Mereka buat pipi saya kemerah-merahan

Kuala Lumpur : Berikutan gambar-gambar di entri yang telah lesap secara tiba-tiba telah menyebabkan ketidakseimbangan hormon pemilik blog Youniqe Nurdani. Akibat daripada itu beliau telah nekad untuk tidak buat entri kerana mogok dan marah dengan kejadian tidak diingini itu.

Namun, bak kata pepatah beliau sendiri, mulut cakap tak nak tapi hati kata ya telah menyebabkan beliau buat jugak entri terbaru iaitu Bila insan tersayang tiada di sisi di hari kemenangan. Lega kerana gambar di entri tersebut tidak ditelan, beliau dengan gelojohnya menyediakan lagi satu entri untuk mengucapkan ratusan, ribuan dan jutaan pound sterling terima kasih kepada bloggers yang telah memberikan satu entri khas kepadanya.


Berita melaporkan.


Heheh. Gedik lebih nak buat berita. Konon hot je kan. Agaga. Taklah..aku tak hot. Aku sangat-sangat teruja, bangga, lemah jantung, urat saraf terhenti bila dua blogger ni puji-puji i...huk huk.



Blogger Haffizy a.ka. Fiz graphic yang memang popular dengan vectornya yang tip top tu dan banyak bagi freebies comel-comel kepada orang lain, labelkan aku sebagai blogger kreatif. Teruja tau bila ada orang kata macam tu. Sebab karya aku diiktiraf. 


Blogger ni adalah sahabat aku dalam group We Love Arts di facebook. Malam tu aku offer nak lukis wajah beberapa ahli WLA.


Sila terjah ke ENTRI INI


Blogger syarafi pulak sama kreatif dengan hafizzy. Tengok la kat blog beliau. Pergh....mantap! Sangat cantik dan ada indentiti tersendiri. Beliau pun salah seorang ahli WLA. Diorang berdua ni memang sempoi habis dan best la nak ajak gaduh-gaduh. Hoho.


Di entri beliau yang khas untuk aku tu memang gugur jantung sebab tajuk pun aku rasa dah macam terlalu hebat pulak. Haha. Master of Microsoft Excel. Master tuu....rasa macam tak layak je saya fi..


Ini fi yang comel Comel kan? Er..sebenanrnya aku tak nampak pun gambar ni. Korang nampak tak? Sumpah aku cakap yang aku tak nampak. Pelik la. Abaikan kejap. Sila terjah ENTRI INI.


Ini Azhafizah
Si cantik manis dan comel ni namanya Azhafizah. Memang terkenal dengan template yang cantik-cantik. Blog beliau lagilah cantik. Cer terjah. Pink colour gitu tapi jenis yang nampak style. Doodle yang dihasilkan beliau cukup cantik tapi cik Azhafizah ni asyik cakap tak pandai buat padahal lawa gila tau. Hehe.

Di entri beliau yang INI memang aku turut kagum sebab apa yang dihuraikan olehnya buat aku rasa cukup terharu. Karya seperti diiktiraf. Hehehehehe. Beliau juga adalah salah sorang warga WLA yang dilukis aku.



Last sekali adalah cik fyfy rawk. Reaksi muka fyfy tengah merajuk kot tu. Betul eh fy? Hehe. Fyfy pun ada buat entri untuk aku. Terima kasih sangat kat korang2. Fyfy ni ahli WLA jugak. Ahli yang dalam kategori otak gila-gila macam aku jugak. Huk huk. Jom terjah ENTRI INI





p/s: sekian............warga WLA yang lain,sila tunggu next offer. bergantung pada mood aku la eh. Sekarang tengah sibuk nak siapkan blog orang, doodle dan banner.


DAN! minta maaf eh sebab ada yang bagitahu gambar terlebih besar. serius,aku tak nampak msalah tu.oh man.......aku tak tahu kenapa. dan aku tak nampak gambar syarafi dan aku tak nampak saiz diorang!!!!!!

7 comments:

  1. pipi auto pink suda..majulah excel lepas ni..mesti ramai nak belajar ngan dani..thumbs up again!

    >.<

    ReplyDelete
  2. pembetulan : fyfy liew. hahahah
    nasib dani tak tulis dalila.kalau dani tulis dalila ada kang yg kena tumbuk laju2. hahahaha

    ReplyDelete
  3. sgt2 menarik hati.. pandainya dani buat.. sgt cantik dan sempurna. teringin pun ada.. hehe wink2 (:

    ReplyDelete
  4. cmne leh terbesar tu dh laa merah..merah mak ngah tau..=p

    ReplyDelete
  5. nampak sume gambar..:) dani memang kreatif..nak kena join group WLA jugak lepas ni..

    ReplyDelete
  6. salam.. blog nurdani sgt menarik dan cantik.... yana tertarik dgn bakat dani yg sgt kreatif.. membuat doodle dgn mengunakan excel..

    ReplyDelete
  7. awak..cepat beli remaja bulan ini :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah