Kenapa melukis guna excel

Karya di atas dilukis oleh aku hari ni sebab utama ialah mood yang gelong dan ingin lari daripada kebiasaan. Sebelum ni asyik-asyik lukis vector manusia and karikatur. So bersesuaian dengan blog title aku iaitu Younique Nurdani makanya haruslah aku tampilkan sesuatu yang berlainan dalam berkarya. 


Sama macam entri sebelum ni, aku bina rumah untuk tiga keadaan. Musim salji, musim bunga and musim luruh plus rumah dah rosak. Keh keh. *sila tengok tiga entri sebelum ini.


Orait...kenapa aku berkarya guna microsoft office excel? Sebabnya, ini je la tempat untuk aku hasilkan seni digital sebab tak pandai nak guna software hebat yang ada. Kah kah. Mula-mula aku lukis ni, memang rasa cukup hebat sebab rupanya excel boleh hasilkan artwork best sama macam software yang ada. 


Cuma excel ni limit la...tak ada liquify ke ape. Eh2..ada2. kat excel ada "edit point" sama fungsi sedikit macam liquify. Setakat drag bentuk je la.


Sejak-sejak boleh menghasilkan lukisan ni, dari situ aku mula la eksperimen. Tak dinafikan mula-mula tu memang lukisan tak ada tone yang jadikan gambar macam 3D. Dalam masa yang agak lama kot, aku dah tahu teknik tone.


Terus la aku share tutorial kepada orang lain kat blog ni sebab cara melukis tu mudah. Cuma kena tahu beberapa teknik asas je. Alhamdulillah, sejak tahun lepas aku dapat banyak backlinks daripada blogger lain yang dah berjaya hasilkan lukisn guna excel. Bangga siak......


Ramai yang terus jadi expert lukis guna excel antaranya kak Zarini, Keri Ikhwan dan Azhunk. Nak namakan semua memang tak larat sebab ramai. Diorang bertiga ni hasilkan lukisan yang masya Allah....hebat.


Jadi, apa yang aku terapkan dalam diri ialah, imaginasi, minat dan teknik. Kepada korang yang tergerak hati nak belajar tu, boleh tengok di sidebar. Dah ada list melukis. Itu sahaja untuk hari ni. Nak taip seringkas yang boleh tapi macam panjang la pulak. ok Assalamualaikum.


Kau pergi jua

Tengok rumah yang dulunya megah tersergam indah, sekarang dah patah seribu hatiku. Eh2, retak seribu. Yeke seribu? Jap nak kira. 1 2 3 4 blahblahblah... whateva la berapa pun! Hew hew.

Setiap apa yang ada kat muka bumi ni memang tak ada yang akan maintain cantik and kukuh selamanya. Mesti akan rosak jugak. Sama macam kedut kat wajah. Makin berusia makin banyaklah kedut kelihatan. Jangan takut jadi tua sebab kita semua ni pasti akan tua jugak. Tak ada nak muda-muda lagi. Jangan suntik2...... :D

Aku ni pun dah ke alam dewasa yang makin dewasa. Rasa macam tak percaya pulak dah 24 tahun tapi fizikal masih macam budak-budak sekolah menengah. Owh awet mudanya aku. Keh keh. 

Alteration and renovation

Hai semua....oh yeh, hari ni Isnin. It's hard for me to start the activity again on Monday for some people like me. Keh keh. Tapi kena harungi jugak hari yang sungguh berat ni dengan niat mencari rezeki halal demi masa depan. (Tapi sempat lagi mengelat sementara nak mulakan kerja).


Orait! Entri semalam aku kongsikan rumah kedua yang ikut imaginasi aku berada di tempat bersalji. Sekarang rumah tu dah dibuat sedikit alteration and renovation sesuai dengan imaginasi aku kali ni. Aku namakan ia sebagai dani's cottage.


Alteration ialah di bahagian wall. Entri sebelum ni guna dinding batu kan?kan? Sekarang guna kayu.


Masih mengekalkan ketenangan, keselesaan dan bersih untuk kawasan rumah. Sejak akhir-akhir ni aku suka share artwork berkaitan seni bina dan landskap sebab sebenarnya inilah minat aku. Since darjah berapa entah aku suka tengok bangunan terutama banglo yang lebih kepada nilai estetika dan fokus kepada design. 


Selalunya rumah yang utamakan design ni, kena berbelanja lebih la sebab kalau client tu nak rumah yang murah, dia kena utamakan kepada cost and design kena letak tempat ketiga selepas time (masa). Ok, tetiba share sikit apa yang aku belajar dulu. Hewhew.


p/s : microsoft office excel 2007 (hundred percent) , imaginasi, passion, minat dan apa-apa aje. heheh.

Rumah kedua

Tersenyum aku sorang-sorang bila siapkan lukisan entah hape-hape ni. Mungkin disebabkan banyak berangan sejak akhir-akhir ni membuatkan aku dapat idea nak "bina" rumah istirehat yang orang dok sebut-sebut rumah kedua.


Kriteria rumah aku haruslah kecik tapi selesa. Bukanlah tak suka rumah besar, eh suka sangat-sangat tau..cuma seeloknya duduk sekali dengan sedara mara. Ha barulah meriah. Ini tak, rumah je besar tapi orang dalam tu cuma ada dua tiga kepala je.


Tahap berangan aku ni cukup melampau sebab bajet dapat pergi luar negara tempat bersalji. Heh. Duduk kat Malaysia ni pun dapat rasa salji di tiga tempat je. Bukit Cherakah, I-City and peti sejuk rumah aku.


Hemm..suasana rumah kedua kena la tenang, ada pokok-pokok and sungai yang jernih...fuhhhhh best siak.. 


"Siak" ni tagline kawan uni aku. Al kisahnya gedik nak belajar loghat kedah tapi jadi loghat terlampau. Eh apa fasal masuk kisah dia plak ni... Tak mau cerita bab dia. Shooohhh2! Kembali merenung gambar di atas sambil senyum sorang-sorang, lepas tu pandang ke ceiling. Letak tangan kat dagu bajet tengah merenung masa depan. Paaaaap!


Gelap.


Elektrik tak ada dan apa yang aku taip di atas adalah proses menaip yang kedua. Ciss.




p/s : ada yang tanya aku lukis guna apa,so aku update di sini yang aku guna microsoft office excel 2007 (hundred percent). jadi...dengan excel jugak korang boleh hasilkan satu lukisan sama level (kott...) dengan photoshop or lain2 software. Apa yang diperlukan ialah imaginasi.


Tetiba jadi macam entri tutor plak. Fokus kepada apa aku cuba sampaikan k. keh keh.

Kereta baru

Tengah sedut milo kotak sambil usha kereta-kereta comel kat dunia ni terus buat aku koma lima enam minit bila berangan beli kereta mini cooper. Sebuah kereta yang sangat sesuai dengan saiz fizikal aku tapi sayang...aku tak minat langsung kereta ni sebab duit tak cukup nak beli. Kah kah.


Kalau la kereta macam ni tiba-tiba ada depan rumah aku sekarang, dengan warna solid white seperti di atas perghh...memang terus aku bawak kereta round satu shah alam. Lepas tu isi minyak then round lagi dan lagi. *jakun tak boleh nak nafi.


Sekarang ni aku guna kereta perodua Myvi. Lebih kurang la saiznya. Sama-sama kecik dan comel sama macam tuannya ni. Bila dekat highway then ternampak ada mini cooper dekat side mirror, memang buat aku gelabah. Sepanjang kereta tu nak lalu sampai la kereta tu potong aku, terus masuk gear, bagi signal kanan, line clear and terus pecut kejar kereta tadi. Wakaka.


Kebanyakkan aku tengok yang pakai kereta ni mesti lelaki berusia. Sama macam ex boss aku. Pagi-pagi memang panas je bontot tengok boss parkir kereta depan aku. Bila meeting tempat jauh, tak pernah dia nak pelawa bawak kereta dia. Ciss..bagi la staf rasa. Aku memandu sangat berhemah kayyy...


Nak cakap suatu hari nanti nak beli kereta ni memang takkan la...sebab cukuplah apa ada. Banyak lagi kos kehidupan yang harus dibayar. Hik hik. Nak ikutkan kehendak and nafsu dalam diri ni, memang macam-macam dalam kepala. Beli je mana mampu, selesa dan guna benda yang masih boleh guna.


TAPI! Kalau dapat, memang syukur alhamdulillah. Muahahaha.

Nota cinta

Sepanjang menyampaikan sesuatu kat blog ni korang perasan tak yang aku agak banyak kali la cerita fasal group We Love Arts? Heheh..kepada yang alert tu mesti perasan punya kan? Sejak tahun lepas join group ni tapi tak ingat bulan berapa.


Sekarang ni group WLA dah makin kebabo sebab ahli makin bertambah dan ramai blogger fofular yang sungguh berseni ada dalam tu. Banyak jugak la aktiviti yang ada bertujuan untuk asah skill dan menggalakkan ahli berfikir lebih kreatif. Best sangat. Aktiviti paling aku suka ialah reka kasut anjuran Athirah (merahitujambu).

klik kat gambar untuk ke entri kasut ni eh
Ahli-ahli
Serius la den nak kabor yang ahli-ahli group ni sporting, mesra, kelakar dan kreatif. Rasa macam ahli keluarga sendiri. Heheh. Banyak karakter unik yang ada dalam group ni tapi tak dapat la nak bagitahu semua. Harap maklum. Heee..


Dengan ini aku nak sampaikan something yang bagi aku sangat tak best la. Tak lama lagi aku harus tinggalkan group, facebook dan page blog aku atas sebab tertentu yang tak boleh dijelaskan kepada sesiapa.


Orang mungkin akan kata ini propa or whateva la kan. Tapi serius cakap yang benda ni sejak tahun lepas dah plan. So, keputusan bangang ni harus dilaksanakan demi masa depanku. Ohok..sadisnya. Tapi bukanlah sekarang ni nak out. Aku cakap TAK LAMA LAGI. Cuba baca kat perenggan di atas tu.


Rasa best kat group ni memang la tak boleh dinafikan. Oh yeah, blog masih berjalan seperti biasa ye...sukarku untuk stop blog ni. Banyak lagi lukisan nak dikongsikan. Heheh.


Jadi, kepada ahli-ahli WLA, den mohon maaf seandainya terkasar bahasa, gurau terlebih atau apa-apa sahaja. Itu je nak kabor. Tak la penting sangat pun benda ni. Ahahak. Ewww apesal aku gelak macam tu.


Diharap group yang semakin popular ni akan semakin terkenal dan banyak karya2 kreatif dapat dihasilkan.

My superhero

Tengah termenung kat tingkap sambil minum air milo suam, cicah plak biskut kering memang cukup nikmat. Dalam suasana macam ni memang macam-macam benda kita boleh terbayang. Antaranya...superhero seorang wanita. Keh keh.


*atas sebab usia dan ramai kawan sekolah/uni kahwin tahun ni la yang membuatkan aku harus fikir ke arah ini. bahaha.


Lelaki yang cuma nampak luarannya kuat, badan tough la kan...lepas tu muka handsome, jambu blablabla...tapi zero. Apa yang zero? Zero dari segi sensiviti lelaki dalam menjaga hati perempuan. Perempuan ni hati dia mudah terusik terutama bila si lelaki tu marahkan dia. Gggrr.... (tak semua okeh).


Semua wanita nak dihargai and dilayan dengan baik. Bukanlah salah sikit, nak maki hamun siap lempang lagi. Mentang-mentang lelaki, lebih kuat daripada wanita so nak salah guna kekuatan tu. Heh. The more genuine and specific your are, the better.


Pujian adalah something yang memang perempuan suka sangat dengar lebih-lebih lagi kalau jejaka idaman/buah hati yang cakap. Wuuhh...kembang semangkuk. Kalau boleh nak dengar hari-hari, siap buat ringtone lagi. Tak kisahlah if she thinks how average her looks maybe, dia tetap nak dipuji cantik sekian2.


Next, you need to be a good listener. Jangan la biarkan si perempuan pendam masalah or benda-benda yang dia tak puas hati. Bagi la ruang untuk si wanita luahkan pendapat dan hormat apa yang diberitahu tu. 


Cooperate to understand her point of view if you disagree. Jangan sesekali nak maki hamun dan buat si perempuan macam tak ada pilihan untuk buat keputusan. Tak semua benda nak kena ikut telunjuk je kan. Kita semua ada pandangan sendiri. Tak suka, dengar. Tak setuju, hormati . As simple as that...


Kalau layan dengan baik dan penuh rasa hormat, she'll see your value without needing you to be like a superheroes yang ada. Jadi seseorang yang gentleman, and everything should be sweet.


Oh yeah, kalau jenis playing hard to get tu..korang kena berusaha lebih la. Itu kes mahu tapi malu dan menguji korang ni bersungguh ke tak. Tapi si perempuan tak boleh la terlalu jual mahal. Kita ni kena berpada-pada. Takut si jejaka idaman tu lari kat orang lain pulak. Keh keh.




p/s : Rasa macam hebat betul dalam bercinta. Muahaha. Cuma harap bakal suamiku ada ciri-ciri di atas. Orang kata terima seadanya tapi biarlah perangai tu relevan sikit ye dak. Hoho. Ubah mana patut.

Hitam putih kembali menyerang

I'm not in a good mood today, not sure whether it is hormone issue or what so ever. So how to stay in a good mood? Heheh...semestinya berwuduk. Selain tu macam biasalah kan..melukis pun salah satu treatment terbaik.  Jadi..belek punya belek kat facebook, terjumpa dengan gadis comel yang hijabista ni so aku pilih gambar terbaik and then lukis. [freelance model]


*hijabista adaptasi daripada fashionista sinonim kepada wanita barat dengan gaya first class or haute couture- 


Dengan keazaman yang kental, beberapa jam kemudian siap la. Ini lukisan hitam putih kedua yang aku buat. Erm..vector tu nampak sedikit tembam tapi tak kisahlah. hehe.



p/s : mood tak baik ka apa ka...jangan tempias kat orang yang tiada kaitan. :)

Pramugari memang cantik kalau..

Cantikkan kalau uniform pramugari macam ni? Sesuai dengan negara Islam. Kalau macam ni la gayanya,memang aku mohon untuk jadi stewardess. Tapi sayang...ketinggian tidak mengizinkan. Haha.


Malam semalam aku dengan mak ayah pergi LCCT untuk sambut adik aku yang dah pun cuti semester. Sementara tunggu adik aku landing lagi beberapa puluh minit, aku duduk kat kerusi sambil tengok manusia yang lalu lalang.


Tengah syok2 usha orang-orang kat situ dengan macam-macam gaya pakaian and perangai, mata aku terus tertumpu kat sorang stewardess ni. Mak aih...cantik gila. Mak aku pun puji. Memang wajah tak ubah macam patung barbie. Tak berkelip mata aku tengok kat stewardess tu. Agak jeles la...haha.


Aku yang perempuan ni tengok pun dah tak berkelip mata, apatah lagi kalau lelaki.


Ramai jugak la stewardess yang lalu lalang dan diorang semua memang cantik-cantik belaka. Cuma...ye...cuma uniform diorang tu je menganggu sikit mata aku. Hehe. Harap uniform diorang digantikan macam kat gambar tu khas untuk orang Islam la kan..Lebih manis dan cantik dipandang kan?kan?Eh boleh ke?



p/s : Pilot pun handsome gila wo....ternganga kejap.

Cantiknya kalau pakai macam ni

 Manusia yang dikarikaturkan tu ialah wajah aku sama macam kat header. Harap maklum. hee..
Pantun adalah daripada Keri Ikhwan ..terima kasih :)

Sebenarnya ada sesuatu nak dikongsikan yang bukan la berniat nak tunjuk baik ke apa. Dulu masa aku kecik memang aku suka pakaian macam lelaki. Semuanya longgar and tebal. Rasa macam takkan diganggu oleh mana-mana lelaki. Muahaha. Pernah la beli jeans londeh yang dulu budak hip hop suka pakai tu.


Masa tu rasa sungguh stylo la kalau keluar dengan kawan-kawan. Tak dinafikan memang ramai kot tengok aku. Aah...dulik la semua tu janji aku selesa.


Bila masuk alam remaja, secara tiba-tiba rasa gedik nak bergaya. Bila tengok kawan-kawan perempuan pakai pakaian yang nampak cantik and style, masa tu memang dah mula terpengaruh untuk bergaya-gaya ni. Aku jenis kalau shopping ni memang takkan berbelanja sampai ratus-ratus. Tak sanggup nyah...


Setakat perabih dalam RM70 ok la. Itupun boleh dapat satu dua baju je. Terpaksa lah. Beli beransur-ansur. Macam kedekut je bunyi tapi duit yang ada tu aku tak suka boros kat pakaian je. Boleh guna untuk makan and buku kottt. So jimatlah ketika berbelanja. Ehek.


Lepas dah rasa macam puasnya dapat bergaya....tiba-tiba masuk sem akhir, aku dapat seorang roomate yang fashionista and sorang lagi fesyen Islamik. Kat situ aku macam diuji...nak follow yang tu ke yang ni? Ok, aku tak cakap yang fashionista tu cara pakaian tak elok. 


Dia ok, bertudung and tutup aurat and sama la cara pemakaian kitorang cuma dia lebih bergaya. Lagi sorang tu bagi aku perfect betul la pakaiannya. Berjubah, tudung labuh, tak jarang so bila aku tengok dia memang rasa dia sangat cantik. Sangat-sangat cantik. Dia selalu nasihat aku dalam berpakaian. If nampak tudung aku macam singkat, dia tegur suruh labuhkan sikit. Cara dia tegur sangat baik.


Dari situ hati aku macam tergerak nak berjubah and tudung yang lebih sempurna, means bawah paras dada dan tak jarang. Korang tengok gambar kat atas tu, ha macam tu la aku nak pakai sekarang ni. Alhamdulillah aku rasa semakin cantik bila berpakaian macam tu.


Memang aku teringin nak jadi fashionista, tapi bagi aku dengan imej yang macam aku tonjolkan kat kartun aku tu, aku rasa bertambah 10 kali ganda cantik. Tengok Neelofa berimej seksi, tapi bila dia bertudung and berjubah perghhh.....bertambah-tambah cantik gila plus plus plus. Eh2.


Tak kisahlah nak pakai macam mana pun. Nak bergaya tak salah sebab aku tengok wanita yang bergaya ni sangat cantik bila menggayakan baju cuma cara berpakaian kena betul. Tonjolkan lagi kecantikan korang dengan "menutup" lagi kecantikkan korang. Er...faham tak apa aku taip tu? Huhu.


Aku tak kata aku rasa alim ke terlebih alim or whateva la kan. Kita ni masing-masing ada silap dan dosa. Sama-sama la ke arah kebaikan.. :)

Adore your arts

Halu halu haluuu...ada berita baik nak dikaborkan di sini. Okeh, Group aku iaitu We Love Arts dah pun selamat merasmikan satu segmen menarik untuk korang join.

Penganjur segmen ialah Azhafizah. Ahli-ahli seni lain termasuk aku dan Azhafizah sendiri akan menyumbangkan karya kitorang yang pelbagai ni kat korang! 

Ok2, korang mesti blurr apekenda aku cuba sampaikan ni kan? So, meh baca lagi untuk korang fahamkan.

Copy paste kata2 fiza :
"Tujuan utama segmen ni untuk memperkenalkan/mempromote ahli ahli seni group WLA [WeLoveArts] di samping memperkembangkan bakat yang ada. Dan diharapkan mendapat sokongan dari korang semua.Yang menariknya segmen ni menggabungkan pelbagaikan jenis arts yang akan dijadikan sebagai hadiah kepada blogger yang bertuah.

Ada vector potrait,vector cartoon,karikatur potrait,header flash,doodle,dolly,doodle BFF,vector T shirt dan macam macam lagi."



Segmen ni akan diadakan selama sebulan dan akan dibahagi kepada 4 minggu. Jadi, untuk segmen adore your arts ni ada beberapa bahagian.

Untuk minggu pertama iaitu Segmen Adore Your Arts part I yang bermula daripada 15 Jan 2012 hingga 22 Jan 2012 [jam 11:59pm] korang kena la sediakan entri sebelum masuk minggu kedua.


Syarat penyertaan, pemilihan pemenang dan hadiah yang akan korang dapat, boleh la tengok di SINI.



Untuk minggu pertama ni aku adalah salah seorang penyumbang hadiah. Aku akan menyumbangkan karikatur wajah pemenang macam ni, 


aku sumbangkan benda lebih kurang macam ni

 Penyumbang kedua ialah DD.

Penyumbang ketiga ialah Azhunk

Penyumbang terakhir ialah Azhafizah

Dah puas dan terpesona tengok karya-karya di atas? Nak dapatkan semua ni? Ha kena ingat, segmen adore your arts part I ni hanya daripada 15 Jan 2012 hingga 22 Jan 2012 [jam 11:59pm].

notapinkfiza : Selepas abis segmen Adore Your Arts Part I,akan ada Part II,III and IV.Syarat masih sama cuma penyumbang seni berbeza.Kalau nak join sampai part IV pun boleh.
 

Pesan Ustaz Azhar Idrus

Kepada blogger yang memfitnah tak kisahlah kepada sesiapa pun, moga diberikan petunjuk. Perkara yang kita sendiri tak tahu, tak perlu la nak buat huraian bergantung kepada cakap-cakap orang lain. Lagi satu ialah, memang tak semua akan suka apa kita buat dan sampaikan. 

Macam blog aku ni jugak la...ada yang suka dan ada yang tak. So, kenapa nak penat-penat fikir fasal apa orang yang tak berminat kan? Teruskan apa yang kita rasa baik.

Blog raja typo


Hahahahhaha. Ok aku gelak sebab suka tengok header blogger ni yang cute, macho, style dan tough. Oh yeh, header tu simple tapi sangat cantik. Aku suka style macam ni yang tak serabut kepala nak tengok. It's dark, stylized and that's fantastic. 

Blog raja typo sangat sesuai untuk beliau sebab 24/7 typo memanjang. Beliau ni kidal macam aku so halaju menaip tu memang dah boleh kena speed trap la.

Worait. Ini hari ah...wa mau cerita sikit fasal blogger sorang ni yang sangat kreatif. Bakat dia dalam seni ni memang tak boleh nak dinafikan lagi sebab semua hasil beliau dalam kategori superb. All his artworks are amazing and worth watching. I would love to see his work in person.




Tempahan doodle capsule? Okeh, doodle capsule tu sangat comel dan kalau korang nak tempah, sila ke blog beliau dan mula menempah. Gila comel kan doodle macam tu? wuwu..ni bukan nak mengipas hang fi. Tapi disebabkan terlalu suka artworks hang, den jadi teruja sikit. Muahaha.


Aku pernah lukis gambar beliau guna excel and ini hasilnya yang pernah aku kongsikan di entri lepas lepas lepas. Heh. Suka dengan gaya beliau ni dan masa lukis ni tahun lepas so tone bahagian wajah masih tak banyak lagi. Tengah bereksperimen dan sekarang baru la aku buat tone banyak2. 



Dengan itu, fi yang rajin lagi baik hati ni lukis wajah aku. Gambar yang aku bagi tak berapa nak clear sebab black and white.

Sangat cantik hasilnya. Rasa wajah aku macam begitu ayu...hahaha. Serius ayu. Terima kasih sebab jadikan dani secantik itu. Agagaga. Aku kalau nak promote blog seni ni memang meleret-leret sikit sebab teruja. TERUJA.

Dah penat baca kan? Nak tengok karya2 yang lain meh terjah BLOG SUPERFI!!

My [random] honest thoughts #3

1. Aku ni seorang yang pendiam tapi akan start kecoh bila jumpa geng yang sekepala. Tapi tak la sepanjang masa nak kecoh. Ada waktu tertentu dan bila diperlukan je. Meluat kot kalau sentiasa jadi kecoh girl ni.


2. Sambil menaip dalam keadaan serius ni, nak kabor yang aku tak ada bff (best friend forever), kawan istimewa ke, rapat ke or apa-apa panggilan lagi. Bagi aku, semua kawan-kawan ni sama je. Semuanya kawan baik. Dulu masa sekolah ada la bff ni tapi sejak ditikam dari belakang, so aku rasa tak perlu la nak baik sangat or nak rapat lebih2. Aku suka bersederhana dalam berkawan. 


3. Sangat suka memandu bila mood tengah rajin nak drive dan lebih suka drive sorang-sorang. Haha. Sebab lagi best nak layan perasaan dan tak payah dengar orang sebelah nak komplen cara pemanduan aku. Layan lagu-lagu kat hitz.fm and fly.fm..perghh.....sukar nak explain perasaan itu kat sini. Koh koh.


4. Bila sign in je facebook, aku lebih fokus kepada group WLA. Ahli-ahlinya sangat mesra alam. Tradisi menyambut ahli baru tu paling best. Kalau nak tahu, cer request. Heheh. Apa pun, tahniah la kepada orang2 kuat group ni. Makin ramai blogger fofular dalam tu yang minat ke arah seni.


5. My [random] honest thoughts ni selalunya ada 10 benda aku kongsikan tapi kali ni 5 je la sebab malas nak taip panjang-panjang. Er...ini pun dikira sebagai my [random] honest thoughts jugak lah.heh.



p/s : template blog pun dah berubah sempena tahun 2012. saja nak rasa benda baru. walaupun tak cantik dan tak hebat,tapi aku suka! hee...

Tahniah doktor!

Hari ni baru dapatku siapkan lukisan Ezani pemenang Masterchef pertama. Tahniah Ezani! Memang dah agak beliau akan menang malam tu sebab kemahirannya dalam memasak sangat mantop. 

Kepada Wahidan, beliau pun terbaik sebab dapat sampai ke final dan untuk pencuci mulutnya memang nampak sedap gila even aku tak dapat rasa.

Aku layan Masterchef ni entah minggu ke berapa entah. Mula-mula tak berapa la nak tengok tapi sejak mak aku dok pengaruh suruh tengok, makanya aku tengok la. Muahaha. Thanks mak. Rancangan ni best sebab boleh tengok teknik masak dan aku nak belajar buat semua tu.

Kalau ada lagi benda ni, nak masuk dan harap menang la. *ye la tu..ohok!

Sekali lagi, tahniah Dr. Ezani yang suka tersenyum ni!

Tiga pakaian di hari bersejarah

See? Tiga busana pengantin yang aku berangan nak pakai tapi hakikatnya aku takkan pakai apa aku reka ni. Muahaha. Cuma yang busana untuk pernikahan tu kemungkinan pakai macam tu la kot. Actually, aku kebosanan tahap gajah,so aku menghabiskan masa yang teramat bosan ni dengan reka baju pengantin.

Bila buat macam tu, rasa sangat-sangat puas sebab dapat berangan jadi macam Hatta Dolmat. 

Rekaan untuk majlis pertunangan, aku suka yang simple je. Pakai jubah dan tak terlalu sarat tapi cantik dipandang. Setakat bertunang je so tak perlu la nak vogue sangat.

Akad nikah memang dulunya sinonim dengan warna putih suci tu. Kiranya boleh cam la orang tu nak bernikah. Tapi sekarang dah lain. Pilihan warna busana untuk pernikahan dah macam-macam warna. Macam kakak aku dulu, dia mengenakan pakaian warna kuning air. Ada sorang kawan aku plak, guna warna biru. Bagi aku, warna putih tetap jadi pilihan.

Baju untuk hari persandingan (tiada tepung tawar dan pelamin) mesti nak nampak cantik macam permaisuri. Jadi, rekaan baju tu aku tak la rasa melampau sangat. Kain labuh yang mengelap lantai pun tak ada sebab nak elak riak. Kalau tak menimbulkan riak takpe.Tapi aku ni manusia biasa so elak la benda tu kan? Er...faham ke?heheh.

Apa-apa pun, hendaklah kita bersederhana dalam setiap perbuatan. Biarlah orang sekeliling nak cakap kenduri kita tak grand ke apa,yang penting berkat-Nya. 

Bila aku kahwin nanti,memang la nak nampak cantik sebab aku tak pernah lagi make up macam artis tu. Koh koh. Entah apa la rupaku nanti.

Ok,sesi berangan dah tamat.

How to draw cute lion using Microsoft Office Excel


Tools yang diperlukan:
Oval = telinga, badan, kaki, bentuk muka dan mata.
Cloud = rambut/bulu singa yang berwarna coklat gelap tu
Block arc = macam bentuk C yang digunakan kat atas badan singa. Nampak kan?
Curve = anak rambut/bulu kat atas dahi singa, ekor dan bulu ekor singa
Line = misai






Bentuk (shapes yang korang boleh dapati)
Digalakkan bereksperimen.








Warna:
Drawing tools - format- shape fill (bahagian dalam shape) - more fill colours - custom (dapat lebih banyak jenis warna
Drawing tools - format- shape outline (set kepada no outline)


Cara save selepas siap:
Klik salah satu bentuk tu, then click CTRL+A - right click - group.
Copy paste di Paint


Selamat mencuba!

How to draw female eye

This tutorial will show you how to draw female eye menggunakan mata yang cantik hasil carian di google. *sungguh rojak bahasaku. To make it real, you must focus on making it realistic tapi tak perlu la terlalu sebijik. Cukup la sekadar nampak betapa agak real-nya mata tu.

First step : sila buka MS Excel korang yang dah tersedia dalam lappy slash notebook slash netbook masing-masing yang mahal2 tu.

Insert gambar yang korang dah cari di google tu dan jadilah seperti di atas. Adjust la nak besar mana.


Klik:
Insert - shapes dan pilih curve seperti yang aku tunjuk di atas
Lukis ikut bentuk mata


Then, korang lukis je betul-betul ikut apa yang ada kat gambar tu. Semuanya guna tool Curve.
Anak mata dan mata tu je guna Oval.

Untuk kening, kena lukis dengan penuh sabar sebab aku buat dari titik mula sampai la ke titik permulaan balik. Make sure close path ok! Maksudnya dari titik permulaan tu kena habiskan sampai ke titik tadi. 

Faham ke dak? Kalau tak,korang takkan boleh mewarna. Benda ni tak sama dengan photoshop.


Dah siap!
Asingkan gambar original dengan apa yang dilukis tadi so jadi la macam tu. Sekarang tengok bawah untuk proses warna.


Cantik tak? Nampak agak real tak? Heheheh.

Cara mewarna:
Drawing tools - format - shape fill (untuk bahagian dalam bentuk tu) - more fill colours (cari warna menarik pilihan korang)

Drawing tools - format - shape outline (untuk warna gariasan hitam tu. set kepada NO OUTLINE)

Warna kat bahagian bawah mata tu aku guna red= 255, green=174 dan blue=93 (semua ni ada lepas korang klik kat more fill colours tu.dalam kotak tu nanti ada benda alah yang aku sebutkan tu. harap faham eh.

Cuba letakkan jumlah yang aku bagi tu untuk dapatkan warna macam tu (digalakkan la)



Lepas siap:
Klik pada salah satu bentuk kartun korang then klik CTRL+A lepas tu right click - group.
Copy paste di paint dan save as bitmap (tak la pecah2 sangat gambar)


Ha yang ini gambar cik nyet2 yang aku baru buat tadi. Heheh. Korang dah tahu asas,so boleh la cuba-cuba lukis benda lain pulak. Selamat mencuba.

Superman tak tahan bau busuk

Aku tak tahu siapa dah mengeluarkan gas busuk sampaikan superman kita ni tutup hidung. Pastinya bukan aku. Keh2. Hem..ini macam bukan superman tapi macam anaknya superman kan?kan?

Nama pun dah terbentang kat situ so tak perlu bagitahu lagi. Beliau ni ahli WLA jugak. Heheh...baru aku perasan, kebanyakkan yang dapat vector free ni adalah di kalangan ahli WLA. So....kalau korang nak menjadi antara yang bertuah dapat free ni, join la We Love Arts

Tapi...ikut mood aku jugak. Prefer korang tempah la eh. Jenuh la nak bagi free memanjang. Bayangkan sekali bagi free tiba-tiba berduyun-duyun duyung nak lagi. Tetiba duyung pulak.

Superman kita ni baru darjah enam. Muda lagi. FYI, Amir ni bertuah sebab ada beberapa pelukis vector hebat dalam group kitorang tu sudi lukis untuk beliau ni.  

Macam adam azman dia lukis guna photoshop dan aku semestinya la benda paling cikai dalam lappy, pc, notebook, netbook iaitu Microsoft Office Excel jeerrrr... *haip! jangan cakap "jerrr" ...kita kena bangga tapi bukan riak dengan skill kita.heheh.

FYI lagi, harga untuk gambar macam Amir ni ialah RM50. Nampak senang nak buat tapi sebenarnya ambil masa plus masa-masa aku yang lain perlu di ambil kira. Aku bukan nak kapak hangpa tau..harga minimum pun rm20 ke atas untuk tahun 2012. 

Hee...Berminat? Karya excel one and only...sila email ke ckecikcomeldani@yahoo.com.

Vector lelaki pertama 2012

Gambar ni adalah salah seorang ahli WLA yang tempah kat aku untuk melukis vector beliau. Ikut harga masa tahun 2011, vector ni cuma RM10 sahaja. Sekarang dah 2012 so dah up sikit sebab dalam quotation dah insert sekali dengan masa yang ada. 2012 ni agak sibuk.

Lepas je beliau setel bayar, terus aku siapkan lukisan ni. Untuk pengetahuan korang, gambar yang background purple tu aku yang buat. Disebelah yang warna background green apple tu hasil editing oleh beliau menggunakan photoshop.

Perubahan yang dibuat adalah tang senyuman, penambahan anak rambut (katanya untuk kurangkan kejendulan) dan juga latar belakang gambar.

Dalam masa singkat je beliau edit. Hasilnya sangat mengagumkan especially tang senyuman tu. Guna PS tu! (bukan PS2).

Aku suka jugak warna baru tu. Katanya beliau set kepada overlay untuk latar belakang. Nice colour bro. Owh yeh, nak lukis vector beliau ni ambil masa sekejap je sebab corak baju plain, lepas tu tak banyak la benda nak kena buat berbanding lukis vector wanita.

Eh2..lupa pulak nak bagitahu namanya. Ehem2. Nama beliau ialah Fahmi Mahat dan beliau juga seorang blogger! klik di header tu k.




p/s : autopublish.sekian.

Back to school

Yeay...ecok iteewww dah cekolah ah...mak iteeewww teman tauuu. Baju cekolah canggih, beg dengan botol air angry bird mak iteewww beli. (budak2 kecik je dimaafkan cakap macam tu).

Aku tak berapa ingat suasana zaman mula2 masuk sekolah. Aku menangis ke tak,seris tak ingat. Rasanya aku cool je kot masa tu. keh2. Ada la beberapa benda aku ingat antaranya,


Uniform sekolah
Dulu sekolah agak bandor (bandar) so pakaian sekolah majoriti budak perempuan pakai skirt. Lepas berpindah ke kawasan perumahan kampung, masa masuk kelas lewat beberapa hari, semua pandang aku. Dah selamat duduk kat kerusi (takkan kat meja plak kan), budak2 laki dok gelak2. Diorang cakap nampak seluar tuuuut. Terkepit2 kaki dibuatnya padahal tak nampak pun. cisssdale betul.

Keesokannya terus tukar kepada baju kurung. Fuh rasa lega.


Takut pergi sekolah
Masa tu bila tengok cikgu je, aku rasa macam nampak monsters tengah meleleh air liur nak makan budak. *nampak benor imaginasi melampau.


Itu je aku ingat. Oh man...gambar masa zaman dulu tu hilang entah ke mana. Kepada yang masih sekolah tu,selamat kembali ke sekolah. Masa tengah sekolah ni memang perasaan membuak2 nak habiskan cepat. Tapi bila dah habis belajar, masa tu la gedik nak masuk sekolah balik. *macam aku.


Belajar rajin-rajin! Assalamualaikum..

Rekaan logo We Love Arts

Hai semua! Hari ni dah tahun baru 1 Januari 2012 dan entri ni semestinya entri pertama untuk tahun ni la kan. Heheh. Maka dengan itu, aku nak share idea berkenaan logo khas untuk group WLA di facebook. Fiza a.k.a the pengemuda group ni dan juga Adam Azman selaku tukang kebun dan pemberi idea, minta ahli-ahli WLA ni untuk reka logo untuk We Love Arts.

Tanpa menaip terlalu panjang merepek meraban, ini dia logo yang aku tak la kerah otak sangat. Apa yang datang tu secara tiba-tiba. Tapi tang nak warna tu baru start jammed otak.


Simple je aku buat tapi aku suka sebab aku yang buat. Muahaha. Font tu aku reka kat MS Excel. Biasalah kan, aku ni asyik excel je. Ada la beberapa ahli WLA yang dah reka logo. Rekaan diorang sangat cantik dan simple.

Ini ada lagi satu logo yang mula-mula aku reka. Tak tahu la ok ke tak tapi tetap nak share.

Sedang membayangkan kalau logo aku terpilih, makanya tertempeklah dekat group,blog WLA..tak pun dekat baju tshirt. Fuh...bangga bangga.


Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah