Showing posts with label Lukisan. Show all posts
Showing posts with label Lukisan. Show all posts

Sempoi


Ilustrasi Mrs Hazira dan suami yang ditempah sebagai kenangan siap dengan jayanya. Sebenarnya banyak lagi lukisan yang dah siap tapi masih belum boleh diletakkan di laman sosial sebagai hasil kerja dan 'testimoni pelanggan'.



Novel baru

Woofff.....lap peluh kat dahi yang mencurah-curah bagaikan air terjun kat Lata Kijang. Sepanjang tahun 2014 ni tak sangka pulak entri aku akan terbiar melebihi 4 minggu. Berbulan-bulan pun ada tapi still ada yang datang jenguk dan komen. Walaupun tak banyak. hehe. Terima kasih terima kasih.


Sebenarnya 2014 ni memang agak busy. Macam-macam aktiviti dibueknyo. Yela, next year sorang kawan baik since sekolah sampai ke la ni dah nak kawen. Itu pasal la geng2 kitorang ni buat aktiviti macam-macam sebelum dia bergelar isteri orang. hukhuk. Dah dia kawen nanti idok le nak ajak kuo sesuka hati. Takpa takpa kita paham.


Cite bab novel.


Ada satu cover novel ni baru je siap direka hasil gabungan ilustrasi iaitu aku dan latar belakang cover depan belakang novel oleh pereka grafik terbaik.


Tajuknya Kpop Boys lawan Band Rock daripada siri LAWAN oleh penulis Puan Ain Maisarah terbitan PTS Publications Sdn Bhd.





Ini empat jenis cover yang dibuat oleh pereka grafik. Aku cuma lukis Kpop Boys dan Band Rock sahaja termasuk bayang-bayang kumpulan. Aku tengok, ramai yang pilih cover A sebab mungkin nampak lebih sesuai dengan tajuknya.


Kepada remaja diluar sana yang minat baca novel, boleh la dapatkan nanti. Kalau dah siap cetak ke nanti, better korang beli melalui Blinkbook.com sebab setiap novelnya beserta tandatangan Puan Ain Maisarah dan Encik Haziq Ridzuan. :)


Terima kasih sudi baca :)


Hanbok


Ini adalah tempahan kedua paling mencabar selepas lukisan untuk cover novel yang aku pernah buat sebelum ni. Tempahan daripada Miss Farhana Robert ni sememangnya bagi satu skill baru iaitu fokus dan zoom in and out. heee..


Berbekalkan beberapa gambar contoh, senanglah untuk aku laksanakan. Terima kasih kerana memudahkan kerja saya. hehe.


Sekian...terima kasih sudi baca entri super ringkas ni.


RM2.50 je

Apesal entah makin hari makin malas nak update blog ni. Kalau dulu bukan main laju je menaip. Hah mungkin sebab terlalu fokus kat instagram kot. Tahun ni alhamdulillah rezeki lebih agaknya, customer ramai tempah lagi-lagi untuk perkahwinan, so fokus tu dah terletak pada lukisan je. Idea nak hasilkan karya menarik kat sini pun jadi blur. Eh menarik ke? ahah


Ni ha nak story pasal printed material. Aku ni kan boleh tahan rajin nak buat bookmark tapi tak la berapa rajin. Busy wo. Em disebabkan agak banyak la permintaan untuk pembelian bookmark untuk lukisan yang diorang tempah ni kan, makanya aku decide untuk terima tempahan print lukisan diorang/korang dalam saiz 4R.


Korang tempah lukisan fesyen, ootd (outfit of the day) atau perkahwinan atau lain-lain ikut harga yang dah ditetapkan dan darab dengan jumlah lukisan.


Contoh:
Lukisan (softcopy) : RM25.00 x 1 orang = RM25
Print (hardcopy) : RM2.50/sekeping x 4 keping (minimum 4 keping ke atas)
Pos ekspress : RM3.50

Total : RM38.50
Selepas diskaun : RM38 sahaja



Harcopy-nya macam gambar dibawah ni, tempahan daripada pembeli bookmarks raya dan dapat lukisan percuma so dia nak order dalam bentuk hardcopy.



Lukisan pun nak 'photoshoot' jugak kan. Tempat : Shah Alam. Heeee


Siapa yang nak macam ni kenalah order lukisan anda dulu. Kira eksklusif la sebab lukisan ikut muka and pakaian uolls je. Jualan macam ni takda jenis lukisan readymade. Harap maklum semua.




Akhirnya ber-update jugak. Terima kasih sudi jenguk lagi blog ni. heeee


Jualan penanda buku raya

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog ni. Awatlah dah tak seaktif dulu. Oh ye la...ni semua salah broadband sebab baru berapa hari online tetiba dah slow. Copat bonar. Tu yang tak dapat nak ke blog korang. Nak taip ni pun alahai lemah lutut. Loading selaju siput. Nak je hempuk dengan steering lock. Eh...


Ni sebenarnya nak bagitahu, semalam dah bermula jualan 3D bookmark raya (jenis timbul) yang dijual dekat Butik Nurul Wonder Wardrobe. Jualan ni limited edition je jadi cepat-cepatlah ke butik NWW sebab hanya akan berada di kaunter sampai raya ni je.


Lepas pilih and bayar baju-baju kat NWW tu boleh la sambil-sambil jenguk bookmarks kat kaunter. Ringankan tangan beli dua tiga bookmark ke kan. hehehe



paper art card + matt lam | by nurdaniub | 4 designs | only at Nurul Wonder Wardrobe | 3D/ emboss.


Kalau ada permintaan luar Selangor, teringin jugak nak buat jualan ni jadi korang yang jauh dari Shah Alam boleh la turut dapatkan bookmark ni kan. Ada? hehe.


Kepada yang dah beli tu, sila-sila la tag ya.


Tu je nak menaip hari ni. Jalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin dan raya nanti poslaju la kuih raya fresh fresh dari oven ya. Lagi afdal bank in duit raya.




Nurul Wonder Wardrobe | nurdaniub.blogspot.com

A-1-3 & A-1-4 Alam Avenue, 
 Jalan Serai Wangi, 
Seksyen 16, Shah Alam , 
Selangor.


Ezan dah kahwin..


Tahniah Ezan eh Puan Ezan (poppetedma.blogspot.com) sebab dah selamat jadi isteri kepada Encik Nazrol baru-baru ni. Agak kesal sebab Ezan potong aku dulu. ngaaaa.. tak boleh jadi ni.

Lukisan tu ditempahnya untuk dijadikan bunting perkahwinan dan Ezan request nak berpakaian pengantin sambil posing atas vespa. Oh ha ah, tapi untuk bunting tu  Ezan letak yang baju pengantin warna biru. Kiranya dua design la.

Ezan just bagi gambaran dan contoh je jadi pandai-pandailah aku bayangkan macam mana. Korang yang lebih kurang macam ni tapi takda contoh, bolehlah google untuk aku jadikan gambaran..begitulah ceritanya.

Kepada pengantin baru ni, maaf tak dapat hadir hari perkahwinanmu sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sebenarnya nak bagitahu ni Zan, awok nampak cantik comel sangat dalam busana perkahwinan tu lagi baju sanding. Mana tempah? hehehe.


Tahniah tahniah tahniah! Semoga bahagia!


Amalan Tok di awal pagi

Assalamualaikum. Ni nak cerita pasal tok aku yang dah berusia 70 tahun tapi badan maintain sihat dan bertenaga. Apa rahsia? Jom le baca....






sekadar ilustrasi


Tepat jam 4.30 pagi jam berbunyi. Tok bangun...



sekadar ilustrasi


Tok usap rambut dan muka sambil baca doa bangun tidur, ucap alhamdulilah dan berselawat..


 اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.
 
Maksudnya :  Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami kembali.





Sebelum bersugi, tok akan minum segelas air masak. Ini pun aku selalu amalkan sebab badan kita dah kehilangan banyak mineral masa kita tidur.





Lepas tu tok akan mandi dan bersugi. Aku kalau pagi-pagi macam tu memang mandi tak vroom vroom la. Sejukkkk....lagi-lagi air kolah/telaga.



Tahukah korang kelebihan mandi sebelum Subuh?

- boleh mengurangkan gelap bawah mata ( eei....aku la tu)
- melembutkan kulit
- melancarkan peredaran darah
- mengurangkan tekanan
- mengurangkan resdung


dan banyak lagi.





Solat Subuh.. segar badan.




Lepas solat, mengaji Al Quran...cerah mata dan hati..



Ha itulah perkara yang diamalkan oleh tok aku ni. Sebab tu lah badan dia sihat. Kalah aku weh. Kekadang lutut aku tetibe longgar. Badan lenguh-lenguh. Apa ni cik dani...tok hang yang umoq 70 tahun pun lagi sihat daripada hang yang baru nak masuk 18 ni. 


Eh 26. kihkihkih.


Ramai dikalangan kita ni sukar nak bangun pagi sebab mengantuk ya amat. Banyak kelebihan mandi sebelum Subuh dan ini juga antara amalan Rasulullah S.A.W jadi memang patutlah diamalkan bermula sekarang! Badan kita ni kan amanah daripada Allah. Tu la kena jaga elok-elok.




Terima kasih baca...semoga kita dapat amalkan bersama..


Bawal selendang

Sekarang ni ramai dah orang yang gayakan tudung bawal macam-macam cara. Paling kreatif yang jadikan bawal ala-ala Fareeda tapi ada jugak la aku try, asyik gagal je. kekeke. Malas nak pin lapis gamaknya tapi memang cantik la gaya tu. Lagipun aku lagi suka gaya macam apa yang aku nak share ni.


Tak tahulah ada orang dah kongsikan ke tak sebab serius aku tak tahu. Ni pun kawan aku, Sha yang ajarkan cara transform bawal jadi selendang. Sangatlah simple sebab tu aku suka. Paling penting cover apa patut la. Aku share dalam bentuk lukisan je pasal malu le nak letak muka sendiri. mihmihmih.


Aku suka bawal bidang 50 sebab lebih besar. Bidang 45 pun ok cuma lebih besar tudungnya, lebih baik. Kadang-kadang aku beli je bawal macam ni dekat pasar. RM5 je pun tapi kualiti ok. Garis-garis kat bawal tu konon-konon kesan lipatan la. heheh.




Ok, korang yang wanita ni sila lipat dua tudung bawal korang ya. Kang tak mention jantina apa, ada pulak lelaki komen dia tak pakai tudung. cc Keri. kehkeh.




Lepas tu pastikan antara kiri atau kanan lebih pendek dari yang lagi satu ya. Macam dalam lukisan tu. Aku suka bahagian pendek tu separas dengan atas chest atau bawah leher sebab belah lagi satu tu nak dipin ke atas kepala.


Bahagian pendek tu aku biarkan je macam tu sebab nak tarik yang tudung panjang ke atas. Kira tak nak pin banyak sangat la.






Macam ni. So bahagian belakang tu masih dapat cover apa patut. Itu sebab la lebih besar tudung, lebih baik. Pastikan baju tak jarang.






Dan jadilah macam ni. Adjust apa patut untuk cover apa patut. Tudung yang bahagian pendek tadi tu silalah pinkan bersama bahagian yang ditarik ke atas kepala untuk cover leher dan belakang. Lupa pulak nak lukis pin kat bahu kiri kartun.






Adjust kelabuhan tudung dan siap! Bawal jadi selendang. Inilah gaya yang aku suka sangat sekarang sebab berlambak kot tudung bawal zaman belajar dulu. Tak dipakai sekian lama sebab kerap rembat syria je. Bila pakai bawal ni automatik nampak muda belia. Er...bagi aku la. Hehe. Janji menutup.


Terima kasih Sha Emirates sebab ajar aku hari tu. Tak tahulah benda ni dah lama orang gayakan, tapi tetap aku rasa nak berterima kasih. Takdalah tudung bawal dalam almari tu terbiar macam tu je.




Terima kasih baca! :)


Lukisan pemenang GA Wan Syahirah

Dulu aku ni aktif sangat update entri. Kira banyak la jugak idea datang. Ada yang semenggah dan sebaliknya. kehkeh. Sekarang ni rasa lain sikit arrr. Pasal apa....internet tak ubah macam Sloth sebab tu lah nak update fasal lukisan pemenang ni pun kemain loading. hukhuk.


Hari tu aku jadi salah seorang yang sponsor hadiah kepada pemenang GA daripada Wan Syahirah. Aku cuma sediakan satu lukisan kepada seorang pemenang je. Nak sediakan banyak-banyak nanti takut lama nak siap jadi aku buat mana mampu dan mana sempat le.


Bila Wan dah umumkan pemenang dan pemenang contact aku, cepat-cepatlah aku usaha siapkan dan bawah ni lah hasilnya.



Alhamdulillah pemenang bertuah ni iaitu Puan Zara sabar menanti lukisannya. hehehe. Terima kasih dan tahniah! Lega dan puas hati.






info : kalau ada sesiapa berminat nak sponsor hadiah untuk GA saya, 
sila email ke nurdaniub@yahoo.com 
as soon as possible ya.
Maklumat lanjut dan syarat, melalui email. 
Terima kasih.


Kulit depan novel

Rasa macam lama je tak menaip entri ni. Rasa macam dah tak tahu nak taip apa. Dah berapa kali aku buka tutup blog ni sebab tak tahu nak buat entri pe benda.


Rancangnya nak buat tutorial melukis guna MS Excel dan cara 'makeup' guna Paint Tool Sai tapi tak sempat sebab nak kena print screen banyak. hohoh.


Apa yang buat aku tak sempat ni sebabnya baru-baru ni aku ada terima job lukis ilustrasi untuk dua cover novel daripada penulis novel remaja nombor 1 Malaysia iaitu Ain Maisarah dan Izanor Sharif. Terkejut dan gembira sebab dapat peluang ni.


The cover of the novel tu is the first thing people will see kan. 'Don't judge a book by its cover, but readers certainly will'. Jadi ianya satu cabaran. Cabaran yang aku suka. Masa ni la nak challenge diri sendiri.


Walaupun cuma kena sediakan ilustrasi (model) tapi itu tetap mencabar sebab aku kena ikut permintaan client dan deadline yang diberikan. hehe tapi best la. Pengalaman.


Alhamdulillah ilustrasi pertama sekarang ni tengah tunggu dicetak dan akan mula dijual di kedai Blink dan juga kedai buku seluruh Malaysia.


Novel kedua merupakan kisah dongeng jadi tajuknya pun ada ciri-ciri cerita dongeng la   ye sedara sedari, iaitu Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib. Macam best je kan. Aku sendiri pun nak tahu kisah ni.


Novel ni masih dalam proses tertentu so aku pun tak tahu lagi hasil keseluruhan cover macam mana sebab aku cuma buat ilustrasi puteri tu. hehe.


Kepada yang dah tahu macam mana rupa kulit muka depan novel pertama iaitu Aku Mahu Jadi Hijabistar : Hijab dan Star Tidak Mungkin Bersatu (sub blurb), boleh la korang dapatkannya nanti ya.


Blurb ni maksudnya short description of the book. Kena baca dulu barulah faham ceritanya.




Novel kedua pulak dah diberikan teaser kat facebook. Kak Ain Maisarah ada upload teaser novel kedua tu di facebook.


Tak sangka pulak ada rakan blogger (Zakie dan Ayie) dan pembaca yang teka lukisan tu aku ke yang buat. Pandai betoi meneka. Hehe.



Ni yang tetiba nak rasa terharu ni. Bukan aku yang like komen-komen tu. Korang boleh tengok di fanpage kak Ain Maisarah.


Kepada peminat novel, korang boleh la dapatkan novel-novel ini di PWTC yang bermula pada 24 April 2014 hingga 4 MEI 2014. sebab ada pesta buku! Yeay! Aku harap dapatlah pergi nanti. Kot kot ada yang nak minta autograph ke. bahahah. Amboi.





Doa untuk MH370



Allah Maha Mengetahui..

Semoga MH370 berjaya ditemui. Doa dan harapan untuk MH370.


Wedding illustration

Tahniah kepada Puan Nur Atikah dan Encik Fakarul Radzi yang dah pun bernikah 31 Januari 2014 yang lalu. Suka pulak wedding dress ni sebab tak sarat dan sangat cantik terutama lace tu. Kepada Puan Atikah dan suami, semoga perkahwinan bahagia hingga ke syurga. Tahniah tahniah tahniah!


Lukisan ni ditempah untuk dijadikan kenangan dan alhamdulillah dengan izin Allah dapat siapkan. Wedding illustration macam ni boleh dijadikan wedding gift for family and friends takpun dijadikan kenangan untuk diri sendiri.  


Puan Atikah adalah antara customer yang sanggup tunggu lama. Serius rasa terharu tapi timbul jugak rasa bersalah sebab agak lama dalam list menunggu. 


Ada sesetengah customer yang mana bayarannya pending, ada yang masih tak respon, kadang-kadang aku ada kerja kat luar dengan projek-projek mega tertentu so kena hold kejap. Lepas tu macam-macam lagi hal tapi aku cuba jugak buat sikit demi sikit. Dalam 50% siap lukisan, aku akan email draft untuk pemerhatian customer so diorang akan tahu progress lukisan, seterusnya faham situasi aku. Harapnya begitu.


Customer dah bayar so kena buat elok-elok. Kalau betul-betul tak sempat gila babeng lepas tu customer pun dah tak nak menunggu, barulah aku refund. Aku alu-alukan customer yang boleh tunggu je sebab kerja ni bukan full time. teheeee...





Khusus kepada bakal pengantin sahaja;

Sesiapa nak lukisan macam tu simply mention, 

'Subejct : Wedding Illustration atau Tempah lukisan perkahwinan atau Order (wedding)' 
when ordering.


Senaraikan :
-tujuan tempahan (untuk kad, bunting, welcome board etc)
-tarikh akhir nak lukisan, 
-gambar atau,
-ciri-ciri.

Kemudian tunggu respon dari saya :p

3 bulan sebelum tarikh yang diminta adalah sangat-sangat digalakkan.


Mom to be


Pertama sekali, tahniah kepada rakan blogger, MerahItuJambu yang dah pregnant! Weee seronoknya tengok rakan-rakan blogger yang dah jadi isteri, ibu macam Yuyu Zulaikha, Kak Nieyxzha and ramai lagi. Tumpang gembira.


Pasangan dalam gambar tu ialah Athirah (MerahItuJambu). Mesti ramai kenal punya wanita yang lukis doodle comel-comel ni kan. Kepada Athirah, semoga sihat dan dipermudahkan urusan. Jaga kandungan baik-baik. Tak sabar pulak nak tunggu Athirah bersalin nanti. MIJ junior. hehe.


Ada sesetengah rajin bertanya,

bila nak kerja?
bila nak kahwin?
bila nak ada anak?
bila nak dapat cucu?
bila nak dapat cicit piot blablablabla?



kita merancang, Allah yang tentukan. janganlah asyik bertanya. Ramah mesra tu salah, tapi kalau soalan mengundang duka, nanti sakit hati orang yang ditanya tu walaupun terpaksa jawab jugak demi nak jaga hati. Penyoal pun kena tahu menjaga hati orang lain kan kan? Doakan semoga dimurahkan rezeki. ok? :)


The Journey of Jah and Pah

 






Aku saja je create cerita fasal ni di instagram sebab nak melepaskan tension dijiwa. Aku gunakan Picsart lepas tu install Cliparts. Picsart ni memang jadi kegemaran aku untuk upload gambar dalam instagram. Selain tu, aku edit gambar untuk insert cliparts comel-comel dan antara yang jadi kegemaran aku ialah Cartoon Animal macam watak Jah dan Pah tu. 


kikiki nama macam tak komersial je. Tibai tibai tibai.


Kisah suka-suka ni fasal Jah iaitu gajah dan Pah si zirafah yang mana haiwan dua ekor ni adalah sahabat baik. Kedua-duanya merantau tanpa arah tujuan lepas tu asyik blur. 


Setiap perjalanan dua ekor ni akan ada halangan macam kedatangan monster dan haiwan liar. Macam-macam jenis bantuan datang untuk membantu Jah dan Pah yang blur, sopan dan cute ni. 


hahahaha!! Aku dapat agak jalan cerita kisah entah apa-apa ni tak menarik pun. Tu lah namanya nak lepas tension. Jadi, kepada pengikut insta den, bertabahlah bila #TheJourneyofJahAndPah ni lalu dalam instagram anda.



Every drop of water is precious


Bukan sebab sekarang ni musim panas dan hujan tak turun-turun baru kita nak berjimat dalam penggunaan air. Tak kira lah semasa ambil wuduk, basuh muka, mandi, basuh pinggan dan lain-lain yang melibatkan air. Membazir tu amalan syaitan.


Air kan sumber penting dalam kehidupan seharian. Kalau takda air memang boleh mengamuk jugak kalau nak dibandingkan takda elektrik. 


Cuba tengok keadaan saudara kita kat luar sana yang hidupnya takda sumber air yang bersih. Diorang minum air yang tercemar untuk teruskan kehidupan sedangkan kita kat sini buat pembaziran air setiap hari. Sebanyak 1.6 juta kematian disebabkan minum air yang kotor ni.


Bila dah takda air, adakah masa tu baru kita nak berjimat cermat?





Save water.
Use it wisely.
Anda mampu mengubahnya.
 

Mop



Er...aku takdalah buat kat rumah tapi ada jugak niat nak buat macam tu. kekeke.


Sekarang ni ramai pakai monopod untuk aktiviti tangkap gambar tak kiralah untuk selfie ke apa. Selalu aku dengar fasal tripod yang selalu digunakan untuk tujuan fotografi.


Tripod ni untuk support camera (etc etc) dan dia ada tiga kaki tri (3) sebab tu dipanggil tripod manakala monopod pulak cuma ada satu kaki digunakan untuk support smartphone korang.


Kalau guna monopod ni, kita sebagai pengguna kena la pegang sendiri dan yang bestnya dapat view yang lebih besar dan cantik. Macam ada orang lain tolong tangkapkan gambar kita. Ini apa yang aku tahu je. Lebih detail, kena rujuk tempat dan orang sepatutnya.


Aku ni segan nak minta member tangkapkan gambar sebab bimbang tak menepati piawaian. Mula la nak buat muka tak puas hati nanti. Tak mau tak mau tak mau. Jadi dengan adanya monopod ni, senanglah memuaskan hati sendiri. Takda nak menyusahkan member tangkap itu tangkap ini.


Nak berselfie pun rasa macam lebih syok. hohoh. Kalau jenis suka travel atau buat aktiviti lasak ke apa, ha memang ngam lah benda ni.




Beriya cerita,
Padahal beli pun tak.
kehkehkeh.



Wak Doyok

Wak Doyok | Fashion Illustration | Paint Tool Sai | Artwork 2014


Aku tak tahu la ada rupa Wak Doyok ke idak. harap ada la. Kepada yang tak kenal, cer google.


Sebenarnya lagi beberapa minggu aku genap 18 tahun. Ha masa ni la dan dan nak mengaku umur muda belia. kekeke. Harijadi aku sama dengan Shea Rasol dan selang sehari je dengan Azhafizah. Kalau ada sesiapa nak pos hadiah, email la ya. Nanti den kabor alamat. Saja bagitahu awal-awal, senang korang prepare apa patut. Bagi la baju dari Jovian ke, smartphone ke.


Amboi melampau. Sah-sah la takda yang bagi kan? hahahaha. Bajet je kau kan daneyyyy. Ok serius gurau. Lupakan.


Azhafizah ada buat GA Birthday. Kepada yang nak dapatkan hadiah best antaranya header blog yang awesome dari beliau, cepat-cepat klik link ini.


Untuk GA aku pulak, er er....kalau jadi buat, nanti-nanti la aku update entri lain. 


Fatin Liyana

Ilustrasi Fatin Liyana


Ha besar gedabak aku taruk lukisan. Baru rasa puas hati nengoknya ha. hehe. Dulu masa aktif sangat dengan MS Excel aku ada la cuba lukis vector beliau tapi memang tak menjadi pun. Tak la kata lukisan kat atas ni menjadi, at least lukisan ni lebih ok daripada yang dulu.


Dalam banyak-banyak gaya fesyen beliau, aku pilih gaya ni sebab ada kelainan sikit. Sempoi. Ini ilustrasi muka kartun iras-iras so tak la sebijik. Kira ni boleh dikatakan style aku la. hehehe.


Ok ada masalah baru untuk tahun 2014. Keyboard buat hal. Nombor 2 dan 4 dan juga huruf w,s,g,x dan h tak boleh nak tekan. terpaksa la taip guna keyboard kat skrin. hoho. nak kena tukar ke Mac rasanya ni. kopak.
 
 

 
siapa kata desktop orang pempuan serabut? ni bukti. heheh :D



Zali & Azah



Dah lama dah sebenarnya lukisan ni disimpan sebab Muhammad ghazali order lebih awal, siap pun awal. Tunggu masa nak publish je. Kata Zali, lukisan ni nak guna untuk bunting dan lain-lain. Aku pun belum dapat lagi gambar dari beliau sebab katanya busy. ok ok takpa, bila-bila boleh je email pada saya. hehe.


Jemputan ke kenduri kahwin Zali Azah 28hb Disember 2013 yang lepas aku tak dapat datang. Kalau tak, memang selfie banyak-banyak dekat bunting tu. hehehe. Sorry sangat Zali dan Azah. Terima kasih jemput saya dan keluarga.


Cantik sangat kad kahwin ni. tapi pic den tak berkualiti sebab smarphone tak cukup canggih gamaknya.


Ok cerita bab lukisan, Zali email banyak gambar sebagai rujukan aku. Memang membantu. Zali minta satu pegang fan, satu lagi Azah pegang bunga macam kat bawah.



Tudung mesti labuh sebab ada satu draft ni aku buat selendang yang tak cukup labuh. Nasib baik beliau kabor ke den. Den tukau cepat-cepat jenis tudung. Jadi tuan puan sekalian, tegurlah saya andainya ada terlepas pandang mana-mana atau tak menepati piawaian. 


Ada jugak lukisan yang mana muka Azah hanya senyum dan Zali nampak gigi. Draft tu semua dibuat sebab pengantin nak pilih mana yang paling ok. Kalau aku jadi customer pun, aku nak yang the best tapi serius bukan senang nak bagi orang puas hati kan? Dalam dunia ni takda yang sempurna :)


Tahniah sekali lagi kepada Zali & Azah. Semoga perkahwinan bahagia hingga ke syurga.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah