Review kad raya blogger

Baru hari ni dapat kongsi kad-kad raya yang dihantar lima blogger dekat aku sebelum umum raya hari tu. Seronok betoi bila posmen datang rumah. Dia sumbat kad raya dalam peti surat. Aku berlari keriangan nak ambik surat-surat.



Terima kasih yang tak terhingga kepada,

Ary Lee sebab bagi kad raya yang paling unik tahun ni. Kena gores dan menang. Eh bukan. Gores lepas tu ada ucapan raya dalamnya. Kreatif kreatif.


Eqbal Zack. Retis ni. Sejak-sejak join contest abang EQ dulu kat sini, yang mana aku menang tempat kedua, abang EQ rajin bagi hadiah macam button sebagai tanda penghargaan dan ingatan. Terima kasih :)

Bottom left:
Kawaii Dysha. Blogger yang super kreatif. Kartun memang cool gila. Kad raya tu rekaan Dysha sendiri. Blog Dysha ni memang aku kerap datang sebab kartun dia lawa melampau.


Fyfy Liew. Blogger Sabahan yang pandai melukis, kreatif dan kelakar. Memang kitorang berdua ni kalau berborak, mesti gelak-gelak walaupun cuma kenal melalui dunia maya. Terima kasih untuk kad dan ucapan sweet raya tu. :)


Akhir sekali CCI cute design. Glemer ni. Kad raya direka sendiri dan sangatlah comel. Terima kasih sangat-sangat.

Hari ni ramai tak tahan nak terkencing

Assalamualaikum.


Pandulah dengan berhati-hati. Sayangi nyawa anda dan orang tersayang.


Tapi masih ramai memandu laju, masuk lane kiri kanan tengah tanpa bagi signal. Pecut macam dah nak terkencing sangat-sangat.


Aku faham semua orang nak cepat. Tapi kalau terlalu laju, itu boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. 


Dan aku sangat faham bila keadaan macam ni berlaku. Semua orang hadapi benda ni. Ada yang nak maki siap hon hon, himpit kereta dan ada jugak yang boleh tahan sabar, geleng-geleng kepala je. Aku ni kategori hampir-hampir nak maki tapi...astagfirullahalazim. Tahan.

Ustaz dah kahwin

sopan itu indah :)

*info:
lukisan hanyalah sekadar imaginasi pelukis (aku la tu) dan juga gambar asal daripada google adalah sebagai rujukan. Bukan 100% ikut gambar asal (dah terlebih zoom in, still tak nampak detailsnya. kehkeh. harap maklum)

Illustrasi isteri Ustaz Don iras sikit-sikit je aku buat, sebab tu guna illustrasi sedia ada. haih haih ramai pulak tegur ha. ngehngeh. Dah kabor bukan 100%.

Paint Tool Sai + Mouse yang berjasa. *wink wink.

Kisah tudung aku

Assalamualaikum.


Entri ni bertujuan nak kongsi sikit kisah pasal tudung atau dengan panggilan yang orang dok suka sebut zaman sekarang ni, hijab yang mana hijab ni adalah perkataan yang berasal daripada Arab.


Hijab. Sesuatu yang menutup aurat wanita daripada pandangan lelaki.


Firman Allah Taala yang bermaksud:

'Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha Pengampun dan maha Mengasihani' 

(Al-Ahzab : 59)


Dulu masa zaman 80an 90an macam tu la, zaman masa aku masih kanak-kanak, tudung yang aku mula-mula tengok, tudung riben. Ala yang kena ikat then buat riben. Kalau tak nak riben, just sarung penyarung tudung ada manik tu. Macam ni,

Kalau keluar je, style macam ni la dipakainya. Dulu memang trend la kot. Sebab ramai jugak pakai cenggini. Sekarang ni pun rasanya masih ada yang pakai, tapi mungkin minoriti.



Lepas tu, masuk belajar. Pengaruh tu sangatlah hebat. Macam-macam gaya yang tak menepati menutup aurat sebenar. Style tudung selepang.

Masa tu layan tudung bawal je. Disebabkan nak cepat ke kelas, selepang je tudung. Tapi kalau tak cepat pun, tetap nak selepang. Masa pakai macam ni, banyak mata dok pandang-pandang terutama lelaki.



Dan sepanjang terjerumus ke lembah keselepangan (keselepangan?), waktu tu tengah kelam kabut nak bersiap ke kelas. Tengah-tengah dok adjust tudung tu, ada sorang kawan baik aku merangkap roomate, tegur.



'Cuba labuhkan sikit tudung tu'. sambil senyum.


Aku pandang cermin, aku tengok tudung. Hem. Memang pendek.



Tahukah anda...setiap hari dia tegur benda sama tapi aku macam buat dek. Pakaian pun agak ikut bentuk badan. Kekonon nak tunjuk keremajaan la masa tu.



Dan satu ketika tu aku rasa macam something wrong somewhere. Aku pakai tudung memang dah lawa dah. Dah ikut apa patut. Pakaian tak jarang, cuma fit sikit. Rupa-rupanya masih tak menepati ciri-ciri tutup aurat yang sebenar.




Sejak tu aku labuhkan tudung, tutup paras dada. Tudung bawal yang jarang-jarang ni dah tak pakai. Segala bala baju yang agak kecik tu pun aku dah tak sentuh. Serius aku rasa malu sebab dalam tak sedar tu, aku dok tayang benda tak patut even bertudung.



Walaupun tudung yang aku pakai tak selabuh roomate aku tu, aku usaha tutup mana yang patut. Alhamdulillah sekarang ni aku lebih suka pakaian yang besar, lebar. Tudung besar-besar. Cuma ada beberapa tudung syria yang aku pakai tu, agak pendek tapi masih menutup bahagian penting. Tapi rasa macam tak cantik sebab bagi aku masih pendek.



Gaya macam Maria Elena, Heliza Helmi dan lain-lain tu buat aku rasa betapa cantiknya tudung labuh dan pakaian besar tu. Dulu kalau nak beli baju je, mesti cari saiz XS atau S. Sekarang nak saiz L.



Biar besar asal terlindung.



Cuma satu benda je nak bagitahu. Jangan sekali-kali kutuk, maki dekat wanita-wanita Islam yang masih pakai tak menepati aurat sebenar ataupun mereka-mereka yang freehair/on off tudung. Setiap orang ada dosanya sendiri dan takkan terlepas daripada buat kesilapan. Insya Allah, kalau guide dengan cara lembut dan betul, mereka-mereka ni akan jadi lebih baik.



'Pakai tudung, tapi baju ketat. Bek tak payah pakai tudung!' kata si polan.


Kata-kata macam tu tak patut bagi aku. Tak bersifat teguran langsung.


Bak kata seorang wanita yang baru peluk Islam daripada kumpulan Safiyya di IKIM.FM kalau tak silap la, katanya, kalau kita tegur cara kasar, keras, hati orang yang ditegur tu akan bertambah keras. Seeloknya kita tunjukkan betapa indahnya kalau kita pakai macam ni ke, macam tu ke, then orang yang ditegur akan boleh terima. Insya Allah.

Baju raya daripada Radiusite

Radiusite

Kalau ikutkan gambar asal, bahagian lengan yang pegang tudung tu terdedah dan tudung agak singkat. Sebab tu dalam lukisan ni, ditambah handsock dan dilabuhkan sikit tudungnya. Walaupun kartun, tapi benda macam ni menjadi prinsip aku. Sekian.


Jom membeli-belah di Radiusite. Dibuka semula 27 Ogos 2012 nanti. :)

Entri raya bergambar

kampung saya - #instagram -

Assalamualaikum. Rasa seronok beraya tahun ni sebab dapat jumpa sedara mara yang dah lama betoi tak jumpa. Ini semua faktor masing-masing duduk berjauhan. Berkumpul ramai-ramai lepas tu masing-masing cakap serentak, buat lawak, gelak-gelak. Sebab tu lah keadaan jadi meriah tak hengat.



Dan raya kali ni jugak, alhamdulillah dapat kumpul duit raya mengalahkan budak-budak kecik. Aku agak blur sebab sepatutnya usia aku ni tak mungkin dapat duit raya banyak-banyak lagi. hek hek. Perasaan blur tu hilang bila aku tengok cermin. *if you know what I meant. :)






Ayam tok wan. Jantan, betina dan dot dot dot.

Selalunya kalau jejaka atau si gadis yang dah umor 24 tahun dan ke atas, satu soalan yang kerap ditanya mak pak tok sedara semestinya,



Bila nak kahwin?



Tapi raya tahun ni ajaib. Soalan ni tak berapa nak diajukan dekat aku. Tapi dekat adik aku dan sepupu-sepupu kecik yang masih sekolah menengah. Hem.... K.






- #instagram - nak try photoshoot macam Shea Rasol boleh? :)

Berkenaan berat badan, memang makin naik nampaknya. ngah ngah. Bila senyum, rasa bulat betoi muka. Tak macam sebelum-sebelum ni, nampak bujur sirih. harhar. K.



Disebabkan tu la kena turunkan berat badan sebab nanti ada event penting, so takut baju yang dah sedia ada tu tak muat. Hari tu masa raya pertama pun, dah tak muat nak zip kain. Gelabah nak tarik zip kain sampai rasa macam nak lempang sesiapa yang ada depan mata.






baju raya I takda bling bling

Bab baju raya ni, tak lah lip lap mana. Biasa-biasa je sebab bila memikirkan sedara mara lain yang hidup dalam kemiskinan, masa tu kita rasa lebih elok bersederhana. Sekarang kita hidup senang, esok lusa kita tak tahu. Jadi kenalah beringat-ingat.



Sebenarnya sedih bila teringat masa ziarah sedara mara yang hidup susah. Lepas tu pulak, tadi tengok dekat berita pasal rakyat Syria. Lagilah rasa sedih ya amat. 



Bila tengok ada pulak orang yang makan membazir, memang rasa nak tegur je sebab orang yang lebih susah tak kisahlah dalam negara ataupun luar, diorang ni dah la tak cukup makan. Badan kurus nampak tulang. Si pembaziaq ni pulak badan tembun (besar) tapi membazir. Tamak.



Dua benda tu lah buat aku termenung kejap.



Raya, raya jugak. Tapi elakkan pembaziran. Oh ramai dah start masuk kerja dah kan? Selamat bekerja :)

Tempahan illustrasi


Assalamualaikum.


Tak sangka ada yang berminat nak dapatkan illustrasi sendiri lepas tengok dua entri yang lepas. Alhamdulillah. Tempahan ni tak ikut muka sebenar sebab cuma ikut pakaian dalam gambar yang diberikan je. Sebab tu kalau nak lukisan macam ni, just email gambar penuh.


Dah nak raya pun aku ambil tempahan lagi. Inipun sebab ada masa sikit. Dah nak dekat raya nanti, berhenti ambil tempahan sebab nak main pop pop style sopan dan ayu. Kalau nak main mercun kang, takut pulak terbang anggota badan.

Illustrasi Shea Rasol


Shea Rasol
Latar belakang : Paint Tool Sai
Imaginasi : Datang daripada Allah lalu diluahkan terus ke dalam 'canvas'
Tema : Fesyen, Beauty, Sopan
Copyright : Nurdaniub.blogspot.com (saya ya ya ya ya)


Semestinya lukisan ni bertujuan untuk meluahkan rasa teruja dengan gaya Shea. Kebaya riau yang dipakai Shea Rasol tu mengundang keinginan nak membeli sepasang untuk raya. Namun begitu, mahal benar harganya. Tiada yang benar, melainkan yang benar-benar belaka. Kalau terlebih mampu, barulah aku akan beli. Sepasang pun jadi seh....

Illustrasi Liza Razak


Bagi sesiapa yang memang kerap ikuti perkembangan blog aku ni, mesti perasan yang aku cukup suka lukis benda berkaitan fesyen ni, sebabnya, ini aku punya passion. Passion dekat pakaian yang digayakan tapi ikut mood la jugak. Kadang-kadang mood ke laut sampai dah takda bot nak ditumpangkan ke darat, aku memang takkan lukis la. Melainkan kalau tempahan. Haruslah berenang ke tepian pantai dalam keadaan mengenggam obor simbol berjuang demi tanggungjawab dan amanah orang kepada kita. *hiperbolanya itew euw euw.



Lagi satu, aku suka tengok gaya Liza Razak kalau pergi mana-mana event, walaupun agak baru jugaklah mengikuti perkembangan blog Liza Razak ni. Oh, lukisan tu aku rujuk gambar dekat headernya. Style.. *two thumbs up.

Tok dan wan

eh eh dah sampai kampung la iteww. heh.

Kalau balik kampung, tok wan suka sangat menyakat cucu-cucu dia. Er termasuk aku. Dari zaman sekolah sampai sekarang, bila balik kampung, sama je. Paham apa yang sama? Saiz badan. Eh serius ni. Tak kira la tok, wan atau sedara mara lain ke, mesti bahan aku bab fizikal.


Anak-anak sedara dengan sepupu-sepupu yang kecik cinonet tu pulak, memang kerumun dekat akU. Mungkin diorang ingat aku baya-baya diorang. ppfftt.. Memang tak suka sebab tersisih daripada kumpulan dewasa. ngah ngah.



Tapi sekarang ni, kalau diorang datang kat aku, masa tu aku rasa lain macam. Seperti sifat keibuan mula datang. So orang lain boleh nampak betapa aku ni dah layak jadi mak orang kerana kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Heh heh.



Sebenarnya aku agak ke laut ni. Aku nak cerita ringkas fasal tok dan wan aku.



Tok dan wan belah ayah, dua-dua dah mengadap Ilahi. Sedih pulak bila habis taip ayat tu tadi. *tenangkan diri 4 minit.



Ok. So tinggal tok dan wan belah mak je. Alhamdulillah dua-dua masih nampak sihat dan kuat. Orang dok kerjakan bendang. Memanglah tulang tu kuat bebenor. Kalah aku. Buat kerja sikit dah penat. Bahaha.



Aih tak sabar pulak nak merasa laksa kedah dengan daging busuk daripada wan aku. Bagi yang tak tahu, daging busuk tu sebenarnya daging yang diletak garam dan dibakar. Memang heaven. Harap tahun ni, dapatlah duit raya banyak-banyak dan yang tengah baca ni, sila bagi duit raya jugak. Klik dekat iklan nuffnang tu. ngahngahngah. K gurau. Don't take it seriously ha. :)


Balik kampung

Beg, sweater, lappy antara benda wajib dibawa balik kampung
Tak lama lagi dah nak raya. Sesak le highway nanti. Beberapa hari sebelum raya, aku dengan family akan balik kampung menghala ke utara. Utagha noh. Cuti seminggu. Tu yang kena angkut barang, baju banyak-banyak. Ikutkan plan mak aku, katanya nak beraya sampai ke Pegheleh (Perlis). Ada orang Perlis kat sini? Saja tanya.



Memandangkan umur aku pun dah meningkat dewasa ni, makanya bapak aku suruh aku jadi pemandu ganti. Haih.. aku ni jarang sikit berjalan jauh macam ni. Haruslah pelekah (bantai) ayaq kopi atau Nescafe. Baru la mata terbeliak ha engkau.



Benda yang menakutkan masa raya nanti ialah anak-anak sedara. 







$$$$$. heh. 



Tapi takpe. Sorang dapat singgit. Ok la tu. :)



*tadi sempat hantar kad raya untuk dua blogger. Serius kelam kabut sikit sampai tak menyempat sangat. Lepas raya seminggu aku hantar la yang kad lebih-lebih tu. Alamat pun ada yang tak dapat nak bagi dekat beberapa blogger yang email aku baru-baru ni. Maaf eh. Tak sempat jugak. Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa. Hehe.

Lukis ketupat dengan cara paling mudah menggunakan MS Excel

mari menganyam
Memandangkan dah nak dekat raya, puasa pun tinggal beberapa hari je lagi, adalah baiknya kita anyam ketupat sama-sama. Nanti boleh la 'dimakan' bersama rendang atau susu tin. Suka cicah ketupat dengan susun tin sebab nikmatnya tak terhingga. 



Haih Terliur pulak.


Bahan-bahan yang kita perlukan semuanya dah tersedia dalam excel. Tak payah lukis. Tinggal insert je. Ok ni bahan-bahannya ;

1. Sekeping MS Excel sebagai tempat adunan

2. Sembilan buah Rounded Rectangle

3. Empat batang daun Chevron

4. Bahan pewarna;
  • Green
  • Light Green



Cara-caranya;
Kena buka excel ya.

Sembilan buah Rounded Rectangle

  1. Insert - Shapes - Rounded Rectangle
  2. Klik dekat bentuk tu dan sila tekan CTRL+C dan CTRL+V sampailah jadi sembilan buah bentuknya ya.
  3. Kemudian susunkan bentuk tadi sampai jadi macam dalam gambar.
  4. Lepas siap, klik CTRL+A - Right Click - Group
  5. Then, rotate bentuk tu (tempat rotate button hijau kecik yang dalam bulatan merah tu)






Empat batang daun Chevron

  1. Insert - Shapes - Chevron
  2. Drag bentuk tu untuk adjust sampai jadi macam dalam gambar
  3. Klik dekat bentuk tu dan sila tekan CTRL+C dan CTRL+V sampailah jadi empat bentuk macam dalam gambar.
  4. Rotate
  5. Susun bagi jadi dua yang bercantum
  6. Untuk daun bahagian bawah tu, kena rotate:
  • Drawing tools - Rotate - Pilih ikut suka nak rotate arah mana







Warna.

Lepas dah susun tu, silakan mewarna ye. Nak bagi jadi warna macam ketupat rentung pun boleh. :)

  1. Klik dekat bentuk yang dah pun group tadi
  2. Drawing tools - Shape Fill - Green (untuk empat bentuk ketupat petak tu dan daun chevron)
  3. Drawing tools - Shape Fill - Light Green (untuk lima bentuk yang belum diwarnakan tu)
  4. Pastikan Shape Outline tu NO OUTLINE. Baru cantik...



Cara save lukisan :
  1. Klik dekat lukisan yang dah siap - Right Click - Group
  2. CTRL+C (copy) dan buka MS Paint
  3. CTRL+V (paste) terus pada Paint tu
  4. Save as PNG


Dah siap pun ketupat kita. Cuba la tengok masa yang korang dah berjaya siapkan. Adakah sampai berjam-jam? Tepuk dada, jangan kuat sangat. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari lebaran.

Lukis Boboiboy menggunakan Microsoft Office Excel

ini google image.
Kali ni aku akan berkongsi dengan anda satu teknik untuk lukis kartun popular di Malaysia, Boboiboy. Walaupun aku tidak gemar cerita kartun, tapi aku tahu, mesti ramai yang minat boboiboy ni, betul tak?



Teknik melukis Boboiboy ini hanya menggunakan Microsoft Office Excel. Sesuai kepada sesiapa yang teringin untuk melukis watak kegemaran menggunakan cara yang mudah dan cepat. Trust me.


banner sidebar saya.


Langkah pertama, sila google image Boboiboy, kemudian simpan di dekstop anda.


Langkah pertama :

'saya dah bersedia!', kata boboiboy kepada peminatnya
Kemudian masuk ke dalam MS Excel.


Buka MS Excel anda, klik di bahagian Insert - Pictureand choose the picture. Then, follow the step as shown to ensure the background image to be transparent.





2. Melakar/melukis

kena close up baru senang lukis
Klik Insert- shapes - curve.
Lakar betul-betul ikut bentuk yang ada pada gambar.

Untuk bahagian mata or round thing, tak perlu menggunakan Curve
Insert- shapes- Oval.


Setiap bentuk tu buat satu-satu, for example, siapkan bentuk muka dahulu (seperti gambar di atas), kemudian lukis untuk mata, telinga, baju, tangan dan seterusnya.


Pastikan shape fill tersebut ialah No Fill sebab senang untuk anda nampak dan lukis objek di bahagian lain.


Cara-caranya :
1. Klik pada bentuk yang anda sudah siap lukis tadi.
2. Drawing tools - shape fill (No Fill)




click for large view
It will be like this. Kemudian drag (tarik) gambar asal ke sebelah untuk bagi nampak lakaran kita buat tadi. Senang untuk kita warnakan satu persatu, refer to the original picture.




3. Mewarna
kurang sejam dah boleh siap
Untuk warnakan :
Drawing tools - shape fill (pilih warna)
Drawing tools - shape outline (set kepada No Outline)


Kalau anda inginkan line berwarna hitam, set shape outline dengan memilih warna hitam.

Zip pada baju :
Insert- Shapes - Freeform (ikut bentuk pada gambar asal) atau Rectangle.

*No need to draw the zip many times. Sekali pun dah cukup. Kemudian copy paste and reorganize. Selesai.


Walaupun Excel ini nampak mudah, tapi ada juga kesusahannya. Leceh bila shape bertindih lepas kita dah warna bentuk tadi. Mata yang patut nampak, tapi tak nampak. So we have to click at the eye shape or any object yang terhalang, lepas tu right click- bring to front. Kalau sebaliknya, just send to back.


Gambar paling kanan tu, google image. Saja nak bezakan hasil daripada excel with the original image




Mata bersinar


Caranya:
Insert-shapes- Oval.

Cuma kena ada tiga bentuk bulat.
a. Besar
b. Sederhana
c. Kecik

saiz boleh adjust ikut suka. drag.

Warna:
Klik pada bentuk a :
Drawing tools - Shape Fill (pilih coklat)
Drawing tools - Shape Outline (Black)

dan seterusnya langkah yang sama untuk bentuk b dan c, cuma tukar warna dan Shape Outline wajib No Outline.

Mata bersinar:
Klik dekat bentuk c :
Drawing tools - Shape Effects - Soft Edges - 10 point (digalakkan)

Bentuk tu nanti akan hilang so drag bentuk c jadi besar sikit sampai nampak bentuknya. (macam dalam gambar)

Bentuk a pulak, klik:
Drawing tools - Shape Fill - Gradient - From Centre


Siap.


Untuk bahagian mata, aku touch up guna SAI sebab hasilnya sangat terbaik. Hanya menggunakan tool iaitu 'Blur'. 'Blur' bahagian anak mata hitam, then guna brush (simple circle) warna putih untuk buat bersinar tu. Dan blurkan. Terus siap. :)




4. Touch up dan save lukisan

Ini hasil close up guna Excel. Warna dia biasa-biasa sahaja, betul tak? Disebabkan nampak macam tak 'timbul' lukisan tu, aku touch up sikit guna Paint Tool Sai. Jadilah macam dekat bawah ni.


Sebelum tu, kena group dulu semua bentuk dalam excel.

Caranya :
1. Klik salah satu bentuk
2. Klik CTRL+A (select all)
3. Right click
4. Group


Dapat? Kalau tak dapat, sila ulang balik steps di atas.


Lepas tu buka MS Paint anda. Klik pada lukisan tu, kemudian tekan CTRL+C dan CTRL+V dalam Paint. Save as PNG sebab lukisan anda takkan nampak pecah-pecah.



lukisan yang saya buat dah siap

Nampak perbezaan kan? Letak sikit bayang-bayang bagi dia nampak seperti 3D.







lukis dengan gigih bukan kelam kabut
Although the results are not as good as the original image, tapi kita boleh hasilkan watak kegemaran guna Excel yang super mudah dan pantas. Sesuai untuk yang baru nak berjinak-jinak dalam lukisan digital macam ni.



Kalau tak cuba, kita takkan tahu dan kalau malas, takkan jadi. Banyak lagi watak-watak kartun yang kita boleh cuba buat guna Excel. Guna teknik yang sama.


Penting!
Teknik ni boleh dikatakan teknik menekap. Memang tekap pun. Sesuai untuk mereka yang ingin belajar melukis dan tahu teknik betul so lepas tu boleh lukis sendiri tanpa tekap. Tapi, mesti akan ada orang yang akan guna ke arah yang tak betul. Contoh terbaik, copycat karya orang lain. Jadi, jangan menekap lukisan orang lain lepas tu mengaku itu rekaan kita ya. Anda boleh dikenakan tindakan sebab bab copyright ni jangan main-main. Pesanan khidmat ringkas dan tegas daripada saya untuk anda. Selamat berpuasa :)



Selamat mencuba :)

Bagi Belah Lawak Lorong Belakanglah Sangat oleh Kartunster

Di saat-saat akhir ni lah baru dapat gedik nak join bagi belah (give away) daripada Kartunster ni. Disebabkan baru je dapat idea malam semalam, makanya aku publish lah hari ni. Tarikh tutup esok, 10hb Ogos 2012.



Lukisan yang ada dalam entri ni semuanya dilukis sendiri oleh encik kartunster ni. Tugas kita cuma isikan belon-belon kosong dengan dialog lawak tak hingat dunia. Aku harap dialog yang aku buat tu,boleh buat hidung kome semua berdarah tiga minit. *tadah tangan mohon berdarah.



\
Berdarah tak hidung? Oh tak? K.



Penyertaan tak semenggah daripada saya ni harap mendapat perhatian penganjur. ngeh ngeh. Ada pencerahan sikit dekat sini. Ayat 'sotkabar' tu ialah suratkhabar yang memang dah jadi bahasa harian aku dekat rumah. Baru perasan ayat tu sama dengan Keri. Ok tu je nak cerahkan. *tak penting sebenarnya. keh keh keh.



Kepada anda anda dan anda, moh le kita join Bagi Belah ni. Hadiah menarik wo. Tu yang nak join sesangat tu. Tarikh tutup esok. Cepat klik NI !

Gaya biasa-biasa si petite

Hehehehehe. Rasa macam nak berfesyen pulak dalam entri kali ni. Ini untuk suka-suka je ye. Nak letak gambar sendiri gaya ala-ala model macam Shea Rasol, tak sesuai pulak. Aku ni tak 'makan' gambar. ngeh ngeh. Kartun pun jadilah. 



Aku suka pakai benda yang simple, tak tarik perhatian orang untuk tenung atas bawah dan suka berada dalam kelompok biasa. Faham ke tak? 




bersedia untuk masuk ofis.
Gambar dekat atas ni antara gaya yang aku suka pakai. Memang semua tu dari dalam almari aku. Biasa je pakaian. Murah tapi berbaloi.




Dulu tak berani nak pakai warna terang atau pastel sebab terlalu kerap pakai warna gelap. From head to toe memang gelap-gelap je warna. Mungkin sebab tak yakin dan tak berani. Tapi sekarang dah lain. Keyakinan dan keberanian tu ada. Mungkin sikit but at least, ada.




Lagi satu, aku ada minta pandangan daripada Fya Zainal macam mana nak mix and match warna dan baju. Best la sebab Fya kongsikan macam-macam so aku boleh belajar benda yang dos and don'ts in fashion dan memandangkan aku ni petite, haruslah tahu what to wear and what not to wear etc etc.


Sling bag + flowery pattern top from 1960 Moustache
Gaya macam ni selalunya aku akan pakai kalau nak keluar mana-mana. Selipar tu memang jadi pilihan sebab jenis getah so tak sakit kaki, senang nak berjalan, lari, pecut dan sekeluarga dengannya. 




Kadang-kadang banyak mata tengok aku atas bawah. Ala selipar ni mahal tau. RM12. Mahal la tu. *kekening. Sling bag tu aku suka sangat pakai sebab ada tali panjang dan dia punya warna tu lembut. Nampak sempoi dan style.




Tudung syria sentiasa jadi pilihan sebab mudah nak pakai. Sarungkan macam tu je, dah jimat masa kan? Inner tu melekat, so guntingkan sikit bahagian benang dalam, dan jadi awning. Tak suka yang melekat dekat dahi. Sebenarnya ada maxi skirts tapi malas nak upload. Kadang-kadang pakai jugak dengan skirt sebab nampak cute. Eheh.




Long cardigan. Kerap la aku pakai sebab kebanyakan tops ada yang sleeveless. Tengahari buta pun aku boleh pakai. 'Cool' kan? :)



*illustrasi : paint tool sai.


Khas untuk dunia magika ascil


Pertama sekali, alhamdulillah sebab dengan izin-Nya siap lukisan percuma untuk blogger seterusnya ni. Dulu kan aku dah kabor yang sepuluh orang blogger rajin komen blog ni akan dapat lukisan free. Haih...baru dapat siapkan hari ni sebab sebelum-sebelum ni puas cari mood melukis. Hehe.




Ascil ni memang rajin datang komen dekat blog tak semenggah aku ni. Terima kasih sangat-sangat. Harap cik Ascil suka la ya :)



Salam Nuzul Al-Quran kepada umat Islam seluruh dunia.


Cornflakes melting moment

Dah nak raya mestilah kena buat kuih raya takpun dah start tempah kan?.Memandangkan aku sekeluarga memang tak berapa berkenan nak makan kuih moden sangat, makanya, kuih-kuih raya cuma beli yang tradisional tapi ada la sikit-sikit kuih moden. Budak-budak kan suka sangat kuih-kuih cenggitu.



Tahun ni tak beli banyak kuih so malam semalam saja-saja la nak buat kuih raya sendiri. Cornflakes melting moment. Resipi ni dapat tahun lepas. ngah ngah.



Masa tu dapat hamper raya daripada Nestle untuk staf. Tahun ni baru gedik nak mencuba. Biar lambat, asal cuba. :)

cair di mulut dengan penuh nikmat.
Penyediaan : 1 jam je.
Setiap keping : 0.7g protein, 1.8g lemak, 3.8g karbohidrat dan tenaga 144Kkal.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuih sedap ya amat ni ialah,

Bahan A
250 gm        : Tepung biasa
100 gm        : Tepung jagung
1 1/2 cawan : Emping jagung Nestle Cornflakes (dikisar halus)

Bahan B
240 gm        : Mentega tanpa garam
120 gm        : Gula kaster
1 biji            : Telur (dipukul)
2 1/2 sudu   : Esen vanila

Ceri merah dan hijau : untuk hiasan atau dimasukkan sekali dalam adunan.


Cara-cara:
1. Ayak bahan A, tambahkan emping jagung Nestle yang dikisar halus and set aside (ketepikan/asingkan)
2. Untuk bahan B, Pukul mentega dan gula sampai kembang.
3. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
4.Masukkan campuran A tadi lepas tu gaul sampai jadi doh yang lembut di tangan.
5. Bulat-bulatkan adunan jadi macam bola ping pong atau apa-apa bentuk yang disukai, dan salut dengan Cornflakes yang dihancurkan sedikit.
6. Hias ceri merah dan hijau yang dipotong, di atas kuih.
7. Sapu sedikit mentega pada dulang kuih.
8. Bakar dalam ketuhar pada suhu 175 darjah celcius untuk 15 hingga 20 minit.


Kita tunggu kuih jadi lightly brown. Adunan lain tak sempat letak ceri sebab ceri dah liau (habis). Malas nak beli. ngeh ngeh.




Ting! Ok dah masak.







Boleh la dimakan masa raya nanti. Tapi rasanya tak sempat umum raya kuih ni dah habis cair dalam mulut. Selamat mencuba ya :)


Berita gembira

Semalam masa tengah nikmat kunyah kuih muih lebihan masa berbuka, mata jeling-jeling arah kakak aku yang tengah ralit belek facebook dia. Kunyahan aku berhenti dalam seminit dua. Aku kecikkan mata. Aku gerakkan kepala aku ke depan tak ubah macam penyu yang keluarkan kepala daripada badan dia. Comel kan? K.




Disebabkan aku rabun dan malas nak pakai spek, aku terus duduk tepi kakak dan sambung kunyah kuih tadi. Gila ke hape tak terus mengunyah. Mau tercekik merembes air liur tak pasal-pasal.





Mata aku tertumpu dekat satu status ni. Aku lap mulut guna tangan. Takkan guna kaki pulak kan. Cebisan kuih melekat sikit. Oh, pasal status tu, kawan perempuan kepada sepupu aku yang berbangsa Cina dan beragama buddha dah pun selamat masuk Islam petang semalam.




Alhamdulillah.




Ramai yang ucapkan tahniah dekat saudara baru ni. Dia memang dah lama mendalami agama Islam. Rajin datang ke ceramah-ceramah agama. Keluarga dia pun tak bantah kalau nak masuk Islam. Aku belek lagi dekat facebook kakak. Ada gambar dia pakai tudung. Menepati ciri-ciri menutup aurat yang sempurna. Sangat cantik dan bertambah cantik.





Masa kenal-kenal dengan dia, waktu tu dia masih belum convert. Dia ni humble, suka senyum, lebih banyak diam daripada bercakap. Memang tenanglah bila tengok muka dia. Macam duduk dalam kepanasan lepas tu ada penyejuk dekat tepi tiba-tiba, terus jadi relax. *metaforanya gua.




Uish rasa gembira sangat bila dapat tahu benda ni. Semoga dia terus mendapat bimbingan. Amin. Ada Jejaka Misteri dekat bahagian komen tanya fasal nama sebelum convert dan selepas masuk Islam. Padahal aku kenal sangat-sangat jejaka misteri tu. ngeh ngeh.



Nama sebelumnya, Doris Chow dan nama Islamnya, Nur Dhiya.





*tak dapat kongsikan gambar. harap maklum. :)

Tadah tangan

ruang kerja gua. Screen cleaner for LCD's notebook tepi tu wajib ada.
Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan ni telah menyebabkan aku kerap mengadap netbook, tengok email dan sentiasa pegang mouse atau dengan nama lainnya, tetikus. Tanpa tetikus, kerja lukis tak boleh nak jalan dengan cepat. *peluk tetikus dengan erat.




Bila belek email, phew phew..ramai jugak nak buat tempahan sempena raya yang bakal datang nanti sampai berdarah hidung. Ramai jugak tu tak bermaksud ramai gila. Kira boleh tahan la.




Lagi sekali bersyukur sebab ramai yang bagi kerjasama baik punyer. Kalau terlalu cerewet tahap sepuluhduabelaskalidoktukardesign memang tak dapat dilayan. Harap maklum. Seronok bincang dengan mereka-mereka ni sebab senang nak setelkan apa patut. *tadah tangan. usap muka.



tulisan orang malas.

Tadi baru je siap karikatur kad raya untuk sebuah syarikat dan VIP tapi tak boleh dikongsikan dekat sini. Sebabnya itu permintaan diorang so aku kena hormatilah. Tak semua kita punya kerja harus share dekat sini melainkan orang yang menempah setuju untuk dikongsikan.




Tujuan share dekat blog pun atas sebab nak promote hasil kerja so orang lain boleh la tengok dan fikir-fikir untuk tempah ke tak. :)




Ada diskaun sempena Ramadhan sampai 5 0gos 2012 sahaja. less less mega sale.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah