Hostel

Masa belajar dulu dapat kolej (bilik) untuk tiga orang. Sepatutnya bilik tu muat untuk dua orang je tapi disebabkan pelajar ramai, terpaksalah buat untuk tiga orang.


Walaupun bilik tak berapa nak luas, tapi cukup bersyukur sebab dapat bilik daripada duduk dekat rumah sewa. Senang sikit bagi aku. Tak keluar banyak duit sangat.

tidak mengikut skala

Ada dua katil double decker dan single bed. Single bed tu dah di cop kawan sebilik sebab dia datang awal. Hoh hoh. Aku orang kedua yang sampai so aku cop katil bawah. Kawan sebilik lagi sorang haruslah duduk katil atas. Huhu. Malas nak panjat-panjat ni.


Kadang-kadang aku buat kerja atas katil sebab senang nak terus tidur. Kitorang ni jenis yang kemas. Tak suka barang sepah-sepah. Itu pasal la kalau ada jiran-jiran datang bilik, semua kata kemas. Hehe. Aku ni jenis tak boleh duduk tempat yang bersepah, mesti rasa nak marah lepas tu tangan gatal nak kemas. Serabut kepala kalau bilik macam sarang tikus.

Sedangkan cadar katil tersenget sikit pun kitorang sebilik ni betulkan balik bagi kemas kalau ada kawan-kawan lain datang duduk kat katil. Tapi lepas diorang dah keluar la. Hehe. Boleh dikatakan OCD (obsessive compulsive dissorder) la kitorang ni.



Ruang belajar ni pun cuma muat untuk dua meja je sebenarnya. Kalau tengok dalam gambar tu nampak macam boleh muat lagi satu meja kan? Padahal lagi kecik ruang tapi aku malas dah nak kecikkan saiz bilik guna sketch up ni.


Ruang tengah tu kitorang buat tempat stok makanan je. Aku dapat meja belah kiri. Kawan sebilik yang datang lambat tu terpaksalah buat assignments kat lantai sebab tak selesa buat kerja atas meja memandangkan kerja kitorang ni memerlukan ruang besar. Berhelai-helai drawing nak kena belek.



Mula-mula masuk bilik, ada jugak perancangan nak ubah almari, katil tapi pihak kolej tak bagi. Boleh dikenakan denda. Ikutkan aku nak je ubah almari bagi luas lagi area belajar.



Atas meja aku tu, macam-macam jenis buku ada tapi bunga memang harus ada kat meja sebagai penghias lepas tu boleh bagi semangat nak buat kerja sebab kemas dan cantik. Hehe. Aku memang suka bunga. Tapi ada la beberapa orang ni gelak sebab aku hias meja dengan bunga-bungaan. 


Rasanya tak salah nak hias janji benda tu tak susahkan orang lain, bagi ceria bilik dan yang paling penting, aku tak letak bunga dekat meja orang lain. Heh.



Pakaian yang dah siap gosoknya malamnya sebelum kelas esok, kitorang sangkut dekat penyangkut almari. Tapi kalau hujan lebat, pakaian kitorang yang tersidai dekat ampaian, terpaksalah sidai dalam bilik dekat katil, tingkap. Semata-mata nak bagi kering. Masa tu je la bilik nampak serabut sikit.


Kalau hostel ada ruang khas berbumbung untuk sidai pakaian, lama dah sangkut situ. Ni lah namanya hidup diperantauan. Tak boleh nak demand.


Disebabkan ruang bilik yang agak sempit untuk tiga orang, baldi baju kitorang sumbat je bawah meja belajar termasuklah sabun basuh baju dengan barang mandian. Biasalah kan, mana-mana pun ada yang buat cenggitu. Kasut letak bawah katil. Kalau letak dekat depan pintu alamatnya hilang le dirembat orang yang tak berakal.


ada jugak makcik jual nasi lemak datang kat tingkap tingkat tiga. GULP!

Tingkap kolej (hostel) bukanlah guna awning window with mullions ni. Just tingkap biasa. Kalau boleh nak sangat bay window.ngehngeh. Nak cari tingkap jenis biasa dekat rumah-rumah tu dalam warehouse tapi tak jumpa pluz internet pun lembssssss gila.


Rindu gila suasana ni dengan kawan-kawan sebilik. Kitorang suka buka pintu. Lagipun mengadap bilik kawan-kawan sekelas. Jiran-jiran terdekat memang satu batch, satu kos. Buka pintu seluas-luasnya bagi senang kawan-kawan lain keluar masuk nak bincang assignment. 


Waktu makan pun buka pintu jugak. Sambil makan sambil borak dengan jiran depan. Weeee bestnya..


Kalau hari jumaat petang sampai hari ahad lagi la seronok. Awal pagi dalam pukul 8 aku duduk dekat meja belajar, buka laptop, dengar lagu dalam playlist lepas tu study. Suasana pagi memang seronok gila terutama hari Sabtu Ahad. Waktu macam tu ada jugak yang datang jual sarapan. Dari jauh aku dengar suara penjual. Ala student situ jugak. Cari duit lebih



'Assalamualaikum....Nak nasi lemaaaaakkk.....sandwich...sosej..."



Aku buka almari, rembat purse, keluarkan dua hengget lepas tu siap-siap tunggu depan pintu. Jiran-jiran lain pun dah ada depan pintu. Punya la lapor dan punyalah malas nak turun beli makanan. Nasib baik ada diorang. Huhu.


rindu gila. gila rindu.

33 comments:

  1. sama mcm sy sem lps...wlaupun bilik tu agak sempit tp best sbb sy dpt roomate yg 1 kepala ngan sy...hehe

    ReplyDelete
  2. nak masuk hostel Dani la boleh.hehe

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Memang buat lana gila jugak. Gila rindu (-_-)

    Org dulu, jgnkn nasi lemak, sndwich sosej, ad makcik dri luar dtg, jual kerepek. Pastu akak2 senior yg jual tudung, kain.

    Masa setahun kat arau plak, akk sblh jual coklat. Coklat2 yg sedap2 jual murah plak tu, beli kat tmpt asal dia la katakan,langkawi. Lana rasa, duit lana banyak habis beli cekelat ngan dia je time tu,hik3

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Memang buat lana gila jugak. Gila rindu (-_-)

    Org dulu, jgnkn nasi lemak, sndwich sosej, ad makcik dri luar dtg, jual kerepek. Pastu akak2 senior yg jual tudung, kain.

    Masa setahun kat arau plak, akk sblh jual coklat. Coklat2 yg sedap2 jual murah plak tu, beli kat tmpt asal dia la katakan,langkawi. Lana rasa, duit lana banyak habis beli cekelat ngan dia je time tu,hik3

    ReplyDelete
  5. akak lukis ne guna software apa ya..?

    ReplyDelete
  6. lain kali tukar la jgn letak bunga tapi letak pasu bunga pulak...hehe!

    ReplyDelete
  7. walaupun ruang tak besar. tapi actually, lagi ramai lagi meriahh tauu

    ReplyDelete
  8. semuanya tgl kenangan je kan.. rinduuu jugakk.. btw suke la penceritaan dgn gmbr cmni, rs mcm dkt sgt.. ohh hostel :/

    ReplyDelete
  9. bile nak merasa zaman camni lagi kan..rindu giler jugak!

    ReplyDelete
  10. hmmm.. rindunya zaman asrama.. asrama masa sekolah menengah dgn masa kolej..

    Paling best kolej la, sejibik dgn lakaran nurdani.. cuma katil single bed.. memalam layan tgk movie pasang subwoofer..

    erm.. cantiknya lakaran! serius gua jeles!

    ReplyDelete
  11. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Kita semua selalu dihadapkan pada ribuan kesempatan emas yang tersamarkan dengan baik oleh kesulitan.

    ReplyDelete
  12. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Kita semua selalu dihadapkan pada ribuan kesempatan emas yang tersamarkan dengan baik oleh kesulitan.

    ReplyDelete
  13. @^_^ tu yang best kalau dapat roomates sekepala kan.hehe. saya pun alhamdulillah dapat macam tu. senang hati

    ReplyDelete
  14. @Tinta Lana ha'ah ada makcik jual kerepek, lepas tu kalau dah nak raya ramai la dok promote kuih raya dari bilik ke bilik sekali dengan kain pasang

    ReplyDelete
  15. @Hashira Yusoff yup satu fakulti, sama kos cuma lain-lain kelas je. untuk part 6 memang diorang letak ikut kos.senang nak buat assignment rasanya

    ReplyDelete
  16. @Mar Haini Abdul Rahim rindu sangat kan..hehe. teringin nak pergi tengok kenangan lama

    ReplyDelete
  17. @Azhafizah Md Nor nanti boleh reunion mengimbau kenangan kan fiza

    ReplyDelete
  18. @azstory hahaha. betul2. malam2 tengok movie dalam laptop dengan kawan2. paling best tengok cerita hantu

    ReplyDelete
  19. cantik...
    http://nurulnamasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. pergh detail lukisan tu.buat aku imagine satu2. hehe

    ReplyDelete
  21. @محمد رازيق hehe. tak tepat sangat dengan keadaan asal tapi lebih kurang je tu

    ReplyDelete
  22. Kalaula aku ni Ada OCD jgk msti blk ak x bersepah haha...
    Makcik karipap nasi lemak tgkap 3 ..cerita lagenda plg femes kt kolej2

    ReplyDelete
  23. jeles betul dengan lukisan yang lawa ni..jeles betul..jelesnya jelesnya..

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah