Showing posts with label MS Excel. Show all posts
Showing posts with label MS Excel. Show all posts

Doa untuk MH370



Allah Maha Mengetahui..

Semoga MH370 berjaya ditemui. Doa dan harapan untuk MH370.


Every drop of water is precious


Bukan sebab sekarang ni musim panas dan hujan tak turun-turun baru kita nak berjimat dalam penggunaan air. Tak kira lah semasa ambil wuduk, basuh muka, mandi, basuh pinggan dan lain-lain yang melibatkan air. Membazir tu amalan syaitan.


Air kan sumber penting dalam kehidupan seharian. Kalau takda air memang boleh mengamuk jugak kalau nak dibandingkan takda elektrik. 


Cuba tengok keadaan saudara kita kat luar sana yang hidupnya takda sumber air yang bersih. Diorang minum air yang tercemar untuk teruskan kehidupan sedangkan kita kat sini buat pembaziran air setiap hari. Sebanyak 1.6 juta kematian disebabkan minum air yang kotor ni.


Bila dah takda air, adakah masa tu baru kita nak berjimat cermat?





Save water.
Use it wisely.
Anda mampu mengubahnya.
 

Mop



Er...aku takdalah buat kat rumah tapi ada jugak niat nak buat macam tu. kekeke.


Sekarang ni ramai pakai monopod untuk aktiviti tangkap gambar tak kiralah untuk selfie ke apa. Selalu aku dengar fasal tripod yang selalu digunakan untuk tujuan fotografi.


Tripod ni untuk support camera (etc etc) dan dia ada tiga kaki tri (3) sebab tu dipanggil tripod manakala monopod pulak cuma ada satu kaki digunakan untuk support smartphone korang.


Kalau guna monopod ni, kita sebagai pengguna kena la pegang sendiri dan yang bestnya dapat view yang lebih besar dan cantik. Macam ada orang lain tolong tangkapkan gambar kita. Ini apa yang aku tahu je. Lebih detail, kena rujuk tempat dan orang sepatutnya.


Aku ni segan nak minta member tangkapkan gambar sebab bimbang tak menepati piawaian. Mula la nak buat muka tak puas hati nanti. Tak mau tak mau tak mau. Jadi dengan adanya monopod ni, senanglah memuaskan hati sendiri. Takda nak menyusahkan member tangkap itu tangkap ini.


Nak berselfie pun rasa macam lebih syok. hohoh. Kalau jenis suka travel atau buat aktiviti lasak ke apa, ha memang ngam lah benda ni.




Beriya cerita,
Padahal beli pun tak.
kehkehkeh.



Superhero - MS Excel


Dulu aku suka sangat tengok Superman ni walaupun sentiasa tergelak besar sebab dia pakai spender kat luar. Part paling aku suka bila Dean Cain (nama watak Superman yang pernah jadi host Ripleys Believe Or Not) tukar baju dalam public phone. Cool gila aku rasa masa tu. Zaap! Zaap zaap! Bertukar!


Dalam Man of Steel, wataknya dah lebih beradap sopan. Dia tak tayang spender dah.


Shapes yang digunakan untuk melukis:
Oval
Rectangle
Rounded Rectangle
Regular Pentagon
Right triangle

Moon
Freeform
Flowchat : Delay
Flowchart : off page connector
Trapezoid


MS Excel 2007



Dalam cerita Batman pulak, aku cukup suka costume dengan keretanya sampaikan aku p beli kereta mainan Batman. Entah kemana la kereta mainan aku tu..huhu.


Shapes:
Oval
Rectangle
Rounded Rectangle
Regular Pentagon
Right triangle
Moon
Freeform
Flowchart : Delay
Flowchart : off page connector
Trapezoid
Diamond


MS Excel 2007


Apa yang aku suka pasal spiderman ni, costume-nya. Merah makngah. Cite omputih memang karut tapi jalan ceritanya tu seronok.


Masa kecik dulu, pernah jugak jadi sewel suruh labah-labah gigit aku janji dapat jadi macam spiderman. Jadi boleh la keluarkan kuasa sarang labah-labah lalu terbang dengan girang. Pengaruh tv betul.


Shapes:
Oval
Rectangle
Rounded Rectangle
Regular Pentagon
Right triangle
Moon
Freeform
Flowchart : Delay
Flowchart : off page connector
Trapezoid
Diamond


MS Excel 2007



Dalam banyak-banyak kartun superhero Malaysia ni, aku suka Kluangman. Bukan sebab dia orang Kluang, tapi sebab dia punya watak kelakar dan boleh buat aku gelak. Kuat jugak aku melayan kartun ni dulu dulu. Ni kira versi badan tough. kekeke.


Shapes:
Oval
Rectangle
Rounded Rectangle
Regular Pentagon
Right triangle
Moon
Freeform
Flowchart : Delay
Flowchart : off page connector
Trapezoid
Diamond


MS Excel 2007

Kepada beginner yang nak melukis, you can just draw it in MS Excel with only few clicks of your mouse dan boleh hasilkan lukisan yang cantik-cantik. Macam lukisan superhero kat atas bukan teknik menekap tapi teknik imaginasi dan olahan ikut apa kita suka. Aku gunakan sepenuhnya shape yang ada so tak perlu susah lukis bentuk sendiri.


Ha untuk lukisan spiderman tu, kena bertabah bila buat garisan kat costume-nya tu. Dalam 2 hari jugak mentabahkan diri. Nak hasil yang memuaskan hati, kena le sabar dan sungguh-sungguh. Tak gitu?


How to improve drawing? Kena rajin buat dan mencuba sebab dulu pun aku tak pandai nak buat. Lama-lama akan jadi kebiasaan. Kalau korang cuba, mungkin hasilnya lebih kemas daripada apa aku buat. Janji cuba ya. :)




update : ada yang bertanya tutorial nak lukis benda ni, jadi aku sediakan satu tutorial dengan harapan, you ollssss boleh nampak asasnya.







Draw -  MS Excel 2007 | Superhero | December 2013 | nurdaniub copyright


Atok kawasan














 







Lukisan kali ni banyak jugak guna Curve (tool). Bentuk ready made shapes cuma pada bentuk wajah, telinga, rambut kerinting dan mata. Lukisan isi masa terluang je ni. Taklah hebat pun. hahah. Korang cuba la ya.


Oh tahukah anda, banyak benda kita boleh lukis guna excel? Antara nak tak nak je. Ada yang kata senang, ada yang kata susah. Lain orang lain penerimaannya. Benda kalau kita rasa mudah, mudahlah kerjanya dan sebaliknya.


Ha korang, nak tanya sikit. Tutorial apa yang korang nak aku share dalam blog ni? Boleh bagitahu di bahagian komen. Terima kasih!


Hubungi saya di sini


Assalamualaikum dan hai.


Dah lama sebenarnya nak tukar nama email baru with a better username, lebih formal and make it easier for others to remember, perhaps. Sebelum ni guna ckecikcomeldani@yahoo.com sebab masa tu tak tahu dah nak guna nama apa. Hahah.


Macam perasan comel pulak padahal tak pun. kehkeh. Sekarang dah buat email baru. Ha lagi senang nak ingat kan?


Please do not hesitate to contact me at nurdaniub@yahoo.com if you require any further information, questions, comments, review ke, sponsor ke or suggestions. Email lama dah tak digunakan lagi.


Harga diskaun sempena Syawal masih berlangsung iaitu  :


RM20/illustration untuk dewasa dan  ;
RM15/illustration untuk kanak-kanak/bayi. 


Start je bulan Zulkaedah, harga kembali normal iaitu RM25/illustration untuk dewasa dan harga kanak-kanak/bayi ialah RM20/illustration. Ikutkan status terkini, tempahan masih ditutup. Minta maaf untuk tu sebab rushing siapkan tempahan sedia ada dulu.



ok back to work. more illustrations to go.


How to draw a crazy scientist in Microsoft Office Excel

Hari ni hari ke 15 Ramadhan dan alhamdulillah berpeluang untuk kongsi cara melukis saintis gila menggunakan Microsoft Office Excel sahaja. Mudah je bahan-bahannya. 


Nak ajar basic je tapi harus diingatkan tutorial kali ni terselit cabaran sikit jadi kena bersabar macam saya yang dengan tabahnya print screen dan susun ayat seperti di bawah.


Sila buka Ms Excel anda. Kalau tak buka acane kan?


Muka dan kepala



Bentuk :
Insert - Shapes - Flowchart : Delay

Warna :
Klik pada bentuk yang dah insert tadi - drawing tools - shapes fill - more fill color - standard - pilih warna light orange.

untuk Shape Outline pastikan semua bentuk, anda pilih No Outline.




Kalau nak lebih cerah atau gelap, boleh adjust guna arrow dekat Custom seperti di atas.




Telinga


Insert - Shapes - Oval.

Untuk tambah lagi satu oval, tak payah insert lagi. Cuma perlu klik dekat oval tu, tekan CTRL+C (copy) dan CTRL+V (paste) sahaja.

Susun dekat bahagian muka macam gambar di atas. Warnakan sama macam warna muka.




 Rambut


Insert - Shapes - Cloud.

Sama macam buat telinga tu, copy paste je. Warnakan apa-apa warna yang disukai.

Send to back bentuk yang tertindih kat atas dengan cara klik pada rambut tu - right click - send to back.




 Cermin mata


Insert- Shapes - Rounded Rectangle untuk kaca mata dan bingkai tengah warna hitam tu.

Insert - Shapes - Line untuk garisan putih bercahaya kat kaca mata. Copy paste dan susun sahaja.





Misai


Insert - Shapes - Flowchart : Punched Tape



Ikut langkah seperti di atas.

Klik dekat bentuk tu - Drawing tools - Format - Convert to Freeform



Teruskan ikut langkah seperti yang ditunjukkan.

Klik dekat bentuk tu - Drawing tools - Format - Edit Points




Edit point ni untuk jadikan bentuk dia ala-ala misai memandangkan takda ready made shape untuk misai makanya kita buat sendiri. Boleh je guna Moon tapi macam tak best. Terpulang nak guna bentuk apa janji ada rupa misai.

Halakan cursor kat area bulatan merah tu dan tarik (drag) macam langkah kat bawah.



Ha jelas tak?



Adjust sikit saiz misai yang dah edit tadi lebih kurang macam kat atas. Copy paste bentuk misai - rotate - susun dan rapatkan. Harap jelas ya.




Mulut dan gigi


Simple je yang ni. Cuma perlukan bentuk Flowchart : Delay untuk mulut dan Rounded Rectangle untuk gigi. Pastikan gigi tu atas mulut.

Pastikan jugak misai atas gigi dan mulut. Caranya, klik pada misai - right click - bring to front.






Lab coat


Kolar baju kita gunakan bentuk Chevron. Black tie tu boleh juga guna bentuk yang sama. Rotate or flip the selected object.

Rotate ada kat bahagian  drawing tools.

Oh untuk dagu tu sila gunakan bentuk Moon.



Atas ni untuk baju guna bentuk Flowchart : Delay yang telah ditarik bentuknya sampai jadi macam tu.

Perasan tak leher takda kat gambar sebelum ni? Senang je, drag bentuk kepala (flowchart : delay) tu ke bawah. 

Tak pun, boleh je letak bentuk oval or rectangle, pilih warna kulit dan 'tampal'. Apa yang penting, send to back at the selected object ya. Mana-mana pun boleh.




Jari


Jari ni guna banyak bentuk oval yang kita kena drag sampai jadi bujur je. Jangan insert banyak kali sebab kita tak nak buang masa. Copy paste je ye. Kuku guna Oval. Resize bentuk bagi jadi kecil dan susun.


Klik dekat salah satu jari - klik CTRL (hold) - dan klik semua bentuk jari, kuku tanpa lepaskan CTRL tadi. Bila dah klik semua jari dan kuku tu, lepaskan CTRL - right click - group. 


Jadi boleh la gerakkan bentuk jari ke mana-mana sahaja. Senang nak copy paste untuk tangan sebelah lagi.





 Flat bottomed flask - kelalang berdasar rata


Bentuk :
Oval , Rounded Rectangle dan Chord (cecair dan bubbles).

Untuk bentuk Chord ni kena pandai-pandai adjust la. Try and error. Kalau nak guna bentuk lain atau lukis sendiri guna Curve pun boleh. Ikut kreativiti.


Warna :
Nak jadikan cecair dan bubbles tu transparent senang je. Macam ni,
Klik pada bentuk cecair dan bubbles tu - drawing tools - Shapes fill - pilih warna yang disukai - gradient - more gradient -adjust transparency.





Duration : 34 minutes.

Dah siap! 34 minit je. Kalau tolak-tolak masa kita ke tandas, mengelamun dan lain-lain kejadian lagi, kemungkinan 20 minit dah boleh siap. 


Senang je kalau minat, ada kesungguhan dan kesabaran. MS Excel pun boleh hasilkan lukisan macam ni sama macam guna software lain. Jadi apa lagi, cuba-cubalah sementara tunggu berbuka puasa ya.




100% lukis guna MS Excel. 
Font tulis sendiri guna Paint Tool Sai. 
jangan tanya download kek mano font tu lai yo. den dah kabo an?



Harap dapat membantu anda.


Korang tak perasan ke hidung takda? dah tertutup dengan misai. ngaaaaa

Size doesn't matter




Ayat yang selalu kita dengar, cantik itu subjektif. Selalunya orang akan senaraikan ciri-ciri cantik tu dari segi saiz badan, lentik ke tak, rupa paras dan lain-lain. Memang setiap orang, lain pandangannya. Kita cakap si A tu cantik, tapi ada pulak kata A tu biasa je. Lumrah. Tak semua akan ada pendapat yang sama.


Tapi sedar tak yang setiap ciptaan Allah tu semuanya cukup cantik cuma ada sesetengah daripada kita yang pandang kecantikan tu dari segi saiz badan, warna kulit dan rupa semata-mata. Kalau badan kurus dicop cantik dan kalau besar negatif pulak pandangannya.



Badan besar ke kecik ke, yang penting kesihatan mesti ok. Lukisan Inannie Ariffin ni dibuat sebab aku sukakan keyakinan yang ada pada diri dia melebihi keyakinan yang aku ada.

Puas hati menjadi keutamaan

Setiap hari aku kena belek nota dekat dinding untuk pastikan tempahan dapat siap ikut jadual. Bab puas hati ni susah nak terangkan sebab nak puaskan hati semua orang memang susah. Jadi, buatlah mana termampu janji isu terlalu cerewet tak kena tempat tak timbul.


Tempahan kali ni daripada Alia yang bekerja sebagai Expeditor under Petronas KLCC dan Hafiy, Chemist under Chemical Company di Shah Alam. Dulu Alia dan Hafiy ni satu sekolah dengan Azreen dan Akmal  masa dekat MRSM Beseri Perlis yang pernah tempah untuk perkahwinan diorang sebelum ni. Kata Alia, dia berminat nak dapatkan lebih kurang macam lukisan Azreen dan Akmal untuk buat button badge dan bunting dan lain-lain.


Alia hantar beberapa gambar sebagai rujukan macam gambar diorang, rekaan baju pengantin lelaki dan perempuan, warna bunga tangan dan lain-lain, terus aku buat dan lepas tu cuma akan tunjuk draft. Nak pastikan puas hati ataupun tak.




Macam kat atas ni, proses lukis. Lukisan yang tengah-tengah tu ialah draft. Disebabkan Alia cakap nampak macam berisi bahagian pipi, kembang sangat bahagian hidung, mata sepet sikit so Alia and Hafiy nak besarkan sikit saiz mata dan juga betulkan kedudukan bibir yang tak centre dengan hidung, so aku terus ubah.



Beberapa draft dihantar, akhirnya Alia dan Hafiy berpuas hati, dapatlah aku hantar lukisan tanpa watermark lepas tu hembus nafas tanda lega sambil cium tetikus. wakakak. Draft yang dihantar tu customer boleh la highlight/ circle bahagian mana yang nak diubah, senang aku adjust apa patut. Sebelum ni pun ada beberapa customer termasuk Alia buat benda sama. Memudahkan aku buat kerja. :)


Ada yang kata muka Hafiy macam Izzue Islam (pelakon Sebenarnya Aku Isteri Dia) sikit-sikit.



Besar gila saiz gambar. Kasi puas hati tengok. Hehe. Tujuan kongsi lukisan ni adalah sebagai portfolio, senang orang nak tengok hasil kerja sebelum buat keputusan menempah. Search je guna keyword 'tempahan' jadi boleh la tengok semua hasil yang pernah dibuat sebelum ni. Kot kot berminat, boleh la tempah.


Tapi......tak dapat buka balik tempahan sebab dah banyak dalam list so tak nak bagi orang yang dah tempah menunggu terlalu lama. Lepas siap SEMUA, baru dapat buka balik. *saja je caps lock ayat tu. hehe.




info : Alia juga ada menjual custom made shawl dan square hijab. Sila terjah ke ;

Facebook : Fylia Loggia
Instagram : fylialoggia
Website : www.fylialoggia.com

''Mak andam''

 Asas lukisan sebelum 'make up'. Klien : Jiji Yu





Selepas proses 'make up'


Lukis gambar orang nak tunang dengan kahwin ni paling untung habaq mai sebab setiap bulan ada je permintaan. Masyuk la sikit kan.


Tapi untuk lukis sama dengan yang asal ni terus terang cakap, tak mudah pun. Lima benda penting kena ada. Doa mudah segala urusan, sabar, mood kena happy. masa dan ketelitian. Kadang-kadang tension jugak sebab tak menjadi. Buat mana mampu sebab aku ni bukan pakar. Buat suka-suka boleh la. Itupun alhamdulillah ada yang berminat.


Nak lukis pengantin ni dia macam main make up make up. Letak foundation, concealer, bedak, eyeshadow sikit, blusher, lipstik, shading, bulu mata etc etc. Mula-mula kena lukis cincai dalam MS Excel tapi biar nampak rupa sikit, lepas tu transfer ke Paint Tool Sai dan mula make up, buang dan tambah apa patut.


Masa nak make up ni la mencabar baq hang sebab asalnya memang takda rupa langsung sebab tu kena pastikan lukisan menjadi ikut gambar asal sebagai rujukan. Hampir-hampir putus asa pun ada lagi-lagi kalau mood ke tasik. Hehe. Apa yang penting, kesabaran tu penting la dan dengan izin-Nya siap jugak.


Pernah ada yang suruh aku edit lukisan sebab tak menepati apa yang diingini. Aku faham dan terus edit balik, tapi....



'Dik, nanti tukar blablabla macam ni macam tu blabla.......ala senang je kan. Ok thanks.'



Gulp. Mungkin dibayangannya tu nampak senang gila kot, tapi hakikatnya tak. Orang yang buat je faham rasanya. Hehehe.

Cara mudah melukis pengantin lelaki menggunakan Microsoft Office Excel

Alhamdulillah dapat jugak kongsi teknik lukis kali ni. Jangan risau, intro tak panjang jadi marilah kita terus ke langkah-langkahnya. Sila buka MS Excel anda.

 

Nak kenalkan dulu apa benda dan kat mana ready made shapes tu. Macam dalam gambar, bentuk-bentuk ni ada dalam bahagian Insert - Shapes. Macam-macam bentuk sedia ada yang korang boleh gunakan dengan kreatif selain buat graf dan lain-lain.





Lukis muka


Sila insert bentuk Oval untuk bahagian muka. Adjust saiz ikut kesukaan.



Warna


Saya lebih suka terus warna sebab suka. Hehe. Ikut suka nak lukis dulu lepas tu baru warna atau sebaliknya.
Klik pada bentuk Oval - Drawing Tools - Shape Fills - More Colours - Standard - Light Orange.




Ia akan jadi macam ni. Line biru tu buat lukisan nampak kurang best, jadi boleh la hilangkan ikut cara di bawah.




Ikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di atas.



Mata dan mulut


Saya lebih suka guna bentuk-bentuk mudah untuk lukis terutama nak ajar asas pada orang lain. Bentuk Moon boleh digunakan untuk bagi kesan senyuman atau gembira selain lukis mata bulat.


Insert - Shapes - Moon - Adjust bentuknya - Rotate dan susun di bahagian muka. Warnakan hitam.


Untuk buat mata lagi satu, tak payah ulang langkah kat atas. Cuma perlu klik pada bentuk Moon tadi - tekan CTRL+C serentak, lepaskan dan tekan pula  CTRL + V serentak. Terus boleh dapat mata lagi satu. Jimat masa dan tenaga. 





Untuk mulut, copy paste je bentuk mata tadi dan rotate. Warnakan merah atau apa-apa warna yang sesuai.






Group kan bentuk awal-awal sebab senang nak gerakkan bentuk-bentuk tu  ke tepi, ke bawah, ke atas tanpa perlu gerakan bentuk satu persatu. Nanti leceh nak susun balik.


Klik pada salah satu bentuk - CTRL (jangan lepaskan sambil klik semua bentuk) - right click (lepaskan CTRL) dan group.




Tanjak.



Bahagian muka yang dah siap, letak tepi. Cara senang nak buat tanjak ni, cuma perlu Insert - Shapes - Rounded Rectangle.




Insert - Shapes - Right triangle dan susun atas Rounded Rectangle tadi. Susun elok-elok dan warnakan.




Letak atas kepala pengantin. Senang kan?




Baju pengantin


Untuk buat baju/ ala-ala wedding coat suit bersampin ni, cuma kena insert bentuk Snip Single Corner Rectangle (SSCR). Kemain panjang namanya. Copy paste je bentuk SSCR tadi dan rotate. Susun macam dalam gambar.



Sampin/ Samping


Guna je bentuk Rounded Rectangle atau Rectangle untuk sampin. Kalau bentuk tu bertindih, sila klik pada bentuk sampin tu - right click - send to back.



Seluar


Untuk seluar, boleh guna bentuk Rounded Rectangle atau Rectangle macam steps buat sampin tadi.



Lengan baju


Insert - Shapes - Rectangle.

Nak sengetkan bentuk tu, sila adjust dekat bahagian yang dibulatkan merah. Bila dah dapat angle yang diingini, susun dekat tepi baju, copy paste dan rotate untuk lengan baju sebelah kanan pulak.




Jadilah macam ni.




Ni untuk baju melayu bahagian dalam. Sebenarnya boleh buat awal-awal tadi sebab nak lukis ni macam-macam teknik boleh guna. Ikut kreativiti.



Ini lepas klik pada bentuk baju melayu bahagian dalam tadi - right click - send to back dan warnakan.




Tangan.


Guna bentul Oval je untuk buat tangan. Steps yang sama macam nak buat muka awal-awal tadi.




Kasut boleh guna bentuk Rounded Rectangle atau Rectangle.




Bila dah siap semuanya, klik salah satu bentuk - tekan CTRL+A (all). Right click dan Group.

Lepas dah dah group, tekan CTRL+C (copy) - buka MS Paint dan paste (CTRL+V). Save as PNG untuk kualiti yang lebih cantik.


Cara yang salah.



Sebelum ni ramai jugak salah teknik bila nak grouping bentuk. Benda ni terjadi sebab tak klik pada bentuk (lukisan pengantin). Sebab itu lah seluruh 'sheet1' ter klik dan hasilnya lepas copy paste dalam MS Paint,




Pecah-pecah. Ada jugak yang paste sekali dengan kotak-kotak excel. Jadi, ikutlah langkah-langkah yang dah dikongsikan sebentar tadi. Hehe.



Asas dah dikongsikan, jadi lepas ni boleh la buat pasangannya pulak. Apa yang penting, kena mencuba, meneroka dan bereksperimen. Selamat mencuba!




Malas nak letak watermark. Takpelah, ilmu ni Allah yang punya. Dia pinjamkan kat saya dan saya kongsikan sahaja. Jangan salah guna ya :)

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah