Memudahkan


gambar sebagai contoh.


Dah menjadi amalan setiap kali keluar makan mana-mana, aku dengan keluarga susun pinggan and cawan lepas habis mentekedarah. Makanan yang tak habis tu, kitorang bungkus sebab tak baik membazir. Balik rumah nanti boleh simpan dalam peti dan panaskan esok hari. 


Melainkan tak sedap. Sumpah tak datang lagi. Ha gitu.


Baru-baru ni aku makan kat satu fast food. Meja memang banyak pinggan yang belum diangkat lagi. Ada yang penuh dengan bekas minuman, pinggan and cebisan tulang ayam sana sini. Makanan yang tak habis dijamah pun ada. Sayangnya....


Pekerja pulak memang sorang je mengemas masa tu. Terkejar-kejar kemas apa patut.


Kawan kepada adik aku pernah cerita, masa dia jadi waiter dulu, ada beberapa customer ni susun pinggan, kemas meja siap-siap. Waiter cuma datang angkat pinggan cawan lepas tu customer lain dah boleh terus duduk and order makan.


Memang diorang suka sangat dapat customer macam ni. Tugas jadi lebih cepat dilaksanakan. Dari situ dah boleh nampak dua benda. Satu, memudahkan pekerja dan kedua, customer lain tak tunggu lama. Itu bagi aku la.




'Ala...buat apa nak kemas. Dah itu kerja diorang. Kang takda kerja pulak'





Mesti ada yang cakap macam ni kan?




Terpulang nak kemas atau tak, tapi aku cuma mencontohi negara luar yang mengamalkan benda ni dalam kehidupan. Benda baik kita ikut, benda tak baik kita jauhkan.


Sekian. :)




29 comments:

  1. betul!!, beda baik perlu ikot, tak baik jauhi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. serba salah nak bahan typo ni. em emmm

      Delete
    2. hahaha. kang aku print screen apa kau bahan orang kang..ah ah

      Delete
  2. kita mempermudahkan orang lain, nanti Allah akan permudahkan pula kerja kita..^___^

    tpkan dengan lihat sisa mkn selepas mkn, kat situ kita dah boleh lihat budaya dan adab seseorg dirumahnya. Kerana orang melihat org lain dengan cara itu.. jd kalau mkn sepah2 lps mkn meja pulak ditinggalkan kotor mcmtu nampak tak elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya setuju. kalau dah jadi kebiasaan daripada rumah lagi, mesti akan terbawa2 kat tempat lain jugak. lagipun Allah suka orang yang bersih kan :)

      Delete
  3. Aku tak buat dekat kedai makan jer, aku buat sekali kat fast food outlet macam McD dan KFC. Angkat tray dia, buang sisa dalam tong sampah dan susun tray atas kabinet kat tepi tue.. Tak tahu laaa... dah habit kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya kau. sangatlah jarang nampak macam ni. sedangkan aku pun tak buat. aku setakat kemas, susun pinggan,buang sisa kat pinggan paling atas and lap meja je.

      aku dan orang lain patut contohi cara kau ni. seelok-eloknya :)

      Delete
  4. bagus2..kena perlu amalkan amalan murni macam ni.tak susah mana pun kan.buat macam kat rumah je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. kena bermula dari diri sendiri, lama2 nanti mana la tahu kan, ramai yang akan jadikan tabiat

      Delete
  5. Betul. Alhamdulilalh berada dikalangan orang - orang yang berprinsip "jangan buat orang susah kalau kita taknak orang susahkan kita" jadi otomatik cara hidup pun berubah.

    Kalau makan kat fast food, simpan balik tray, kemas table sendiri atau at least, letak satu tempat macam dani buat kat dalam gambar tu.

    Kalau beli makanan berbungkus, cuci dulu plastik bungkusan baru buang dalam tong sampah.

    Kalau masih ada air berbaki dalam tin minuman, tuang terlebih dahulu n dapat elakkan daripada sampah berbau busuk.

    Sampah kering asingkan dengan sampah basah supaya tak susahkan orang kutip sampah.

    Nak mula memang susah. Tapi once dah biasa, semua benda jadi mudah. Hidup lebih puas bila dapat mudahkan kerja orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan. betul jugak. asingkan apa patut bagi elak busuk. nice! :D

      Delete
  6. biasanya akan kemas sebab semak pulak tengok penuh meja. kekeke,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus2. ada sesetengah biarkan je bersepah lewah

      Delete
  7. Assalamualaikum.

    Ada tisu extra, gunakan tisu untuk lap meja tu skali dani.. ^_^

    Dari rumah, kalau dah terdidik dengan kebersihan dan kekemasan, memang pergi mana2 pun, insyaAllah kita tahu apa nak buat..

    Lana perasan, ada yang makan dalam pinggan, pun kucar kacir..nasi kemana,lauk kemana.

    #Dani..dapat dah kan emel lana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. bermula dari rumah dan diri sendiri.

      tak sempat nak check email lagi

      Delete
  8. ha3..bnda cmni sy selalu bt =) he3..teringat dri sndri pula..sy kdg2 bila hbis mkn..tgok meja berselerak je sy kmpulkn semua skali..smpai family tgur sruh kerja kt situ..aduhai..bila kita memudahkn urusan org..Allah pasti mudahkn urusan kita..inshaa'Allah, sy akan pgg kata2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha. ha ah ramai cakap suruh kerja situ je setiap kali mengemas.

      Delete
  9. Tabiat aku bila habis makan smbil nak basuh tangan kt sinki tu kadang2 terbawak sekali pinggan kononnya nak g basuh. sbb dh terbiasa buat kat rumah.

    sama jgk kalau kat pasar raya. dh ambik barang dan x jadi beli tu jgn la tinggalkan atau selitkan merata. cubala pegi letak blk tmpat asal yg ambik tu. dan pilih brg jgn sepahkan, penat org susun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kat pasaraya tu betul. selalu aku tengok sayur atas kotak buah, tin susu dekat bahagian minyak masak

      Delete
  10. hye sis dani,suka entri ni.kak lea dan husband pernah keja restoran fast food sementara tunggu result spm keluar.dari mula kawin hingga dah ada anak tiga,kitorang terbiasa kemas pinggan2 macam dani susun tu,dan rapat2kan semua gelas..supaya pekerja restoran tu senang angkat.kutip sekali tulang2 dan tisu yang bersepah2 letak dalam pinggan,bukannya susah pun,kan.tak kisahlah makan kat restoran fast food mahupun kedai makan biasa...anak2 pun dah terbiasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah makan mana2. betul betul. contohi negara luar. rakyatnya amalkan buat macam ni. orang pun akan suka. :)

      Delete
  11. buat juga mcm ni..no harm pun susunkan pinggan..orang yg after kita nak duduk pun tak geli..sekaligus bagi impression baik pd diorang. kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. cepat dapat tempat duduk, cepatlah kita dapat makan dan balik :)

      Delete
  12. sebiji mcm ibu sy..susun n kemas sepah2 kt meja..sy x buat cmtu plak..hehehe

    ReplyDelete
  13. alahai dani sama je prgai dgn adik shida hehee :D

    ReplyDelete
  14. aku susun time rajin je... tp byk yg ke arah kemalasan. hahaha...

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah