Rancangan Wanita Lelaki Hari Esok

Klik untuk pembesaran yang lebih jelas

Rancangan terbaru di TV69 iaitu "Wanita Lelaki Hari Esok" menjemput sepasang pengantin muda yang baru sahaja selamat dinikahkan di salah sebuah masjid Kuala Lumpur untuk memberikan pandangan tentang kahwin muda.


Pengacara yang terlibat ialah Azhafizah si gadis berbaju pink, Keri berkot hitam, Wahida Wasana Wasini dan Biqa berbaju biru. Pasangan muda yang ditemu ramah tersebut ialah Yayath dan pasangannya yang namanya dirahsiakan.


Kali ni aku berangan nak buat rancangan sendiri pulak. Koh koh. Semua pengacara tu sebenarnya kawan-kawan aku di group We Love Arts dalam facebook. Saja ja nak jadikan watak diorang ni sebagai penghias karya aku dalam karikatur. Eh best gila lah buat karikatur ni. Hasilnya lebih seronok berbanding buat doodle. Hiks. 


Ok, isu kahwin muda....dulu-dulu kalau yang kahwin muda zaman mak or datuk nenek kita ni satu perkara biasa. Ada yang baru 15 tahun dah kahwin dan macam-macam lagi peringkat umur muda. Dulu masa zaman aku sekolah, target kahwin umur 27 sebab nak bina kerjaya. Heh.


Sekarang ni aku rasa tak payah nak target sangat sebab kalau jodoh tu dah sampai, terima je. Hm...kahwin muda ni kena tengok faktor-faktor tertentu jugak. Bukan sebab nak elak maksiat je. Bab kewangan kena cukup sebab bukannya kahwin dengan anak dara orang tu dan hidup berdua je. Mesti nak anak anak dan anak kan? Kos akan bertambah di situ.


Bab agama. Ok, ini sangat penting sebab tanpa agama, habislah sesebuah rumahtangga tu. Setakat cinta je tak cukup beb. Duit banyak berkepuk-kepuk tapi didikan entah ke mana, sangat sia-sia dan hancurlah perkahwinan tu. Perasaan cinta ni mudah datang dan mudah pergi.


Bagi mereka yang berkahwin muda tu, tak menjadi masalah. Sangat-sangat bagus bila di usia muda dah mengakhiri zaman bujang. Itu sangat digalakkan. Bagi yang kahwin lewat atau masih belum jumpa jodoh tu, jangan putus asa sampai keluarkan statement "saya tak nak kahwin sampai bila-bila".


Lagipun bab jodoh dan ajal kan rahsia Allah. Kita kena usaha dan tawakal. Tak kisah la kahwin muda ke lewat ke apa, jangan merungut. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Aku harap jodoh aku cepat sampai lah sebab excited la pulak tengok kawan-kawan kahwin ni. Muahahah. okbai.


19 comments:

  1. **tengok poket..uhuk.cm banyak je pakai duit nk kawin ni..

    ReplyDelete
  2. Azhafizah dah tak sabar dah tu..hahaha XD

    ReplyDelete
  3. Nak kawin tapi.....
    Duit tak ada tapi hati ingin kawen..
    Lalalalala~~

    *EH?? Wa tak termasuk kali ni??
    Hampa-__-"

    ReplyDelete
  4. HAHAHAHAHAHA. DANI SENGAJA BAHAN BIQA BALIK! WAKAKAKA. SAKIT PERUT GELAK.

    btw,sengaja capslock. hahaha.

    p/s
    saya tak nak kahwin sampai bila-bila. hahaha

    ReplyDelete
  5. betul2...hikhik...

    haisssh...klakar la dani..yath pun terlibat same ek???hihi

    sangat berbakat la dani n semua kawan2 kat group WLA tuh...hihi..segan je yath masuk group tuh...da la x berseni n x berbakat...yg ada minat je...hehe~~~

    imaginasi x tinggi kot:)haha

    ReplyDelete
  6. kenapa status KERI tu mencetuskan nama sy??? hahaha comelnye baju sy tu...eww..nak cari calon ni *wink2

    ReplyDelete
  7. suke betul FYFY...haha ini tidak adil.............

    ReplyDelete
  8. suke betul FYFY...haha ini tidak adil.............

    ReplyDelete
  9. @merahitujambu : sangat banyak. kena ada RM20 ribu dan ke atas

    ReplyDelete
  10. @mar : tak termasuk sebab kena bagi laluan pada orang lain

    ReplyDelete
  11. @fyfy : muahahaha.dendam terbalas

    ReplyDelete
  12. @yayath : eh..semua ada bakat.kita sama2 belajar.hehe

    ReplyDelete
  13. @biqa : itu kena tanya keri.agaga

    ReplyDelete
  14. amboi keri, cepat je kau nk interview. haha. fiza tu tak sabau nau. hekhek. thanks dani. t nk join segmen dani afta settle presentation n paperwork negotiation sok! :D

    ReplyDelete
  15. bertambah koleksi karikatur dani..semakin hebat..ni mesti ade mood lebih ni..meh bg sikit :p
    thanks dani sebab menyelitkan fiza disini..hehe..suke karikatur dani tu..

    rancangan wanita lelaki hari esok macam best je..hehe..isu kawen ni..jodoh tu di tangan Allah.kita hanya mampu merancang..dah sampai jodoh..kawinlah..^__^

    ReplyDelete
  16. Dani ni klu cite bab kawen mesti idea mencurah2 je kan, haha
    Apsal ade sdikit kontrobasi (kntroversi) pada dialog jejaka macho berkot hitam tu? sila jawab...

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah