Berhenti kerja

Sebenarnya aku baru je berhenti kerja sebab tempat kerja aku tu plan nak buka dekat tempat lain yang aku rasa jauh, so berhenti ialah jalan terbaik. Walaupun dah tak bekerja dan jiran-jiran mula bertanya, 


"eh tak kerja ke...?' 


menyebabkan aku yang hati kering ni start nak memberontak. Apa masalah kalau saya tak kerja? Duit bulanan kena salur kat u olls ke? Haaa gitu. Soalan terlebih ramah mesra ni memang selalu berlaku kalau ada anak orang tak bekerja. Biarkan. Sebab...aku dapat offer buat kerja full time or part time di rumah. Yeay! Masuk jugak duit apa...


Tak disangka jugak sebab sejak dua menjak sebelum nak berhenti kerja tu, ada beberapa offer masuk. Alhamdulillah ada sumber rezeki even tak kerja lagi. Mak ayah dan encik tunang pun sokong kerja dekat rumah dan untuk diri aku sendiri, aku memang suka bekerja di rumah. Ni macam perancangan nak terus bekerja kat rumah selepas kahwin la rasanya.


Di masa akan datang kalau ada kerja sebagai fashion illustrator area Shah Alam ke, mungkin aku ambil peluang tu la. Sebab suka sangat benda ni.


Selepas ni, nak kembali aktif dengan blog, nak buat tutorial lukis, nak kongsi kisah hidup sikit dan jelajah kembali ke blog korang semua. Harapnya begitu.



15 comments:

  1. Salam sis... seronok nya kerja dari rumah...
    Saya pun rasa nak berenti je sekarang tapi mcm xboleh lagi nak biarkan hubby cover expenses bulan-bulan tue..
    Sekarang tengah nak plan small bisnes, baking je.. so lepas pantang bulan april maybe nak berenti kerja..
    Jaga anak-anak sendiri dan handle baking bisnes je...

    ReplyDelete
  2. kan rimas lorh soklan2 keje ni, keje sendiri lah slalu dpt soklan cepumas ni

    ReplyDelete
  3. HAHA. sama seperti saya la kak. masa resign gomen. mcm2 hal ckp... apa pun... Allah dah arrange yang terbaik! solute lah kak!

    ni blog baru saya
    http://abrarnetwork.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. rezeki nak kahwin. hehehe... elok gak tu bekerja kat rumah.

    ReplyDelete
  5. Rezeki masing2 la kan, zaman sekarang ni spesis orang bongok je yang masih dok ingat kalau orang tu tak keluar rumah tu jawabnye, takde kerje ler... padahal banyak je job masuk dan payment pun boleh tahan masyuk steady je via online banking, clients pun bukan calang2 punya orang... haaa gitu ;3

    Yang penting kerja tu halal, tak menyalahi undang2 dan etika, dan takde kacau sesape pun, sepatutnya no hal dan takde sebab utk orang lain nak pandang rendah atau menyibuk pun. Itu yang "sepatutnya" lah, but oh well... minda masyarakat kita sekarang masih lagi jauh dari "kemajuan", still a loooong way to go, bertabahlah. Fighting! :3

    ReplyDelete
  6. Kisah kita lain setiap orang, jadi yang mana nak judge dan persoalankan keputusan kita tanpa bertanya dgn kita pokok pangkal, itu masalah mereka.
    Rezeki ada di mana-mana. Good luck :)

    ReplyDelete
  7. Selamat menempuh hidup baru. heheh..
    sama macam saya dulu memula berhenti kerja..
    Tapi bila lama2 org pun dah tak larat nak tanya lagi. kikiki..

    ReplyDelete
  8. keje kat rumah memang syiokkk! jangan pikir cakap orang . =)

    Jom jalan2 blog kite..
    http://myraanneba.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Boleh jadi fulltime blogger la lepas ni..^___^

    ReplyDelete
  10. Sabar sahaja dear.. tutupkan telinga.. insyaAllah rezeki Allah ni luas.. ada di mana-mana :)

    ReplyDelete
  11. aku pon macam ada niat nak berhenti kerja ni. nak kerja sendiri kat rumah

    ReplyDelete
  12. xpe, rezeki ada di mana2... sy pun suka keja di rumah. org igt x keja hmm sabar jela bila org brtanya..

    ReplyDelete
  13. yang penting usaha mencari rezeki yang halal :)

    ReplyDelete
  14. Mulut manusia bukan bole tapis. Dani untung ada bakat bole kerja dirumah. Akak nk benti keje kena pk byk kali. Hehe

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah