Notebook biasa

Abaikan typo.





Menarik tak notebook tu? Tak? hoho.. *redha. Sobonarnya den saja-saja reka notebook ni sebab blogger Merahitujambu pernah buat satu aktiviti di dalam group WLA (seperti yang korang boleh tengok logonya di sidebar).


Beliau anjurkan aktiviti design notebook ikut kreativiti dan pemenang akan dihadiahkan Phone Straps comel. 


Sedihnya bila aku tak dapat nak sertai aktiviti suka suki tu sebab ada urusan lain. Lepas je dah umum pemenang, baru lah aku dapat luangkan masa merekabentuk notebook untuk cover depan dan belakang berserta content sekali.


Aku reka pun ikut suka hati je. Tiada apa yang istimewa sebab macam banyak je boleh korang tengok design lebih kurang macam ni dekat kedai buku. Tiada yang unik. Keh keh. Kalau aku join pun, tak tahu la menang ke tak.

Wallace and Gromit

Wallace and Gromit ialah sebuah cerita animasi yang aku cukup suka tengok. Unsur kelakar yang buat aku tak tahan ketawa memang best hokehh. Hilang sikit stress yang bermacam-macam tu.


Si botak comel yang dok tayang gigi tak berapa nak putih tu namanya Wallace, seorang inventor yang kreatif. His faithful best friend si anjing bijak tu namanya Gromit. 


Diorang berdua ni memang kelakar dan aku suka tengok reaksi wajah dua makhluk tu. Hohoh. Korang pernah tengok ke tak? Aku baru je tengok petang tadi kat TV3. muahaha. *apesal aku gelak? Hoh.



p/s : entri pendek gila itu kadang2 perlu.

Ini komentator tegar saya

Tak mau meleret-leret intro, aku terus nak ucapkan tahniah kepada Cik Tikah sebab beliau ni adalah komentator tegar di blog aku. *firework!! Boom2!


Jadi dengan itu, hadiah karikatur di tepian pantai ni diberikan khas untuk Cik Tikah. Untuk pengetahuan semua, blog beliau ni banyak entri menarik lepas tu dapat banyak respon daripada blogger lain. 


Itu kriteria seorang blogger yang bagus sebab menghasilkan entri-entri yang mampu menarik minat orang lain membaca.


Marilah kita terjah ke blog CIK TIKAH.



p/s : menanti seseorang yang takkan buat diriku menangis. ada? ok merepek. tidur. Zzzzz kroh kroh.

Yusry dan Lisa Surihani

walaupun hakikatnya Lisa tidak memakai tudung, tapi apa yang aku lukis haruslah menutup aurat.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Wuwu..bestnya diorang dan selesai akad nikah. Sesi tu la paling ditunggu-tunggu oleh aku. Muahaha.


Semoga mereka berbahagia dunia dan akhirat hendaknya. Amin..Ramai yang kahwin tahun ni dan agak banyaklah dapat invitation cards daripada kawan-kawan. Oh man..seronok dan excited bila dapat khabar gembira macam ni.


Takpe-takpe..tahun depan insya Allah giliran aku. Keh keh.



ps/ : terngiang-ngiang lagu kahwin sekarang ni. hai selamat...pengantin baruuu semogaaa kekal abadiiii bahgia..ke akhir hayat. op! stop! masa untuk tidur.

Makeover Me Contest 2012

Dah lama tak join segmen blogger lain dan hari ni baru la nak buat entri segmen menarik ni daripada Alief Ismail. Pendoodle bermata hazel tu. 


Sebab utama aku tertarik nak join sebab memerlukan peserta untuk guna wajah pemilik dan ubah ikut kreativiti. Memandangkan aku baru je dapat idea, makanya cepat-cepatlah buat.


Itu le gambor yang perlu di make over. Jadi, mari le tengok lukisan aku ini. 


Muahaha.. Encik Alif dah tua. Ala..kedut je makin nampak, tapi handsome tetap handsome kan? Hehe. Tema "berusia' dipilih sebab kita ni makin tua. Bukan makin muda jadi, kena la terima hakikat kedut di wajah tapi muda di hati. Harap Encik Alif suka ya. aku teringin nak menang. kah3.


Hadiah yang disediakan sangat menarik, so korang yang berminat, sila join secepat mungkin sebab tarikh tutup pada 25 Februari 2012. What you are waiting for? Grab this chance now!



p/s  : Kalau nak sertai, sila klik di banner beliau di atas :) 

update : sunyi sepi............





Kamek suka Sarawak

Alhamdulillah...akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak jalan-jalan ke negeri Sarawak. Memilih AirAsia sebagai transportation ke sana memang berbaloi sebab tambang murah. Hewhew.


Kali ni entri banyak gambar. Tidak menggunakan DSLR. Guna handphone murah je. Enjoy reading!


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching cuma ambil masa dalam 1 jam 40 minit. Sampai je ke Kuching International Airport, rasa teruja tu semakin membuak-buak. Mula la nak cakap kamek kitak. Berterabur. Hancur.


Aku menginap dua hari satu malam kat hotel yang ada di bandar Kuching. Lepas check in, terus masuk dan terbongkanglah atas katil empuk dan aircond yang di set kepada 18 darjah celcius.


Menikmati keindahan malam di Kuching memang seronok. Tenang sebab tak terlalu sesak. Tempatnya pun bersih.

Dalam gambar di atas ni, ada restoran yang best untuk sesi melantak slash mentekedarah.





Kuching Station! Tempatnya cantik, makanannya pun sedap-sedap. Dekat je dengan hotel yang aku menginap tu. Cuba tengok balik gambar mula-mula tu, di bahagian kiri ada kereta hitam and kereta putih. Ha di situlah restorannya.





Menu yang dipilih ialah Lelapan Daging. Serius sangat sedap. Ada sayur bayam, timun, kacang panjang dan belacannya memang terangkat. Pedaasss.





French Fries memang menjadi kegemaran bila pilih menu makanan. Gila kentang. Rasa dia sama la dengan kentang mcd. Rasa masin-masin tu penting barulah nikmat bila mengunyah. Kalau boleh nak order lagi 3 tapi tak elok tamak.





Ini Wheatgrass C yang super duper sedap. Sekali kau sedut, nak sedut lagi dan lagi. Harga pun berbaloilah dengan rasanya.



Tak berapa puas berjalan-jalan di Sarawak sebab masa tidak mengizinkan. Harus pulang ke semenanjung. Sebenarnya ada lagi beberapa tempat yang aku terjah. Cuma tak perlu kot nak share kesemuanya di sini. Hehe. 


Ok, tiba masa untuk pulang. Beg tak la banyak sangat tapi memang berat! Lenguh aih...

"Its never too late to cover yourself" refer kepada pramugari. Boleh? Hee.




Macam tak percaya je sekarang semua orang dah boleh terbang. Superman pun rasa tersisih nanti sebab selama ni dia ingat dia sorang je boleh terbang. *ok maaf merepek.





Inilah laluannya. Menggedik dan perasan lebih. Padahal aku domestik je. Ngeh3






Ini penerbangan ke Singapore. Aku punya dekat gate lain. Saja nak snap sebab macam cantik plak view macam ni.




Ok dah terbang. Eh2, flight aku malam, tetiba cerah. Muahahah. Ambil gambar dari google je. Takkan aku nak snap tengah take off plak kan? Hehe.


Bila sampai rumah, terus tidur! Gila penat.


Apa yang dapat aku simpulkan sepanjang berada di Sarawak ni, masyarakatnya sangat mesra alam. Asal berselisih je, mesti ringan je bibir diorang mengukir senyuman. Hoho. 


Ada jugak masa tengah breakfast dekat restoran, tiba-tiba ada pakcik cina ni datang tanya siapa mak ayah budak yang jalan sorang-sorang tepi deret-deret kedai. 


Rupanya mak ayah dia tengah membeli kat tempat lain. Anak dibiarkan macam tu je. Pakcik tu memang seorang yang sangat prihatin dengan keadaan sekeliling dia. Ini yang kita perlukan dalam masyarakat.




p/s : Gambar aku mana? muahaha...aku bukan retis untuk ditayangkan wajahku yang comel ini. Lebih selesa share apa patut sebab tak nak menjadi tontonan umum. Harap maklum. :)

Insya Allah akan ke Sarawak lagi.

Tiga gadis anggun

Malam semalam dan semalamnya saja-sajalah nak lukis wajah orang sebab dah lama tak mem-vector plus karikatur ni. Mood tengah ada so tak boleh nak bazirkan macam tu je. 


Orait, tak nak intro panjang berjela, korang tengoklah wajah-wajah cantik lagi manis yang aku buat ni. Hasil gabungan Excel dan Paint. 


Tiga wanita cantik lagi manis tu bagi gambar yang semuanya close up pada bahagian wajah sahaja. So badan tu aku reka ikut suka hati aku lah kan. Apa yang terlintas, terus aku buat.


Bahagian background sahaja aku conteng guna Paint. Selebihnya tu macam biasa guna Excel. "Mangsa" pertama ialah Siti Nurliyana iaitu kembar aku sebab tarikh hari jadi sama. Heheh. Seterusnya Sprinkle Junior dan Anis Mohammad.


Diorang bertiga jadi komentator pertama so inilah hadiahnya. Alhamdulillah diorang suka :)


























Tahniah kepada korang yang jadi komentator pertama den. Best rupanya lukis cara gabungan macam ni. Lebih berlainan memandangkan nama blog aku Younique. heeee..


Kalau berminat, boleh email di ckecikcomeldani@yahoo.com. Sila tengok harga di SINI sebelum membuat keputusan menempah. Pelanggan yang serius sahaja akan dilayan.


Watermark aku adalah terpelihara. Sebarang pemadaman watermark, akan dikenakan tindakan. Heee.... heee lagi.




p/s : esok berlepas ke bumi kenyalang.

Spontaneous Thursday #anak tudung opah

Gaya artis dan orang sekarang yang dijadikan satu fesyen. Tak sangka gaya opah saya jadi ikutan. Ramai jugak la orang Islam yang ingin  berfesyen pakai macam ni.


Opah cakap, kalau nak beli anak tudung opah dan boleh dapat murah-murah, boleh like page Anak Tudung Opah. 


Tapi niat tu dibatalkan sebab hanya akan mengalakkan orang Islam terutamanya, untuk berfesyen tidak mengikut tuntutan menutup aurat yang sebenar. Hik hik.



p/s : I'm not being sarcastic. Totally sincere here. :P

Panas di dunia

Sebab utama aku menyarungkan cardigan labuh berwarna hitam dan kadang-kadang berwarna kelabu terang adalah kerana untuk cover lengan yang terdedah pasai aku pakai tshirt lengan pendek.


Malas nak salin baju, so aku sarungkan je cardigan yang dah tersedia dekat almari or penjuru katil untuk memudahkan aktiviti setel lebih cepat. Bila balik, terus buka cardigan dan terus terbang ke katil dengan jayanya.


Pernah jugak keluar berpakaian macam dalam gambar tu then ditegur seseorang dengan soalan yang sama. Bila jawab je macam tu, terus terdiam si polan. 


Bukan lah nak tunjuk diri aku ni sungguh baik ke apa wo.... Cuma aku rasa tak kisahlah pakai macam mana pun, asalkan tutup aurat tu dengan sempurna. Bukannya sarung baju sejuk ala-ala nak ke luar negara tu kan? Cardigan je.


Lagipun cardigan labuh ni trend wanita sekarang rasanya lah. Uupps sori if salah. Bab fesyen aku kurang mengetahui. Keh keh.


Panas ke apa ke, bantai je sebab panas kat dunia ni tak la sepanas di akhirat nanti.


Aku selesa begini dan ku pinta kawan-kawanku yang disayangi, jangan kutuk rakan anda sekiranya tidak bersetuju dengan pemakaian sebegitu rupa di kala panas terik ini. Biar panas di dunia, jangan panas di akhirat.




p/s : Bagi yang suka berpakaian seksi ke apa ke, doa mereka ni jadi lebih baik. Jangan dikutuk, jangan dicerca sebab manusia boleh berubah. Tegurlah dengan berhemah. Kalau aku ada buat salah pun, mohon tegur cara elok.

Hadiah daripada blogger macho

Seronok tak terkata bila karya dijadikan hadiah sebagai kenangan dan tanda terima kasih oleh seseorang. Nampak kan gambar tu? *Soalan apa aku bagi ni?


Maka dengan itu, terus aku tempek kat peti ais! Hehehehe..


Perkara hebat ni berlaku tak lama dulu, bila abang EQ (Eqbal Zack) mencari seseorang untuk buat header baru beliau.


Vector yang dilukis oleh aku dan header oleh DD (Ahmad Firdaus) telah terhasilnya header seperti di bawah.  DD ni hebat bab buat header. Guna software photoshop kalau tak silap sebab tu header kat bawah ni mantop.


Oh yeh, bahagian misai dan janggut tu DD yang buat, sebab aku blurr nak lukis bahagian tu guna excel. So kena guna pakar photoshop tu la. Muahaha. Hasilnya, bertambah handsome dan lengkaplah vectornya.


Antara proses penyiapan vector abang EQ menggunakan excel je sebab itu yang termampu. Syukur alhamdulillah beliau suka sangat dengan hasil daripada gabungan aku dan DD. 


Rasa macam nak lompat tinggi-tinggi sebab customer berpuas hati dengan apa yang kita dah cuba buat.



Raya tahun lepas pernah dapat dua kad raya daripada beliau, tahun ni dapat hadiah kenangan pulak, so aku rasa sangat-sangat teruja dan happy yo!


Bangga jugak bila vector lukisan aku tu dijadikan default picture facebook beliau. Tak boleh nak nafi perasaan ni. Hehe. Alhamdulillah.


Terima kasih abang EQ! dan tahniah jugak sebab berjaya menang "Lifestyle Blog Of The Year 2012"!


Sekian.. sengih itu sangat-sangat perlu. ngee :D

Panas

Sejak akhir2 ni rasa tak berapa nak sejuk. Mudah berpeluh dan waktu siang kalau kat rumah mesti buka air-cond sebab kipas tak bawa apa-apa kesan. 


Panas memang panas, tapi kena bersyukur sebab keadaan panas ni la baju cepat kering.


Bila tengok ais batu campur tu, buat aku teringin nak pekena ABC coklat. Fuhh..harus order dua untuk seorang. Keh keh.


Lukisan di atas tu sebenarnya aktiviti dalam group WLA daripada Ory Candy Dynasha. Katanya adik kepada pendoodle hebat iaitu CCI. 


Di bawah ni adalah gambar asal yang beliau minta ahli-ahli warnakan ikutlah kreativiti masing-masing.
Maka dengan itu, berbekalkan semangat dan masa terluang, aku terus mewarna. Macam yang korang tahu, aku lukis guna excel so harus le lukis balik kartun tu lepas tu warnakan. 


Untuk background, aku gunakan Paint lepas tu insert terus ke excel untuk elak berlaku pixel pecah.


Sekian.. entri ringkas kadang-kadang perlu.

Suasana nyaman di Italy menjadi inspirasi














Lukisan-lukisan ni bukan bermaksud aku berada di Italy. Tidak sama sekali, dua kali mahupun berkali-kali. Memandangkan ada rakan blogger dalam group WLA di facebook yang sekarang ni berada di sana, so saja-saja la aku nak jadikan inspirasi melukis.


Seronok tengok keindahan dan ketenangan kat sana sebab tu lah aku hasilkan benda ni sekadar tatapan semua betapa indahnya ciptaan Allah.


Teringin nak jalan-jalan di negara orang tapi sedor diri ni tak mampu nak bayar tiket one way apatah lagi two way. Sekian.



p/s : paint versi 6.1. anda wajib menjauhi kegiatan copycat.

Sinonim

Maaf kesilapan ejaan pada ayat kecantikan. Uhuk..



p/s : paint versi 6.1 ..sekarang kerap lukis guna paint pulak. wakaka

14 Februari hari apa

Ada yang sedang hangat dilamun cinta? Nak sambut hari kekasih tak lama lagi? Fikir hadiah apa nak bagi kepada kekasih? Hohoh..tolong lupakan semua tu.


Oh..adakah terlalu awal untuk isu ini? Heheh.. dah masuk bulan februari dah kan? So akan keluarlah iklan hari kekasih di kaca tv dengan tips2 hadiah dan sambutan blahblahblah.


Masa sekolah dulu, datang je 14 Februari, mesti ada student dalam dua orang datang jual bunga ros macam-macam warna. Ada yang mahal ada yang murah. Ada girl tu dapat dua tiga jambak bunga daripada beberapa orang yang admire dia yang duduk kelas lain. Kira hot gila and bertuah si gadis yang dapat tu.


Padahal beli bunga2 tu duit belanja daripada mak ayah.



Kita terlalu ikut gaya barat sampaikan semua hari-hari istimewa diorang pun kita nak ikut. Style sangat ke bila ikut gaya diorang? Kadang-kadang kita terlupa so kot2 la bila baca post aku ni, paap! terus cancel perancangan nak sambut2 tu kan. Hee..


Raikan orang yang disayangi mengikut cara Islam yang bukan hanya masa tarikh tertentu. Hari-hari boleh tunjukkan kasih sayang kan..

Spontaneous Thursday- Contengan

Minat ke arah Paint versi 6.1 makin menjadi-jadi bagi aku yang lebih dikenali dalam penggunaan excel. Terjebak dengan Paint sebab aku nak lari daripada kebiasaan. Kalau hari-hari asyik lukis guna excel je mesti rasa bosan.


Bersesuaianlah dengan blog title aku tu, so aku cari something unique. Melukis guna Paint!


Memang nampak tak kemas blahblahblah. Tapi bagi aku ia satu seni contengan yang sangat bermakna. Terus ambil brush then conteng ikut suka hati. Kalau bentuk tu macam terpeleot sikit, just tekan ctrl z then lukis balik sampailah kemas sikit.

Potret manusia sampai paras bahu pun aku dah mula suka guna paint. Nampak sikit seni contengan ala-ala style lukis guna tangan atas kanvas. Tapi tak la perfect. Setakat nampak la rupa ye dak?


Kenal ke siapa gerangan dalam gambar tu? keh keh keh.


Kepada korang semua kalau nak berkarya dan mengagumi seseorang tu sebab lukisannya, jangan la sampai ke tahap nak save image, erase watermark pemilik lukisan then mengaku itu korang punya lukisan. Keji tau tak perangai macam tu.

Semata-mata nak dapatkan pujian orang, nak dapatkan status pelukis hebat blahblablah, sanggup guna cara keji. Take note okies. Nak melukis tapi tak tahu basic, boleh belajar. Banyak tempat boleh tuntut ilmu. Bereksperimen pun penting. Okay, itu sahaja peringatanku. JANGAN COPYCAT! hee...

Contengan ini ada maksud tersirat

Sejak dua tiga empat lima menjak ni aku makin minat nak melampiaskan nafsu melukis guna Paint berbanding Excel. Uit..penggunaan melampiaskan nafsu tu teruk betul. Keh keh. 


Melukis guna excel bukan la dah bosan. Excel tetap di hati dan kalau nak buat vector or karikatur, masih lagi menggunakan benda alah tu.


Kalau korang perasan, dalam 2 3 posts yang lepas aku share lukisan daripada Paint versi 6.1. Serius aku kabor yang Paint ni sangat menerujakan. 


Korang boleh conteng ikut suka hati, cincai-cincai then terus jadi macam real walaupun tak kemas. 


Untuk orang macam aku yang tak expert ni, memang tak kemas. Hoho. Poster penguin kat bawah ni adalah lukisan ketiga aku semalam. Bosan punya fasal, terus aku conteng-conteng. Agak menjadi la.

Apa yang nak cuba disampaikan oleh aku ialah, kita sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk jaga bumi ni, seharusnya jaga la elok-elok. 


Tengok la sekarang ni dah macam-macam pencemaran ada. Sebab tu ada macam-macam kerosakkan and penyakit.


Pembangunan yang makin pesat memang akibatnya kena kat alam ni. Banjir kilat, suhu makin panas punca pokok makin berkurang, bangunan makin naik. 


Terlalu mengejar bangunan paling tinggi di dunia blahblahblah. Tapi... semua ni pun antara tanda-tanda kiamat. Ramai nak jadi lebih hebat dengan menghasilkan bangunan setinggi yang boleh.


Gambar ni pulak, aku buat masa hati tengah tenang. Rasa macam pencemaran di tahap yang selamat. Air laut yang bersih, udara yang nyaman..tenang je bila tengok. 


Apa yang aku paling suka dalam lukisan ni, ialah tang pokok-pokok belakang lighthouse tu. Rasa seronok conteng-conteng benda alah tu. Guna brush dan klik guna mouse ikut hentam je. Sangat best. hoho.


Tang bukit...fail. *sigh.


Ok kawan-kawanku sekalian, nak bagitahu, jagalah bumi ni sebaik mungkin. Amaran! Kalau korang berada dalam kereta, then nak buang tisu or apa-apa benda, mohon jangan buang melalui tingkap. 


Simpan la dulu sampah tu. Bila dah sampai petronas, R&R ke, cari tong sampah dan buang.


Benda ni tak susah. Kita lengkap ada tangan, kaki. Kenapa ambil jalan mudah untuk buang sesuka hati? Akal yang Allah bagi, harus kita guna dengan bijak.


Sebab tu pihak terlibat dah sediakan tong sampah untuk memudahkan kita buang sampah. Kalau tak disediakan, aku pun hangin.


Renung-renungkan dan selamat beramal..


Ok, aku rasa panjang gila entri kali ni. Sekian. *Entri panjang itu kadang-kadang perlu ;p

Hari ni hari saya

paint 6.1. hakcipta nurdani.
Usia makin meningkat, ajal makin dekat. Syukur alhamdulillah masih bernafas sehingga ke hari ini. Usia aku sekarang ni dah layak sangat kahwin dan harap putera berkuda aku akan datang culik melamar secepat mungkin. Muahahaha.


Aku berkongsi hari jadi yang sama dengan Siti Nurliyana dan sesiapa yang lahir bertarikh hari ni, selamat hari lahir.


Terima kasih tak terhingga kepada Bika yang sudi buat kek daripada Italy ni. Hurmmm bau Italy tu melekat kat kek. Bhahaha. Sangat cantik kek ni. Sayang nak makan. *padahal memang tak boleh makan. tampo pipi kuat2. 


Semalam birthday Azhafizah, hari ni aku dan Liyana. Dekat2 je tarikh. Heheh.


Sekian. Entri pendek sebab tak panjang. Keh keh.

Jalan terang

Manusia tak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Kadang-kadang tu ada yang tersalah pilih jalan gelap mungkin sebab pengaruh kawan, keadaan sekeliling, masalah keluarga, hasutan itu ini dan tak kuat iman or lain-lain.


Cuba tengok beberapa orang artis yang masa dulu dia la paling seksi, masuk kelab malam and lain-lain hal lagi. Ramai yang kutuk and kecam dengan kehidupan sosial dia tu. Tapi sekarang, dia dah jadi manusia yang lebih baik. Dia dapat hidayah Allah untuk berubah.

Ada yang tak berlakon seksi-seksi dan ada jugak yang dah tak nak terlibat dengan dunia hiburan. Alhamdulillah.


See? Orang yang kita kutuk tu la jadi lebih baik. Sebab tu kalau nampak je benda tak elok, jangan kutuk2. Jangan cakap dia itu ini. Apa kata doa je diorang jadi lebih baik. Yup, apa yang diorang buat tu salah dan berdosa.  Point di sini ialah jangan kutuk-mengutuk.


Manusia tak selamanya dalam kegelapan. Insya Allah ada cahaya untuk mereka. Kena usaha cari hidayah Allah. Tak boleh harap dapat macam tu je.



p/s : Paint version 6.1

Kesan melukis bila mood gelong

Cuba korang teka aku lukis gambar pemandangan ni guna apa? Excel? Teeetttttt... salah. Sila cuba lagi. Owh Photoshop? Teeettttt,...salah jugak. Ok jawapannya ialah Paint version 6.1. Semua dapat telur. Terima kasih kerana mencuba.


Lukisan kali ni aku luahkan segala perasaan aku melalui Paint yang sebutan hampir sama dengan keadaan aku sejak akhir-akhir ni iaitu pain. Keh keh.


Tools yang aku guna ialah brush, oil brush, watercolour brush, crayon, marker dan natural pencil. Hasilnya macam lukis by hand. Seratus peratus guna touch pad sebab mouse rosak .


Kalau guna mouse mungkin lebih kemas la kot.

Gambar tu menunjukkan aku nakkan ketenangan buat masa ni. Nak rehatkan minda sorang-sorang kat tempat macam tu untuk beberapa ketika. Then bila dah ok, baru balik mengadap realiti. Hew hew. Kesedihan dan mood gelong yang dialami oleh sesiapa je, boleh ekspreskan rasa tu melalui lukisan.


Bila tengah sedih, marah or gembira, cuba lukis dan tengok apa hasilnya. Dari situ kita boleh nampak ciri-ciri lukisan yang akan terhasil. Macam gambar aku tu terhasilnya ketenangan untuk ubati kesedihan.


Kesimpulannya, mood gelong macam ni boleh menghasilkan karya dengan menggunakan perasaan, imaginasi tinggi dan aku sekarang rasa selesa la bila lukis guna Paint ni. 



p/s: orang nak sambut hari jadi muka berseri-seri tapi muka aku tak ubah macam zombie. hukhuk.

Me? Cinderella?

I want to go to a birthday party but I haven't got any beautiful clothes. If I became a Cinderella, I'd be very happy to be a princess. I would dress up a lacy dress and wear a lovely white headband on my head. A pink pumpkin coach with two horses. Hey, this is a dream come true. Look at me! Hahahahaha.

Comel tak saya bila berpakaian cinderella tu? Heheh...ye ye..saya tahu sangat comel. Janganlah puji lebih-lebih.. *Erk..aku tak suka sangat buat entry angkat bakul sendiri macam ni. Muahahahaha. 


Ok, sebenarnya pujian korang tu boleh ditujukan kepada seorang blogger hebat dalam mendoodle ni iaitu CCICUTEDOLLYLICIOUS. Cukup terkenal dengan watak-watak dolly yang oh mak aih sangat ohsem!


Beliau dengan baik hatinya buat art trade dolly comel bertemakan cinderella ni kat aku. Sengaja aku minta tema cinderella sebab gaun watak disney tu sangat cantik. Tak sangka pulak ada kereta kuda yang sangat cun tu sekali dengan latar belakang yang memang cantik cantik cantik!.


Terima kasih daun keladi kepada kak CCI. 


Dolly di atas adalah kepunyaan aku ok. Jangan nak ambil plak. Huhu. Sila baca entri sebelum ini yang bertajuk COPYCATERS. Sekian terima kasih.


p/s: When someone's dream become reality, do not sabotage them.

Copycaters

Muka aku tengah tak ada mood tu. Be careful.

Karya, hasil lukisan rekaan sendiri blahblahblah macam aku ni sangat-sangat tak suka bila ada kes copycat. Suka-suka hati ambil karya orang lain, save image, edit2 sikit lepas tu mengaku dia yang punya. Satu sikap kwang hajor sebab mengambil karya orang lain.


Sepanjang aku kongsi lukisan kat sini, memang ada yang meniru dan lain-lain lagi. Cukup tak sangka ada yang "sudi" meniru. Rasa macam hebat gila weh lukisan aku sampai hang nak tiru2 ni! Woot2!


Kalau rasa terlalu suka sangat dengan sesebuah lukisan tu, apa salahnya minta izin kepada si pelukis then kredit kepada beliau sebagai tiket pelepasan korang nak share their artworks kepada orang lain. Itu sangat-sangat bagus which is korang dah dikira ada adab sopan.


Tak salah jadikan seseorang tu sebagai ikon untuk belajar melukis dengan melihat kepada hasil-hasil kerja dia. Korang boleh ikut steps yang diajar then cuba bina identiti sendiri. Take your time untuk dapatkan sebuah karya ikut imaginasi kreatif korang. 


Jangan cedok bulat-bulat idea orang lain. Boleh je gunakan karya orang tu tapi olah kepada sesuatu yang berlainan dan sangat berlainan. Macam berfikiran luar kotak. Kalau ikut lukisan pelukis tu, lepas tu just tukar warna and bagitahu satu dunia itu hasil kerja kau yang paling hebat, memang teringin jugak nak sekeh orang ni. Heheh.


Jauhi perangai buruk ni, cuba hormati dan hargai karya orang lain. Sekian terima kasih. Assalamualaikum dan selamat malam.. :)

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah