Konvokesyen


Masa teman sepupu ambil jubah hari tu di DATC UiTM Shah Alam, aku terfikir nak lukis dan jual pada harga yang murah sempena hari konvokesyen ni. Sebab esok (17/11/2013) aku akan ke sana.


Disebabkan aku cuma dapat hantar sepupu dan singgah kejap lepas tu balik, so aku jual secara online je lah. Itupun kalau ada yang nak. Tarikh akhir untuk dapatkan ialah sama dengan tarikh akhir konvokesyen IPT/IPTA anda.


Dulu ada jugak lukis macam ni tapi guna excel dan.....




....freehair. Lukisan lama.


Tahniah kepada yang dah grad dan akan grad nanti! :)


Kalau berminat nak ilustrasi graduan tanpa diubah-ubah jenis wajah dan posisi badan, boleh dapatkan dengan harga RM10 sahaja. Kalau nak laki dan perempuan, total ialah RM20. 
Normal price ialah RM20 untuk satu lukisan. Korang dah boleh save dalam RM10. Boleh bayar melalui bank in (Maybank) sahaja. Cepat sebelum terlambat.


Tapi lukisan ni ikut jubah konvokesyen UiTM dan apa yang boleh diubah ialah pada jenis jubah. Ada yang jubah untuk pelajar Master, Degree, Diploma. Nak tambah selendang pelajar Dekan pun boleh tanpa caj tambahan. Softcopy sahaja.




Macam ni untuk pelajar Master.


Kepada yang lain-lain, korang boleh la minta untuk ikut jenis jubah IPT/IPTA masing-masing. Nanti boleh la hadiahkan kepada sedara, kawan-kawan yang akan grad. Takpun untuk diri sendiri.






Sekarang tengah cari tempat untuk jualan hardcopy ilustrasi graduan ni sekitar Seksyen 7, Shah Alam takpun dekat booth di DATC. Lagipun dekat dengan rumah aku. Boleh letak kat bunga konvo macam ni kan.


Korang berminat ke tak eh? Nak jugak tahu, nak jugak survey. Kalau nak, sila email ke nurdaniub@yahoo.com. Terima kasih.


30 comments:

  1. jubah konvo uitm..huhu lawa sgt..sy x gi konvo pon, kalo x nak tempah jgk..huhu

    ReplyDelete
  2. aisehh. rindunya zaman konvo. rasa macam nak tempah.. hm.
    (buat illustrasi sendiri tak pernah2 siap dah setahun dah berlalu XD)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sampai setahun ha. nanti siapkan dah share ya

      Delete
  3. cantiknyaaa! tapi belum grad lagi .hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah grad boleh tempah cuma harga valid masa konvokesyen sahaja

      Delete
  4. Salam dani :)
    Yg shida req tu cmne? :)

    ReplyDelete
  5. trimas sebab ko pernah lukis free utk aku dulu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sama2. ramai kata ko handsome. dalam lukisan je la. kakakak

      Delete
    2. aku nak printscreen komen ni.. print pastu framekan utk tatapan generasi akan datang. haha

      Delete
  6. Replies
    1. terima kasih. tak semestinya. boleh hadiahkan kepada sesiapa atau buat koleksi

      Delete
  7. ada pernah bukak booth ke time konvo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah lagi. kalau ada booth yang nak, saya sangat2 ok. :)

      Delete
  8. nice blog & ure creatively talented too, letak this blog dlm my bloglist.. keep being younique :D

    Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you!

      kalau boleh jangan letak link biru dekat bahagian komen. hehe.

      Delete
  9. Cantik lukisan! dani try survey booth kat area DATC tu..kot ade yang nak,jual terus pada booth.Takpun tumpang jual kan..erm..print kat area seksyen 2 belakang KFC tu rasanya murah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. terfikir jugak fiza. oh seksyen 2... tahu2. thanks sebab bagitahu. akan terjah ke sana. tempat saya kurang kualiti

      Delete
  10. Alaaa.. aku tak konvo dah... kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Dek Ah p hari graduasi ke, ko beli la. hehehe

      Delete
  11. Salam.

    Boleh buat ni dani..cuma nak cari tpk/booth je ya.. taktau kenapa, duk bygkn lukisan ni diselitkan sekali dgn jambangan bunga yg org salu bgi time konvo. Letak skali dgn teddy bear kan. Oh my..cute plak,hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. ha dah letak kat bunga konvo sepupu. hahaha

      Delete
  12. Shah alam jugak ke? Sy staff uitm tau.. Jem sangat jalan time konvo ni... Sabau je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahad lepas hantar sepupu konvo sesi pagi, alhaamdulillah tak jem. saya ikut pintu pagar kat hotel UiTM tu. nak elak traffic light yang lama kat pintu belakang UiTM. hehe

      Delete
  13. wow..nice. cubala usha booth tu. skang ni orang tak kisah kuar duit untuk something yang sweet dan rare. good luck babe!

    ReplyDelete
  14. bisnes bunga konvO .. http://aleeyaflorist.wix.com/aleeyafloristconvo

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah