Dua bulan yang lalu, aku dengan keluarga tercinta pegi holiday dua hari tiga malam di Melaka. Melaka ni antara negeri favourite sebab aku suka dia punya suasana.
Lagi-lagi kalau melibatkan bangunan macam Stadhuys (A Dutch Legacy) dan Kampung Morten yang ada banyak rumah tradisional Melaka. Orang putih kata, Malay Beautiful Village In The Heart of Town.
Ini aku tangkap gambar dekat Taman Buaya. Dulu takda replika macam ni.
Lagipun aku memang suka kalau melibatkan bangunan. Suka sangat-sangat.
Ticket price:
Dewasa : RM10.00 (weekdays),
RM15.00 (weekend/public holiday/school holiday)
Kanak-kanak : RM6.00 (weekdays,
RM12.00 (weekend/public holiday/school holiday)
Senior Citizen (above 55 years old) : 50% (weekdays/weekend/public holiday/school holiday)
OKU Card : RM5.00 (weekdays), 50% (weekend/public holiday/school holiday)
Baru nak lompat masuk ke dalam kawasan tu. Apakan daya, kena ikut peraturan.
Disebabkan da
h pernah ke A Famosa sebelum ni, percutian kali ni cuma pergi tempat tertentu je. Tapi Taman Buaya ni pun perna
h jugak datang dulu, cuma kali ni mama dan daddy saja nak bawak cucu datang tengok pulak. Amboi mama daddy kau panggil. hahah. Padahal panggil mak ayah je.
Maaf le, gambar den tangkap ni tak lawa.Watermark pun dah maleh nak taruk. huhu. Kat sini ada 13 replika monumen sejarah Malaysia antaranya KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Keris, Litar Sepang dan lain-lain.
Ini bukan replika. Ini betul-betul punya. hehe. Asal aku keluarkan je smartp
hone, dia mula panjangkan kepala.
'Samsung Galaxy Y je ke?' tegur si kura-kura.
Tengok buaya pulak. Dulu datang sini masa kecik, jenu
hlah lompat, minta dukung sebab tak nampak. Fyi, di Taman Buaya ni ada 115 ekor buaya. 4 spesis buaya dan 1 spesis alligator.
Buaya tembaga.
Ngeri pulak ditenungnya macam tu. Dasar buaya.
Aku baru ta
hu ada Children Water Playground dalam Taman Buaya ni. Kalau ta
hu awal-awal, dah lama aku bawak baju lebih. Tapi kedalaman air cuma 1.5' ke 2.5' je. Nama pun Children Water Playground kan. hoh
hoh.
Banyak lagi tempat menarik dalam Taman Buaya ni, antaranya iala Mamalia
house, Reptile Corner, Rumah hantu dan lain-lain.
First time aku dapat tengok burung Merak dekat-dekat macam ni. Ya Alla
h cantiknya ciptaan-Mu.
Aku punya la tunggu dia kembangkan bulu bulu cantiknya, tapi harommm nak buat.. Macam-macam usaha dah aku lakukan. Melompat, ser
gah dia, tapi tak berhasil.
Lepas kecewa Merak tak bagi respon, kitorang terus ke Melaka River Cruise atau Venice of The East yang diberikan nama oleh sejarawan Portugis. Nak naik bot.
Sebelum nak ke bot tu, dekat tepi ada
gerai kerepek dan air milo pekat berkrim. Serius aku sarankan beli sebab sedap. Silalah rasa dulu sebab diorang akan bagi merasa kerepek kerepek tersebut. Disebabkan sedap, mak aku pun beli sepeket. Peket sebesar kertas A4.
Bila dah ngap-ngap, rasa menyesal pulak sebab tak beli banyak-banyak. Payah nak cari sesedap tu.
Sila beratur, kesabaran anda akan diuji.
Sila beli tiket dulu di kaunter sebelum menun
ggu di tempat menunggu sebabnya kitorang bantai terus duduk tanpa beli tiket. Bila bot dah sampai, masa tu kelam kabut nak beli tiket. kekeke. Har
ga tiket : RM10.00/ RM5.00.
Bukan naik yang ini.
Tapi yang ni.
My family and I adalah antara dua keluarga terawal naik bot. Lepas je duduk depan sekali, toleh toleh belakang, tetiba penuh seat. Aku rasa macam bagus je sebab dapat duduk depan sekali. kehkeh.
Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya percikan air disimbah ke muka. Habis kena ayor sungai yang baunya alahai...hanyir. Tu le makan dia kalau nak sangat duduk depan sekali. Penumpang-penumpang belakang menunjukkan reaksi puas hati sebab tak terkono ayor hanyir sebentar tadi. Nasib....nasib...
Walaupun muka dah kena percik ayor hanyir, kekecewaan tak lah lama sebab aku sangat-sangat teruja ten
gok bangunan yang diconteng macam ni.
Kampun
g Mortem. Ini best sebab aku sukakan reka bentuk rumah.
Lepas puas naik bot, terus ke Pantai Klebang. Situ katanya ada coconut shake popular dijual tepi jalan tapi tak dapat jugak nak merasa sebab bersusun manusia tunggu giliran.
Bila dah sampai Pantai Klebang ni, aku tengok ramai orang main layang-layang, naik kereta kuda dan berkaki ayam sambil kibor kibor kain di tepian pantai. Tepi pantai ada gerai makan jadi perut pun dah berdendang sayang. Aku order char kuew teow dengan milo ais je, yang lain order mee goreng.
Merujuk kepada tekak aku ni, char kuew teow tak berapa menjadi. Batang hidung udang pun aku tak nampak dan terlalu 'banyak'. Ok maaf, review jujur namanya.
Sepinggan harganya RM4.00. Wo mahal. Nak banding kat Teluk Intan, ko boleh dapat empat ekor udang besor ibu jari atok aku. Sepinggan RM4.00 jugak. Tapi mee goreng kat Klebang ni boleh tahan sedap sampai tambah lagi dua pinggan. Tak sempat snap sebab terlalu sedap. kehkeh.
Berakhir percutian di Melaka. Terus balik rumah. Eh tapi sebelum balik, singgah beli makanan dulu. Cencalok tak dilupa.
Tak banyak tempat pun kitorang pergi tapi puas
hati dapat jalan-jalan.