Novel baru

Woofff.....lap peluh kat dahi yang mencurah-curah bagaikan air terjun kat Lata Kijang. Sepanjang tahun 2014 ni tak sangka pulak entri aku akan terbiar melebihi 4 minggu. Berbulan-bulan pun ada tapi still ada yang datang jenguk dan komen. Walaupun tak banyak. hehe. Terima kasih terima kasih.


Sebenarnya 2014 ni memang agak busy. Macam-macam aktiviti dibueknyo. Yela, next year sorang kawan baik since sekolah sampai ke la ni dah nak kawen. Itu pasal la geng2 kitorang ni buat aktiviti macam-macam sebelum dia bergelar isteri orang. hukhuk. Dah dia kawen nanti idok le nak ajak kuo sesuka hati. Takpa takpa kita paham.


Cite bab novel.


Ada satu cover novel ni baru je siap direka hasil gabungan ilustrasi iaitu aku dan latar belakang cover depan belakang novel oleh pereka grafik terbaik.


Tajuknya Kpop Boys lawan Band Rock daripada siri LAWAN oleh penulis Puan Ain Maisarah terbitan PTS Publications Sdn Bhd.





Ini empat jenis cover yang dibuat oleh pereka grafik. Aku cuma lukis Kpop Boys dan Band Rock sahaja termasuk bayang-bayang kumpulan. Aku tengok, ramai yang pilih cover A sebab mungkin nampak lebih sesuai dengan tajuknya.


Kepada remaja diluar sana yang minat baca novel, boleh la dapatkan nanti. Kalau dah siap cetak ke nanti, better korang beli melalui Blinkbook.com sebab setiap novelnya beserta tandatangan Puan Ain Maisarah dan Encik Haziq Ridzuan. :)


Terima kasih sudi baca :)


7 comments:

  1. cantik cantik cantik kerja dani..dah boleh engaged job dengan novelis dah ni :) terbaik dari Dani..

    ReplyDelete
  2. kalau nk sign dari awk camne adik?
    hahahah

    all the best utk awk .. and yes! kak na rindu kat awk *nagis

    ReplyDelete
  3. byk betul novelnya....saya baca suratkhabar je :-)

    ReplyDelete
  4. Betul, Kaver A tu nampak lebih menyerlah :D

    ReplyDelete
  5. terbaik la cover novel ni..mmg sesuai dgn jiwa remaja2 ni...

    ReplyDelete
  6. yepp cover A nampak lagi sesuai .

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah