Senarai tempahan

Assalamualaikum. Di instagram dan email memang ramai nak tempah ilustrasi tapi tak dapat nak terima semua tempahan tu sebab dah full sampai Februari. Tak la banyak sangat tempahan, cuma.....sila lah tengok di bawah dulu ya. :)

click for large view

Nama dan email terpaksa disembunyikan. ngengeh.

Row warna putih tu maksudnya dah setel. Lega. Warna light grey tu pulak nak tempah tapi tak respon dekat email dan ada jugak yang booked siap-siap sebab memang serius nakkan ilustrasi (column F, row 22 dan 23)


Kalau serius, memang aku akan masukkan dalam list sebab nampak sangat memang berminat, sanggup tunggu lama dan takkan berulang kali tanya bila buka tempahan sebab aku dah umumkan bila tempahan akan dibuka :)


Lepas dapat confirmation, baru aku set kepada row warna kuning.


Aku gunakan dua akaun je. Maybank (maroon column) dan Bank Islam (green column). Aku gunakan sistem bayar dulu, baru mula kerja.


Ramai yang akan kahwin March tahun depan so kena siapkan seawal mungkin bermula sekarang sebab nak pastikan menepati permintaan bakal pengantin. Sekarang tengah siapkan ilustrasi kahwin untuk bulan November. Minggu lepas baru siap tiga ilustrasi kahwin untuk bulan Disember.


Disebabkan tu lah tak berani nak ambil banyak tempahan dalam satu-satu masa. Aku nak fokus tempahan sedia ada sebab, nak puaskan hati orang ni, bukan senang. Kalau aku jadi pengantin pun, aku nak kualiti bagus. Lepas tu proses ubah suai bukan benda mudah. Semuanya ambil masa, mood dan keadaan.


click for large view

Nombor warna merah (kanan bawah) ialah keluaran duit untuk bayar apa patut setiap bulan. Hoho. Penting sangat-sangat buat macam tu sebab boleh tahu duit keluar masuk. Setiap kali aku nak salurkan duit ke mana-mana, terus aku deduct dekat excel ni dulu. Nak elak keluaran melampau. 


Lepas dah siap semua nanti, barulah aku akan mula buka tempahan. :)


Nanti dah kahwin, aku nak buat list baru khas untuk perbelanjaan suami isteri dan anak-anak sebab cita-cita aku, nak jadi akauntan keluarga walaupun aku tak minat nombor. Kehkehkeh.



info : Insya Allah kalau ada peluang dan kesempatan nanti, sesiapa yang tempah, anda akan dapat goodie bag atau cenderahati. Yeay....nak?nak? Ini sebagai tanda menghargai anda yang sudi tempah dengan saya :)

31 comments:

  1. wahhh..sistematik..nak ikut jugaklah buat cmnie.

    ReplyDelete
  2. wahhh, good2. buat bisnes. untung sebab ramai yang nak. :)

    ReplyDelete
  3. Wah rezeki dani murah ni...semoga dimurahkan lagi rezeki dani amiin :)

    ReplyDelete
  4. awk sy da berhari2 xbole tgk awk nye new update kenapa uhh?

    ReplyDelete
  5. blh cari duit kawin ni...alhamduliah..rezeki.sy pon tgh siapkan tempahan..kurang21 duit tempahan blh byr deposit mana2 tuk wedding..XD

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah rezeki dani ka... caiyok2 bt tempahan tu.... hehehe

    ReplyDelete
  7. sangat sistematik. tak pe, lepas ni makin bertambah-tambahlah tempahan. :)

    ReplyDelete
  8. wahhh kalau sistematik cemni,baru senang nak buat keja kan dani.tak sakit kepala.

    oh haritu kita belajar tuto excel kat blog dani.sekarang dah bole main lukis2.terimakasih dani=)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. murah rezeki dani.
    takpe, selagi benda ni tgh trending, buat aje.. =)

    Good luck!

    ReplyDelete
  10. @Rara Nasiha benda tengah trending. hehe terima kasih

    ReplyDelete
  11. @merahitujambu wah..alhamdulillah untung tu. keuntungan saya dapat tu boleh lepas duit broadband dengan ptptn.haha

    ReplyDelete
  12. @the malay male boleh la bayar apa patut. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  13. Pergh! mustahil ak bleh buat cmni pnye sistematik

    ReplyDelete
  14. Wah! Siap de file..kemas betul dani ni...murah rezeki dani..nak tempah jgk..nantila..bile dani free..adore sgt lukisan dani♥

    ReplyDelete
  15. Eh..nieza de tak lam list tu..sbb aritu rase de tnye dani nak buat doodle tuk fon case..shout kat nieza yek..

    ReplyDelete
  16. bagus buat macam ni.
    tapi wan tak reti guna excel.
    heheh.

    eh, agak agak, kalo wan nak kahwin ( lambat lagi )..boleh terima tak lagi tempahan?.

    mana la tahu sibuk dengan suami dan anak anak nanti kan.

    ReplyDelete
  17. @✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ hehe tak sangka pelukis hebat nak tempah dengan dani. woot2! boleh2. tapi kena tunggu tempahan dibuka. lagipun dah ada yang booked. tengok keadaan macam mana

    ReplyDelete
  18. @✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ oh phone case tu...erm nanti dani email nieyxzha

    ReplyDelete
  19. @Syazwan Che Deraman tengok pada keadaan. tak berani nak janji. hehe

    ReplyDelete
  20. murah rezeki dani. alhamdulillah :))

    ReplyDelete
  21. @noor hazirah : alhamdulillah. boleh la lepas bayar broadband.hehe

    ReplyDelete
  22. tahniah:) banyaknya tempahan..boleh pass sikit kat saya..

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah