Melaka

Dua bulan yang lalu, aku dengan keluarga tercinta pegi holiday dua hari tiga malam di Melaka. Melaka ni antara negeri favourite sebab aku suka dia punya suasana.


Lagi-lagi kalau melibatkan bangunan macam Stadhuys (A Dutch Legacy) dan Kampung Morten yang ada banyak rumah tradisional Melaka. Orang putih kata, Malay Beautiful Village In The Heart of Town.



Ini aku tangkap gambar dekat Taman Buaya. Dulu takda replika macam ni. Lagipun aku memang suka kalau melibatkan bangunan. Suka sangat-sangat.


Ticket price:

Dewasa : RM10.00 (weekdays), 
RM15.00 (weekend/public holiday/school holiday)


Kanak-kanak : RM6.00 (weekdays, 
RM12.00 (weekend/public holiday/school holiday)


Senior Citizen (above 55 years old)  : 50% (weekdays/weekend/public holiday/school holiday)


OKU Card : RM5.00 (weekdays), 50% (weekend/public holiday/school holiday)






Baru nak lompat masuk ke dalam kawasan tu. Apakan daya, kena ikut peraturan. 




Disebabkan dah pernah ke A Famosa sebelum ni, percutian kali ni cuma pergi tempat tertentu je. Tapi Taman Buaya ni pun pernah jugak datang dulu, cuma kali ni mama dan daddy saja nak bawak cucu datang tengok pulak. Amboi mama daddy kau panggil. hahah. Padahal panggil mak ayah je.



Maaf le, gambar den tangkap ni tak lawa.Watermark pun dah maleh nak taruk. huhu. Kat sini ada 13 replika monumen sejarah Malaysia antaranya KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Keris, Litar Sepang dan lain-lain.








Ini bukan replika. Ini betul-betul punya. hehe. Asal aku keluarkan je smartphone, dia mula panjangkan kepala. 


'Samsung Galaxy Y je ke?' tegur si kura-kura.



 

Tengok buaya pulak. Dulu datang sini masa kecik, jenuhlah lompat, minta dukung sebab tak nampak. Fyi, di Taman Buaya ni ada 115 ekor buaya. 4 spesis buaya dan 1 spesis alligator.


 

Buaya tembaga.




Ngeri pulak ditenungnya macam tu. Dasar buaya.



Aku baru tahu ada Children Water Playground dalam Taman Buaya ni. Kalau tahu awal-awal, dah lama aku bawak baju lebih. Tapi kedalaman air cuma 1.5' ke 2.5' je. Nama pun Children Water Playground kan. hoh
hoh.


Banyak lagi tempat menarik dalam Taman Buaya ni, antaranya iala Mamalia house, Reptile Corner, Rumah hantu dan lain-lain.



First time aku dapat tengok burung Merak dekat-dekat macam ni. Ya Allah cantiknya ciptaan-Mu.

 

Aku punya la tunggu dia kembangkan bulu bulu cantiknya, tapi harommm nak buat.. Macam-macam usaha dah aku lakukan. Melompat, sergah dia, tapi tak berhasil.


Lepas kecewa Merak tak bagi respon, kitorang terus ke Melaka River Cruise atau Venice of The East yang diberikan nama oleh sejarawan Portugis. Nak naik bot.





Sebelum nak ke bot tu, dekat tepi ada gerai kerepek dan air milo pekat berkrim. Serius aku sarankan beli sebab sedap. Silalah rasa dulu sebab diorang akan bagi merasa kerepek kerepek tersebut. Disebabkan sedap, mak aku pun beli sepeket. Peket sebesar kertas A4. 


Bila dah ngap-ngap, rasa menyesal pulak sebab tak beli banyak-banyak. Payah nak cari sesedap tu.




Sila beratur, kesabaran anda akan diuji.


Sila beli tiket dulu di kaunter sebelum menunggu di tempat menunggu sebabnya kitorang bantai terus duduk tanpa beli tiket. Bila bot dah sampai, masa tu kelam kabut nak beli tiket. kekeke. Harga tiket : RM10.00/ RM5.00.




Bukan naik yang ini.





Tapi yang ni.





My family and I adalah antara dua keluarga terawal naik bot. Lepas je duduk depan sekali, toleh toleh belakang, tetiba penuh seat. Aku rasa macam bagus je sebab dapat duduk depan sekali. kehkeh.





Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya percikan air disimbah ke muka. Habis kena ayor sungai yang baunya alahai...hanyir. Tu le makan dia kalau nak sangat duduk depan sekali. Penumpang-penumpang belakang menunjukkan reaksi puas hati sebab tak terkono ayor hanyir sebentar tadi. Nasib....nasib...


Walaupun muka dah kena percik ayor hanyir, kekecewaan tak lah lama sebab aku sangat-sangat teruja tengok bangunan yang diconteng macam ni.

 






Kampung Mortem. Ini best sebab aku sukakan reka bentuk rumah.


Lepas puas naik bot, terus ke Pantai Klebang. Situ katanya ada coconut shake popular dijual tepi jalan tapi tak dapat jugak nak merasa sebab bersusun manusia tunggu giliran.





Bila dah sampai Pantai Klebang ni, aku tengok ramai orang main layang-layang, naik kereta kuda dan berkaki ayam sambil kibor kibor kain di tepian pantai. Tepi pantai ada gerai makan jadi perut pun dah berdendang sayang. Aku order char kuew teow dengan milo ais je, yang lain order mee goreng.



Merujuk kepada tekak aku ni, char kuew teow tak berapa menjadi. Batang hidung udang pun aku tak nampak dan terlalu 'banyak'. Ok maaf, review jujur namanya.


Sepinggan harganya RM4.00. Wo mahal. Nak banding kat Teluk Intan, ko boleh dapat empat ekor udang besor ibu jari atok aku. Sepinggan RM4.00 jugak. Tapi mee goreng kat Klebang ni boleh tahan sedap sampai tambah lagi dua pinggan. Tak sempat snap sebab terlalu sedap. kehkeh.




Berakhir percutian di Melaka. Terus balik rumah. Eh tapi sebelum balik, singgah beli makanan dulu. Cencalok tak dilupa.





Tak banyak tempat pun kitorang pergi tapi puas hati dapat jalan-jalan.



36 comments:

  1. Replies
    1. ha ah. teringin nak tengok tapi dah tak sempat. tak banyak tempat sangat berjalan2 kali ni

      Delete
  2. alahai rinduu pulak kat melaka... sobb sobb..nak sambung study kat melaka balik laa..hehhe..mengada

    ReplyDelete
  3. menarik... yg rumah2 display tu... kecik ka besaq..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik ja. lupa pulak nak kabor kat entri. kalau A Famosa tu tinggi sikit daripada saya (144cm)

      Delete
  4. dasar buaya noh... buaya obese wahkakaka~ XD

    melaka = cantik, bersih dan bersejarah :D

    ReplyDelete
  5. melaka memang best dani!coconut shake tu memang beratur lah kalau nak beli..jalan boleh jammed kalau org dok sibuk parking tepi jalan cuma nak beli coconut shake tu..Taman buaya tu fiza rasa takde ape,buaya pun dah naik bosan..tengoklah muka dorang..muka bosan..buaya yang malas je..hihihi..water taxi/cruise tu fiza tak pernah naik lagi..asal nak naik je ramai orang..nak tunggu kurang orang ntah bile lah kan..so fun kat melaka..sehari tak cukup berjalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. nak sangat rasa coconut shake Klebang ni. tak dapat jugak. huhu. hari saya pegi nasib baik tak ramai sangat walaupun musim cuti sekolah

      Delete
  6. Untunglah ko... masuk Taman Buaya tiket RM 6 je. tu pun mak bayorkan haha

    ReplyDelete
  7. Comel plak tgk buaya tu berbaring dgn kaki ke belakang...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu Melaka gak... last pergi.. zaman.. ermmm... bercinta dulu.. kakakakakaka

      Delete
    2. Cero : hahaha. den pun pertama kali tengok buaya secomel tu
      Aujinz : wah...zaman cintan cintun kat Melaka... cerita la kat blog weh. kekeke

      Delete
  8. Burung merak tu layan DSLR je baru dia berebut kembangkan bulunya tu:)
    mungkin kalau samsung y dia masih teragak-agak nak pertimbangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ppffft...... *campak smartphone

      Delete
    2. btw, dah download easy paint tool sai..terima kasih atas suggestion..

      Delete
  9. nanti thn dpn ade tmbh deer kat tmn buaya...huhu

    ReplyDelete
  10. haritu baru je pergi Melaka . Taman buaya takpi . ayah saya cakap "kat taman buaya tu ada buaya je . baik tengok kat zoo taiping" huhu .. Mini malaysia akak pernah pi dop ? best situ . tapi takut gak nak jelajah rumah-rumah dalam tu . lagi-lagi rumah sarawak . elok-2 je nak try tangga unik dia tu , tetiba abang saya tunjuk tengkorak yang ada dalam rumah tu . sereemm .. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kecik ada singgah Mini Malaysia. best jugak dapat tengok rekabentuk rumah tradisional ni kan. hehe. tapi rumah Sarawak tu tak masuk dan nasib baik baru tahu sekarang. tobat nak masuk. hehehehe

      Delete
  11. bestnya. dulu sempat naik river cruise. best duduk kat hujung, siap kena percikan air .hehheh :))

    ReplyDelete
  12. lama x berjalan ke melaka..kalau jln pon g kenduri kahwin..dulu rajin gak g bandar melaka ni.skang lama x pegi..cm best plak tgok dani

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, rasa nak pergi lagi. kali ni nak ke tempat2 menarik lain. nak photoshoot banyak2. hehe

      Delete
  13. ya, melaka mmg best. da lama x pergi...

    ReplyDelete
  14. kenapa sy tak pergi tmpt g awak pergi ni ms g melaka haritu..huhu takleh jd ni..kn p lagi ni..:D

    ReplyDelete
  15. melaka pun tempat2 best macam tu ea, huhu sy org melaka pun xsampai lagi, kalau nak pergi kandang buaya, mesti ayah cakap tak payah la, buat ape tgok buaya tengah tidooo..

    ReplyDelete
  16. Salam.

    Membuatkan ak nak pergi lagi.

    Tahun ni pergi time cuti chinese new year, nyesal, macam tragedi februari je rasa, keh3. Ramai sgt. Tak best jadinya.

    Tak sempat juga merasa masakan org melaka. Last2 makan kat kedai mamak juga time pi ritu T_T

    ReplyDelete
  17. singgah dan follow blog ni,,,
    follow back me okey!

    salam blogger

    ReplyDelete
  18. time aku gi taman buaya ari tu, waktu hari bekerja. sket je pengunjung time tuh. rasa x meriah pulak.

    ReplyDelete
  19. nanti datang lah lagi melaka hehehe.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah