.. Dapat tau pasal blog ni pun dari blog Aujinz si Lanun Ranggi.. Heheh.. Tiru meniru tu biasa zaman2 belajar dulu.. Kehkehkeh.. Tapi kalau ambil bulat2 hasil kerja orang lain lepas tu buat macam harta sendiri itu memang bikin hangin..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  15. memoriess.. prnah jugak. soalan abc, taip kt klkulator no soalan, haha.

    ReplyDelete
  16. curik, pastu letak watermark? mcm ni pun ada ke???

    ReplyDelete
  17. last meniru masa exam..tiru secara berjemaah sebab budak engineering mana lah nak masuk dgn subject membaca ni.seronok pulak! lecturer pun macam paham paham je tapi buat dunno pulak..hee..okay pasal bab meniru artwork tu,orang yang amek tu mmg takde kesedaran kot.dah amek pastu buat cop sendiri lak tu.mmg tak patut! takpe dani..orang lain kenal artwork dani. :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah