Why we are never satisfied with what we have

hanya sebagai model.sekian.















Tapi kita mudah lupa dengan ini,


















jumpa di facebook

Sedih kan bila tengok gambar ni. Rasa insaf sesaat dua lepas tu lupa balik. So tataplah gambar ni setiap kali kita nak start merungut itu tak cukup ini tak perfect or apa-apa je. Manusia memang tak pernah puas. No matter what we have, we always want more Seeloknya bersyukurlah dengan apa yang Allah dah pinjamkan pada kita.


Ada kawan yang bertanya,

Kes: Baru beli kereta.




"Wahhh....tu kereta ko ke?"


"Eh taklah. Itu Allah punya. Pinjam. Guna duit yang Allah kurniakan hasil penat lelah aku bekerja dua tahun ni. Nanti tiba masa Allah ambil baliklah :)"




Bersyukur dengan apa Allah bagi. Kita nampak macam susah sebab tak miliki harta sebanyak orang kaya tapi kena ingat, ada lagi yang lebih susah di luar sana. Cuma kita kena ambil tahu dan bantu.


p/s: peringatan untuk diri sendiri juga. berusaha ke arah kebaikan.

Do they look alike?







Okay sekarang sila jawab soalan itu ya. Sama ke tidak itu pandangan masing-masing tapi aku tetap nak tahu. Kerana nak jugak tengok respon adakah gambar real sama dengan yang cartoon. Heheh. Ini sebenarnya gambar yang diberikan oleh mereka di email. 

So sebagai memenuhi permintaan mengkartunkan wajah mereka, aku gigih la siapkan. Dah selamat pun hantar kat cik-cik gadis di atas. Ada empat lagi gambar yang dah siap cuma aku nak post dua je hari ini. Nak masuk tidur....penat sebab baru balik daripada hospital tadi. Gagahkan jugak post entry. agagaga.


p/s : esok nak terjah mcdonald la...kepingin Mc chicken deluxe der!

Gantikan wajah hodoh anda dengan ini!


Hodoh ke saya.....sobs sobs.










Itulah rahsia wajah yang hodoh bertukar menjadi jelita. Siapa nak beli beast cream tu? Hoho. Jenama tu tak wujud ye. Yang wujud adalah di bawah ni. Sila tengok.










Gambar di atas ni adalah daripada blog Innanie Arrifin. Pagi-pagi buta semalam aku tak dapat tidur dan Innanie ni datang ke blog aku minta share entri sebab ini melibatkan akidah. Jadi aku pun post ikut style aku. Iklan ni boleh didapati di Majalah Wanita yang cover depannya perkahwinan Eira Syazira.


Wajah hodoh bertukar jelita dalam masa 5 saat? Wow....Kira bagus la kan boleh jadi lawa dalam jangka masa secepat tu. Tapi yang tak syoknya bila penggunaan ayat WAJAH HODOH yang digunakan itu. Seperti menghina ciptaan Allah s.w.t.


Ye,memang wajah makcik tu nampak kusam, tak bermaya tapi janganlah sampai menggunakan panggilan hodoh. Sesiapa yang keadaan kulitnya tengah macam tu mesti rasa down dan malu sebab dikategorikan hodoh. Kan?


Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;
لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya.
Manakala, Al-Maraghi pula berkata "Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang paling baik. Kami jadikan manusia bersifat tegap, bertulang tumit indah, mampu mencapai maksud yang diinginkannya dengan tangannya, tidak seperti haiwan yang memungut sesuatu dengan mulutnya"                                                      


Bukan nak hentam produk ni. Cuma nak tegur penggunaan ayat untuk melariskan produk itu sahaja. Aku tak suruh korang jangan beli produk ni. Produk yang bagus boleh la beli kan.


p/s: teringat iklan payudara anda kendur? kecil? terlalu besar? adoiyaaiiii. tukar channel la jawabnya.

Senarai mereka yang menyertai The Mysterious Makcik


Hai-hai. Ini hari saya mahu update itu segmen erm... ha segmen The mysterious aunty eh2 makcik la dey. Hehe. Aku suka dengar orang India speaking english sebab ada style. Serius tak tipu. Er..tak ada kaitan dengan entri ni sebenarnya. Just nak update senarai mereka yang join segmen aku. 

Kalau tak silap, since 7th October 2011 aku post benda alah tu and till now masih belum dapat sambutan hangat. Takpelah, ramai bagitahu diorang nak kerah idea, nak setelkan exam dulu. So,take your time. Tarikh tutup pun aku tak letak bila.

Ini peserta segmen. Memperkenalkan..........



            Tak ramai lagi...baru ada lima orang yang sudi luangkan masa dengan segmen aku. Jadi bagi korang yang berminat nak join, join la ye. Klik SINI

            Mereka yang dah join ni memang jalan cerita tu lawak-lawak belaka. Terkekek-kekek aku gelak.



            menyampah tak? har har har!!!


            p/s: nak sediakan hadiah menarik. siapa tak nak hadiah best2 kan? hoho. hadiah apa? biarlah ia menjadi misteri semisteri makcik itu.

            900 itu satu jumlah yang besar


            Blog ni dah pun mencapai 900 pengikut. Alhamdulillah. Agak dalam setahun beberapa bulan jugak la aku dah blogging ni. Tak sangka pulak akan dapat seramai ni. Thanks for comments and for following my blog! How sweet! Terima kasih jugak sebab support apa yang aku cuba sampaikan kat blog aku ni. Hargai sangat-sangat.

            Baru aku perasan. Entri yang lepas untuk My 800th Follower aku post pada 23 Oktober 2011. Bermakna dalam masa seminggu 100 orang follow blog aku. Wow!!! Alhamdulillah. Tak sangka :)



            900...the number may sound very very der kan? Apa aku taip ni? Blogging ni memang addictive la. I check, check again then check again for anything new (comments and orang yang tinggal jejak di shoutbox). Follower? tak sangat la sebab bukan target aku nak dapatkan follower riban-riban. Aku sangat-sangat mementingkan peminat blog and karya aku berbanding hanya follow untuk di follow balik. 

            People...yeah, I have met awesome people dalam dunia blog ni and I have even made a friends. Walaupun hanya kenal di alam maya je tapi aku dah banyak dapat informasi dan benda baru.

            Thanks again! Korang follow blog aku sebab apa? Minat? Harap2 memang minat. Hehe.



            p/s : Last night I did not sleep well. Pukul berapa entah baru dapat tidur. I woke up tengah2 pagi buta dan cuma termenung.  Tiba-tiba gelap. Ok itu bermaksud dah tidur la.ekekek. ok tak lawak. 

            Mereka buat pipi saya kemerah-merahan

            Kuala Lumpur : Berikutan gambar-gambar di entri yang telah lesap secara tiba-tiba telah menyebabkan ketidakseimbangan hormon pemilik blog Youniqe Nurdani. Akibat daripada itu beliau telah nekad untuk tidak buat entri kerana mogok dan marah dengan kejadian tidak diingini itu.

            Namun, bak kata pepatah beliau sendiri, mulut cakap tak nak tapi hati kata ya telah menyebabkan beliau buat jugak entri terbaru iaitu Bila insan tersayang tiada di sisi di hari kemenangan. Lega kerana gambar di entri tersebut tidak ditelan, beliau dengan gelojohnya menyediakan lagi satu entri untuk mengucapkan ratusan, ribuan dan jutaan pound sterling terima kasih kepada bloggers yang telah memberikan satu entri khas kepadanya.


            Berita melaporkan.


            Heheh. Gedik lebih nak buat berita. Konon hot je kan. Agaga. Taklah..aku tak hot. Aku sangat-sangat teruja, bangga, lemah jantung, urat saraf terhenti bila dua blogger ni puji-puji i...huk huk.



            Blogger Haffizy a.ka. Fiz graphic yang memang popular dengan vectornya yang tip top tu dan banyak bagi freebies comel-comel kepada orang lain, labelkan aku sebagai blogger kreatif. Teruja tau bila ada orang kata macam tu. Sebab karya aku diiktiraf. 


            Blogger ni adalah sahabat aku dalam group We Love Arts di facebook. Malam tu aku offer nak lukis wajah beberapa ahli WLA.


            Sila terjah ke ENTRI INI


            Blogger syarafi pulak sama kreatif dengan hafizzy. Tengok la kat blog beliau. Pergh....mantap! Sangat cantik dan ada indentiti tersendiri. Beliau pun salah seorang ahli WLA. Diorang berdua ni memang sempoi habis dan best la nak ajak gaduh-gaduh. Hoho.


            Di entri beliau yang khas untuk aku tu memang gugur jantung sebab tajuk pun aku rasa dah macam terlalu hebat pulak. Haha. Master of Microsoft Excel. Master tuu....rasa macam tak layak je saya fi..


            Ini fi yang comel Comel kan? Er..sebenanrnya aku tak nampak pun gambar ni. Korang nampak tak? Sumpah aku cakap yang aku tak nampak. Pelik la. Abaikan kejap. Sila terjah ENTRI INI.


            Ini Azhafizah
            Si cantik manis dan comel ni namanya Azhafizah. Memang terkenal dengan template yang cantik-cantik. Blog beliau lagilah cantik. Cer terjah. Pink colour gitu tapi jenis yang nampak style. Doodle yang dihasilkan beliau cukup cantik tapi cik Azhafizah ni asyik cakap tak pandai buat padahal lawa gila tau. Hehe.

            Di entri beliau yang INI memang aku turut kagum sebab apa yang dihuraikan olehnya buat aku rasa cukup terharu. Karya seperti diiktiraf. Hehehehehe. Beliau juga adalah salah sorang warga WLA yang dilukis aku.



            Last sekali adalah cik fyfy rawk. Reaksi muka fyfy tengah merajuk kot tu. Betul eh fy? Hehe. Fyfy pun ada buat entri untuk aku. Terima kasih sangat kat korang2. Fyfy ni ahli WLA jugak. Ahli yang dalam kategori otak gila-gila macam aku jugak. Huk huk. Jom terjah ENTRI INI





            p/s: sekian............warga WLA yang lain,sila tunggu next offer. bergantung pada mood aku la eh. Sekarang tengah sibuk nak siapkan blog orang, doodle dan banner.


            DAN! minta maaf eh sebab ada yang bagitahu gambar terlebih besar. serius,aku tak nampak msalah tu.oh man.......aku tak tahu kenapa. dan aku tak nampak gambar syarafi dan aku tak nampak saiz diorang!!!!!!

            Bila insan tersayang tiada di sisi di hari kemenangan


            Istiadat konvokesyen ke 75 Universiti Teknologi Mara dah pun selesai untuk sidang ke sembilan rasanya. (correct me if i'm wrong). Seronok tengok para graduan bersorak bila keluar dewan. Sesi peluk-peluk, kiss and laga pipi...so sweet. Rasa seronok! Bunga pulak cantik-cantik. Ada yang dapat domokun kuning, Smurfs dan lain-lain. Hari tu banyak betul belon angry bird.

            Sepupu aku kena turn konvo sidang petang so dalam pukul lima lebih baru selesai majlis. Bapak pening kepala aku menunggu. Dia pun tak sempat nak tangkap gambar kat studio yang disediakan sebab dah petang sangat. Kelam kabut nak hantar jubah lagi. Kalau nak hantar esok kang kena cas RM3. Ala...RM3 pun nak kemut...heheheh.

            Buka kemut, cuma dia duduk kat Kedah. Tengahari esoknya dah kena naik bas balik ke sana. So tak ada masa dah aku nak pergi hantar dia lagi. Setel siap-siap je la.

            Er...gambar kat atas tu korang perasan kan kenapa girl tu sedih? Sebab apa? Sebab ayah dia tak dapat tengok hari kemenangan dia. Dah meninggal tahun lepas. Al fatihah. Cuma kesedihan dia tu tak la ditunjukkan sangat tapi aku tahu hati dia macam mana. Gembira la macam mana pun, sedih tetap sedih kan?

            Nasib baik ada kawan-kawan yang support dan bagi happy.


            P/S : Er...aku harap gambar ni tak lah hilang. Entri-entri sebelum ni pun aku tak nampak gambar pun. Mungkin network problem. Harap tak la berterusan.

            Sambutan hari lahir yang...




            Sesi menyanyi
            Cik lulu pages (ber t-shirt biru samsung) pun ada.hehehehe. saja jemput.



            Sesi tiup lilin

            Ada buat tak? Jemput kawan-kawan, sedara mara datang sambut hari lahir, siap dengan belon, hiasan macam-macam, kek dan lain-lain. Lepas tu nyanyi ramai-ramai samada versi omputih or melayu. Lepas setel nyanyi, sesi hembus ayaq liuq kat atas kek.

            Dulu zaman kecik-kecik banyak la aktiviti macam ni. Mesti nyanyi. sementara tunggu nyanyian habis tu, lilin dah start cair and terkena kek tapi tetap dimakan begitu saja. Dalam keluarga aku, sambutan macam ni memang tak dibuatlah. Cukup sekadar beli kek, lilin dijadikan simpanan kot2 blackout ke, lepas tu buat doa selamat.

            Ok, terdapat persoalan mengenai aktiviti masa sambut hari lahir ni. Jom kita tengok apa jawapan Ustaz Azhar Idrus berkaitan masalah yang diutarakan saudara Islam kita ni.


            Apa kata kita sambut dengan cara yang lebih ke arah Islam. Buat doa selamat tak pun beli kek tanpa lilin dan makan ramai-ramai.  Didik anak-anak cara Islam, bukan cara kapiaq (kafir).


            p/s : Sekarang ni apa-apa event je mesti nak buat style omputih. Cara mereka tu cukup bergaya dan ada kelas ke? 


            Cancelling interview?

            Pagi tadi ada interview dan aku memang tak bersedia lagi sebab tiba-tiba dipanggil interview. Syarikat tu pernah aku ditemuduga bulan lepas tapi tak berjaya untuk jawatan pembantu produksi. Its okay la benda tu. Anggap tak ada rezeki.

            Bila dipanggil interview lagi untuk position lain yang pihak sana tak inform jawatan apa (tapi aku pasti bukan kerani), so aku dah jadi macam blurr.

            Lepas je tak berjaya untuk temuduga yang lalu tu, aku mohon banyak tempat. Tak sangka pulak dia panggil lagi. When you receive a job offer, you are likely to feel little anxious,right? *sila angguk.


            Biasanya kita akan rush into accepting the offer immediately. Sangat-sangat penting untuk kita evaluate all aspects of the job offer and think objectively about our choice before responding. Sebab once kita terima a job offer, segala aktiviti pencarian kerja kena la hapuskan.


            Aku pun tak tahu la samada pergi interview ni sebab memang nak atau terpaksa. Ayah aku beriya suruh pergi cuba. Tapi aku macam buat tak tahu je. 


            Ada kawan pernah cakap, "if you are not ready to make that commitment, do not accept the job".


            Tapi,oleh sebab sekarang ni sangat susah nak dapat kerja, patut ke aku tak terima? Ke nak tunggu offer lain? Aku memang tak ada persediaan langsung nak mengadap big boss tapi aku pergi jugak tadi sekadar isi masa lapang. Bahahah!


            Kata big boss,aku akan ditempatkan bahagian logistik which is kena banyak travel memandangkan aku ada kenderaan sendiri. Kalau malas nak drive jauh-jauh, ada despatch tolong hantar. Hoh..tak mau eh!


            Jobseeker spends 30 job search hours to get each interview and only 1 hour preparing for each interview. Jadi, aku ni memang tak bersedia untuk job offer tu sebab jawatan dia bukan kerani. Jawatan lebih tinggi. Semestinya gugup aku makin tinggi and I didn't have enough time to get ready masa tu. Lantak lah...hantam je pergi interview. Dia tanya apa-apa jawab je "HA?, NOT SURE, YE KOT, ERM....."


            Patutnya aku kena bersedia awal-awal tak kisahlah lagi seminggu ke sebulan dia nak panggil interview. Ingat tu adik-adik...den ni kategori last minit.Oh man...........



            p/s: 8:08 malam. Baru sampai daripada konvo tadi. wu...serius penat, blurr dan otak jem. Kaki krem memandu tadi walaupun tak la jauh mana daripada rumah ke uitm. Jammed!


            You make me happy when skies are gray


            Mood hari ni tak berapa nak seimbang tapi gembira tak terkata bila dapat doodle comel tengah duduk berborak atas buaian. Jujur la cakap, benda paling aku suka ialah buaian. Kalau pergi taman permainan pun, buaian la aku pergi rembat dulu. Takut budak-budak lain ambil. Wakaka.

            Doodle pink tu semestinya cik merahitujambu dan sebelahnya yang macam malu-malu kucing tu of cos la aku beb. Hehe. Comel! Dia memang tahu taste aku yang sukakan doodle yang ada background suasana macam tu. Hehehe.

            Aku dengan pemilik blog MERAHITUJAMBU buat doodle untuk suka-suka je. Itupun sebab cik merahitujambu request nak doodle yang pakai saree warna pink sebab aku ada sediakan entri ni. So aku terus buat untuknya. Di entri cik merahitujambu tu cukup membuatkan aku rasa macam nak terkoyak seluar.

            Terima kasih sangat. Saya pun sukakan doodles awak yang ada style tersendiri tu. Comel-comel je semua doodlenya.


            p/s: gembiranya saya...tapi esok kena pergi interview la pulak. lepas interview terus kena rush ke UiTM Shah Alam untuk majlis konvokesyen sepupu. Pergh.

            My 800th follower

            Nombor lapan adalah nombor kegemaran aku dan ini adalah berita gembira untuk blogger ini yang telah menjadi follower yang ke 800! clap! clap! Aku tunggu daripada tadi siapa yang akan memegang title pengikut ke 800 aku. Heheh.



             Sila ambil award ni kalau sudi ye. Nak tempek kat blog ke apa ke, atau tak nak tempek ke tak kisah. Bagi ikhlas ni sebab memang tertunggu-tunggu pengikut ke 800.




            Tahniah kepada Nur Arissa, seorang blogger yang mungkin masih baru. Berumur empat belas tahun...muda lagi. Oleh itu, adik arissa boleh request nak doodle apa-apa pun daripada akak ye. (akak tuuuu..wakaka). Nak doodle perempuan/lelaki, couple, berkostum or apa-apa sahaja ye. Boleh belek2 entri yang ada untuk tengok jenis doodles.

            Sila email gambar arissa (sebagai rujukan) ke ckecikcomeldani@yahoo.com.  Gambar mestilah jelas.

            Moh le kita terjah blog adik arissa ni di SINI

            Tak dilupa kepada semua yang mengikuti blog aku ni. Terima kasih!!!

            P/S : malas pulak nak teman sepupu konvo selasa ni.hehek.

            Tahniah


            Tak lama lagi dah nak deepavali (upcoming event). Malaysia kan sangat unik sebab ada berbilang kaum. Jadi di sini I wish a very happy deepavali in advance to all hindus in Malaysia and the world. Tak di lupa juga kepada my old friends, Raja, Shasha and Mohana yang sekarang belajar di luar negara .Aku sendiri tak sure kat uni mana dia belajar dan di mana. hoho!



            p/s : teringat kat jiran aku yang pernah bagi muruku sempena perayaan ni dulu-dulu.

            Siapakah gadis comel ini

            Tengok dan teka siapa pulak gadis comel yang aku dah lukis ni.


            Agak-agak korang la....siapa eh gadis ni? Cer teka cer teka. Sepanjang kesibukkan yang melanda aku beberapa hari ni, satu petang tu aku tak ada buat apa-apa kerja, so aku buka excel dan terus lukis gadis ni. Macam biasa la...saja-saja nak lukis sebab memang dah jadi tabiat. Keh keh.

            Siapa yang teka dengan betul tu, tahniah!






            Ini watermark baru aku yang ditambah logo excel. itu sebagai simbol karya daripada excel.

            p/s : Fuh...dah lama tak menyediakan entri dan terlupa nak buat autopost. Sibuk menguruskan kerja luar beberapa hari ni dan memang tak sempat nak online. Buka je facebook terus dapat berita gembira daripada Lulu Pages yang famous tu. Tengok kat sini ye entri beliau. Ya Allah...memang rasa terharulah sebab sudi buat entri untuk den ni. Hehehe.


            Wanita seksi itu..












            Fuh..sampai macam tu sekali. Sekarang pi tengok soalan berkaitan wanita yang dah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus (print screen oleh page Koleksi Prinstcreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus)













            p/s : renung2kan

            Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni terpanggil untuk bagitahu kat korang semua tentang satu page ni yang ditubuhkan di facebook iaitu koleksi soal jawab oleh Ustaz Azhar Idrus. Di page Ustaz Azhar sendiri kalau korang dah like the page memang banyak soalan yang diajukan di sana tentang hukum hakam agama.

            hati-hati drive ustaz (klik di gambar untuk ke page ori ustaz ye anak2)


            ini page yang boleh membantu anda


            Tujuan:
            Page ini ditubuhkan sekadar ingin berkongsi ilmu yang ada. Semua soal jawab telah di "print screen" daripada page Ustaz Azhar Idrus [Original]


            • Banyak soal jawab yang telah dijawab oleh Ustaz Azhar sendiri yang boleh dijadikan sebagai rujukan.
            • Jawapan yang direct dan mudah difahami.
            • Kalau nak ajukan sebarang keraguan tapi takut Ustaz Azhar tiada masa untuk menjawab, boleh la rujuk page koleksi soal jawab ini.
            • Empat orang admin iaitu Khazinatul Asrar, Mohd Tomato, Fathiah Farid dan sepupu aku sendiri iaitu Syapik Hassan.

            Aku sendiri kalau ada apa-apa yang was-was,aku rujuk page ni. Kadang-kadang kalau bernasib baik,soalan yang diajukan aku tu Ustaz Azhar akan jawab. Gembira tak terkata.heheh. Tapi nak tunggu ustaz online memang agak susah.hehe


            Buat masa ni terdapat beberapa koleksi soal jawab iaitu:
            dan lain-lain lagi yang boleh dilihat di page tersebut.





            p/s : Belajarlah selagi bernyawa kerana ilmu itu seluas lautan. Dekati ulama.

            I cry alone




            p:s/ nampak gembira depan orang lain and it takes so much work to hide the true pain and sadness. konflik jiwa.

            Awak curang


            Pengenalan mereka bermula di tempat belajar yang mana telah bermula bibit-bibit cinta antara mereka. Kebahagiaan mereka tergambar setiap kali bertemu selepas kelas. Omputih kata, they are in love..








            Tak lama lepas tu, dia ternampak teman lelakinya bersama perempuan lain ketika kebetulan lalu di situ. Hatinya hancur bagaikan dihiris-hiris. Perasaan seorang wanita bila nampak lelaki yang dicintai dengan perempuan lain memang perkara paling sensitif tapi dia cuba cool. Kalau nak buat gila pun, memang buat malu je nanti.

            Dia cuba buat seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang reaksi marah mahupun sedih.










            Berkat kesabaran, teman lelakinya tu akhirnya ditinggalkan si perempuan tadi sebab dah sangkut dekat jantan lain yang lebih handsome. Menangis si lelaki ngek ni sebab dipermain-mainkan perempuan tu. Masa tu baru dia teringat kekasih pertamanya.

            Dia rasa menyesal sebab tak setia. Ha padan muko eykau.












            p/s: tidak berkaitan dengan mana-mana pihak sama ada masih hidup ataupun mati dan yang penting, cerita tu langsung tak berkaitan dengan aku. hee...ok da....:D

            Kerjaya saya akan bertambah lepas berkahwin dengan awak nanti


            Saya akan jadi chef terbaik dalam hidup awak. Saya akan masak sedap-sedap bagi awak buncit. Buncit tu bukti saya masak sedap dan awak selalu makan kat rumah dengan saya. Saya tak kisah awak buncit, sebab selamanya awak handsome di mata saya.







            Saya akan jadi perunding imej dan tukang jahit awak. Kalau ada baju atau seluar yang koyak, dah jadi tanggungjawab saya repair untuk awak. Tak payah dah nak pergi kedai beli baru. Saya ada :)







            Kalau awak sakit, saya bersedia jadi doktor dan jururawat awak tak kira siang atau malam yang penting awak sihat. Jadi kenalah jaga kesihatan baik-baik. Kalau saya sakit, awak sudi ke jaga saya? Hee. Nak kena penampor kalau tak nak jaga. Heh.







            Selepas berkahwin memang banyak nak kena kawal terutama sekali bab kewangan. Saya akan jadi pembantu kewangan awak. Saya akan tolong urus dan jaga duit awak, eh duit kita. Saya bukan kaki shopping jadi duit awak sah-sah dapat jimat. Orang kata saya kedekut, tapi sebenarnya saya dah dididik hidup susah walaupun mak ayah mampu bagi macam-macam.






            Dah kahwin mesti ada anak-anak kan? Hik hik. Saya akan jadi guru terbaik untuk anak-anak kita. Pelajaran akhirat diutamakan sebab iman tak dapat diwarisi tapi saya dan awak kena usaha dan doa anak-anak kita sentiasa di jalan yang benar. Kita pun kena sentiasa betulkan diri kita sebagai ikon anak-anak. Amin..







            Paling penting saya nak jadi isteri solehah yang menjaga maruah suami, taat akan perintah awak selagi tak melanggar syariat, menutup aurat bila di hadapan orang bukan muhrim dan menjadi yang terbaik dalam hidup awak. Saya nak jadi macam mak saya. Tak pernah kenal penat sebab sentiasa buat yang terbaik untuk keluarga.


            Harap janganlah muntah dengan entri ni. Tak salah kan saya nak berusaha jadi macam di atas. Eh terasa macam blog terfaktab plak. Heheh. Terima kasih sudi baca. 

            Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah